Betullah orang kata, budak-budak itu sangat suci. Buktinya?
Masa kecik-kecik dulu, selalu dengar lagu Raihan. Sampai dah naik rosak kaset dia. Pulak tu kalau setiap kali Raihan release album baru, confirm tak miss beli punya. Sanggup ajak Ayah aku pergi kedai kaset semata-mata nak jadi pembeli pertama kononnya. Boleh nyanyi dekat tadika. Masa tu sumpah jiwa rasa suci gila.
Hari-hari dengar nasyid.
Lepas tu, koleksi buku-buku aku mesti kisah nabi-nabi. Aku masih ingat lagi aku heret buku kisah Nabi Musa pergi tadika. Tu tak masuk lagi cerita Nabi Ibrahim dengan Raja Namrud. Masa tingkatan berapa aku tak ingat, Ayah aku belikan buku Peperangan Uhud. Masa tu memang market habis sebab ramai budak-budak buntang mata tengok aku baca buku tu. Sebab masa tu semua kalut nak baca Remaja, URTV, Mangga dan segala majalah yang tak membangunkan minda langsung. Readers Digest, lagilah haram. Buat hiasan dekat sudut bacaan kelas je bolehlah.
Tapi sekarang,
kalau dengar lagu tak ada perkataan mencarut tak sah. Buku-buku ilmiah aku semua dah ke laut gamaknya. Ganti dengan kisah-kisah mengarut dan tak termasuk cerita-cerita erotik. Tapi tak bermaksud aku baca segala majalah yang tak membangun minda tersebut. Baik kumpul duit beli kasut baru lagi bagus.
Bila fikir balik,
masya Allah rasa nak mengalir air mata!!!
Hal-hal duit memang suka uji kesabaran
Semalam aku memutuskan untuk pergi withdraw duit memandangkan duit dalam dompet aku tinggal 2 keping yang berwarna merah dan beberapa keping duit syiling. Sebenarnya cukup untuk lagi 4 hari tapi memikirkan aku perlu membayar hutang selendang dengan jiran rumah depan terpaksalah aku pergi jua.
Lagipun dah alang-alang nak pergi bazar Ramadhan. Apa salahnya kan?
Jadi petang semalam aku pun bersiap-siap macam biasa. Siapa lambat, aku tinggal! Malas nak tunggu. Aku ada misi penting yang perlu dilaksanakan. Hal-hal lain boleh tunggu lepas terawikh.
Bertemankan Fifi si jiran rumah depan ataupun debitor aku, dan Hakim si classmaate yang suka buat muka kesian, kami bertiga berjalan dengan penuh semangat menuju ke bank. Aku tengok dekat ATM adalah 4 atau 5 orang yang beratur. Cantiklah. Bolehlah aku cucuk duit sekali. Taklah lama sangat. Aku pun berdiri ikut sedap badan. Beratur tunggu giliran. Dalam otak tengah figure out nak keluarkan berapa ribu walaupun dalam akaun tak sampai RM500 pun yang ada. Tak apa, gaya biar hebat.
Beratur..
Beratur
Beratur..
Beratur....
Beratur...
Ding! Lagi seorang lagi lepas tu giliran aku. Tangan pun dah naik gatal dah. Sebab kena gigit nyamuk semalam.
Hati bersorak riang.
Duit duit duit!
Tiba-tiba, pakcik di hadapan aku pusing ke belakang dan mengatakan sesuatu yang agak menyayat hati aku,
"dik, duit dalam bank dah habis....."
wtf?
Aku pusing ke belakang mendapatkan Fifi si debitor dan Hakim si classmate dengan muka penuh kekecewaan. Dan tambah kecewa lagi bila mereka tanya,
"eh kejapnya ambil duit?"
Aku balas kecewa,
" ambil duit kejadah apa.. duit pun takde dalam bank...dah jom pegi bazar. Nasib baik aku bawak duit. huhhh.."
Persoalannya sekarang, siapa yang ambil duit banyak sangat semalam sampai habis duit dalam bank???
Tahulah duit PTPTN dah masuk...

Labels:
life
Ujian tahan nafsu
Nak marah-marah bulan puasa ni pun tak berapa elok sangat. Boleh kurus pahala puasa. Kalau badan kurus tak apalah jugak.
Cuti Nuzul Quran sambung cuti hujung minggu membawa pulak cuti Hari Merdeka menyebabkan pensyarah aku tak segan silu bagi bekalan dunia akhirat berupa assignment yang tak beragak. Jadi aku dengan segan silunya terpaksalah jugak buat. Yang sedia ada pun tak terbuat lagi. Haih tangguh kerja lagi. Bagus.
Masalahnya,
semangat aku nak siapkan kerja terbantut akibat portal universiti yang loading tahap gampang punya lambat.
Macam siput baa alip baa ya.
Tahun bila pulak aku nak siapkan kerja ni?!
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan untuk aku??
Nak marah-marah bulan puasa ni pun tak elok jugak. Lagipun takkan nak marah laptop kot?

pelajar separuh nerd
Think about it..
Kalau kadang-kadang kita rasa ujian yang Tuhan berikan tu terlalu berat dan tak mampu untuk ditanggung,
fikir lagi sekali.
Mungkin itu hanya sebahagian kecil daripada kesengsaraan orang lain yang kita rasa.
Allah tak akan uji kita dengan apa yang kita tak mampu nak tanggung. Apa yang Dia bagi adalah cara nak bagi kita dekat dengan Dia. Masalah tu pemanis hidup.
Apa yang paling penting, jangan sesekali kita lari dari rahmat Allah.
p/s: Think positive. Insya Allah, everything is gonna be fine.

hidup
Terima kasih Tuhan
Aku sendiri di sini,
dibaluti kain telekung putih dan hamparan sejadah
menghambakan diri padaMU
yang Khaliq
Kadang kala,
aku lelah
kadang kala juga,
aku penat.
Dan hampir setiap masa,
aku bertanya,
'kenapa ini yang Kau takdirkan kepada aku Tuhan?'
Persoalan itu
Kau tinggalkan pada aku
walaupun Kau memang Maha Mengetahui
yang jelas mahupun yang ghaib.
Sehingga hari ini,
Kau panggil aku,
Kau gerakkan hati aku,
untuk menghadap MU
setelah lama aku alpa
setelah lama aku sombong dengan MU
sedang Kau,
masih mengurniakan nikmatMu yang tak henti kepadaku.
Nikmat apakah yang aku dustakan?
Maafkan aku Tuhan.
aku alpa.
dan di atas sejadah ini
ku hamparkan rasa hati
kerana aku tahu,
Kau Maha Mengerti, lagi memahami.
memohon agar disucikan hati,
seputih kain yang membaluti diri.
Dan kali ini,
Kau curah lagi nikmatMu padaku.
Nikmat yang paling dikehendaki oleh semua ciptaanMu.
Ketenangan yang mutlak.
nikmat yang paling tak terperi Tuhanku.
Terima kasih Tuhan.

Kenapa perlu gelojoh?
Baru seminggu lebih kita berpuasa. Bak kata orang, baru nak panaskan enjin. Baru nak rasa rahmat bulan mulia ni.
Bukan selalu kita jumpa Ramadhan kan? Setahun sekali je dia datang. Tu pun kalau Tuhan bagi izin dekat kita jumpa tiap-tiap tahun. Kalau takdir tahun depan kita tak jumpa?? Macam mana?
Persoalan-persoalan yang sentiasa hadir dalam kepala aku setiap kali bulan puasa datang. Masa tu memang insaf gila. Tapi hanya untuk beberapa saat dan selepas itu keinsafan itu ke laut jawabnya. Ish buruk perangai..
Ya, baru beberapa hari puasa.
Tapi sana sini dah dengar orang pasang lagu raya. Alahaiii...~
Tuhan bagi sebulan je kita puasa lepas tu lagi sebelas bulan lagi rayalah puas-puas. Tak ada siapa nak menghalang. Tak ada siapa nak kisah. Nak melaram baju raya hari-hari pun tak apa. Nak pasang lagu raya hari-hari dalam kereta pun tak ada siapa yang nak marah (okay adik aku buat macam ni jugak pasang lagu raya dalam kereta. buang tebiat betul budak tu)
Jadi, tak payahlah gelojoh sangat. Bukan selalu dapat merasa bulan Ramadhan ni. Mungkin dia selalu ada tapi kita yang tak tentu ada lagi tak untuk sambut dia lagi pada tahun depan.

Ceterus Paribus
Semalam aku kelam kabut bersiap nak pergi kelas Principles of Economy. Kelas pukul 8 pagi, aku bangun pukul 7 pagi lepas tu nak kejar bas pukul 7.30 pagi dengan baju tak gosok, buku tak susun dan barang masih bersepah. Tahniah. Memang terbaik habis.
Tapi seperti biasa, macam pengalaman di matrik dulu, aku sempat gosok baju, mandi, kemas katil, kemas buku letak dalam beg, pakai eyeliner sekadar di bawah mata, dan berlari ke tempat tunggu bas. Dalam masa setengah jam?! Wahh hebatnya aku.
Tapi dulu dekat matrik kalau agak-agak dah setengah jam lagi nak kelas aku sambung je tidur. Tak payah nak kelam kabut nak siap ke apa. Alamak kantoi. Tak apa kisah lama. Apa-apa hal pun rekod aku bersih dekat kolej.
Naik atas bas, sambil mulut tak habis-habis maki itu ini. Macam mana aku boleh tak sedar dan macam mana aku boleh tidur dengan enaknya dari pukul 9 malam hinggalah pukul 7 pagi. Macam mana tangan aku gatal gila pergi tekan snooze dekat handphone dan sambung tidur balik. Macam mana aku boleh tak sedar bila kawan-kawan serumah riuh rendah sahur.
Macam mana boleh jadi macam tu?!
Tapi tak apa, memandangkan kawan-kawan yang lain pun ada yang lambat jugak. Jadi aku bukanlah seorang yang loser pada hari itu. Ingat, aku mampu bersiap dalam masa setengah jam dan naik bas dan sampai ke kelas. Betapa bangganya aku.(tepuk bahu sendiri)
Tunggu punya tunggu, pensyarah aku sampai setengah jam selepas jam 8. Kalau aku tahu tak payahlah aku kelam kabut pagi tadi. Slow and steady sudah...
Kelas bermula...
Kejap, nak refresh aku belajar apa semalam.....
+
+
+
+
Oh dah ingat. Pasal elasticity. Jangan kamu nak cerita pasal Hooke's Law pulak. Nanti ada yang makan penampar Jepun dari aku nanti. Ini hal ekonomi. Tak ada kena mengena dengan sains dah.
Pensyarah aku membebel pasal kenaikan harga, kuantiti pemintaan (errr mind that aku belajar semua ni dalam English jadi Bahasa Melayu yang aku gunakan mungkin kurang tepat macam kamu belajar masa STPM atau Matrikulasi). Kebiasaannya, selepas menulis segala mak nenek haram jadah tersebut, mesti ada ditulis perkataan 'cp' di hujung equation. Kemudian pensyarah aku tanya,
"okay class, all of this happen when what is constant?"
Semua orang jawab ceterus paribus. Tapi aku yang duduk di hujung kelas jerit,
"corpus luteum!!"
Tapi nasib baik tak ada orang perasan. Mungkin semua risau nak jawab test malam ni kot. Nasib baik. Tapi apa-apa hal, aku jadi malu sendiri.
Dah rindu nak belajar Biology agaknya. Dulu tak nak belajar betul-betul siapa suruh?!

Bukan blogstar
Aku tak tahu ini satu perasaan yang ada berbaur perasan yang di tahap melampau ataupun sekadar perasaan merendah diri yang terlebih-lebih.
Tapi aku tetap ada perasaan tu bila ku sedang berhadapan dengan situasi tersebut.
Susah betul aku nak cerita. Macam mana ye??
Kadang-kadang bila aku bersosial di alam maya seperti Facebook ataupun YM, kadang-kadang aku akan jumpa ini,
"hey Madiha! I'm your blog reader!!"
Sumpah masa tu aku rasa segan gila. Tak tahu kenapa.
Dan dengan nada yang kurang ada keyakinan diri aku akan cakap,
"ohh ye ke? Terima kasih sebab sudi baca saya mengarut."
Betullah kan? Dekat sini aku cuma mengarut. Tak ada langsung unsur-unsur keilmuan di sini. Ohh mungkin adalah, sekali sekala aku mengutuk orang dekat sini. Mungkin kamu salah seorang dari mangsanya.
One more thing,
ini hanya blog murahan. Tak payahlah bangga sangat kalau kamu baca blog ni. Tak ada apa yang menarik pun. Betul.

my passion
Alahai perempuan...
Walaupun sekarang tengah bulan puasa, tak elok nak cerita hal-hal buruk dekat orang, tapi aku peduli apa.
************
Alahai perempuan...
Muka cantik, lawa, manis, menawan, lengkap pakej dan semualah ada. Aku nak cerita semua pun malas.
Tapi sayang,
barang bersepah-sepah macam nak terbalik.
Alahai perempuan....
Menggedik dengan jantan boleh..
Tapi sayang,
buat kerja rumah haram satu pun tak lepas...
Alahai perempuan.........

Puasa jangan tak puasa
Masya Allah, esok dah start puasa!
Begitu cepat masa berlalu, macam baru je lepas puasa tahun lepas punya.
Azam tahun ni punya Ramadhan sama macam azam tahun tahun sebelumnya,
terawih jangan miss, selagi tak ada keuzuran
Al-Quran jangan lupa, kena baca hari-hari
perbanyakkan solat malam (selain Isyak dan terawih)
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna, berbanding yang sebelumnya.
Kurangkan mengumpat sekali Madiha!!
p/s: adik, puasa ye? Nanti akak belanja air cendol dekat bazar Ramadhan. Nantilah, masa akak dah balik nanti.

Aduan rakyat
Setelah hampir sebulan aku duduk melaram dekat rumah baru, aku baru perasan beberapa benda yang kurang dalam kawasan perumahan aku. (baca; kampung tempat aku tinggal)
Setakat satu dua aku tak kisah sangat. Tapi ini hal benda-benda crucial bukan boleh buat main-main. Boleh mengganggu gugat keharmonian jiran tetangga ni. Tak boleh jadi. Aku kena buat aduan jugak. Lepas ni aku boleh jadi hero kolej kediaman aku dan senior-senior yang perangai serupa gampang itu mesti respek habis sama aku.
Aku dah cakap dengan kawan aku, nak jumpa dengan wakil rakyat kawasan tempat tinggal aku ni. Tapi itu macam agak poyo dan aku jugak tak ada banyak masa dengan kerenah birokrasi yang melampau. Baik duduk rumah baca buku Management lagi bagus.
Tapi tak apa, kalau ada antara orang-orang yang sanggup turun padang dan berjiwa rakyat untuk mendengar keluhan rakyat yang berjiwa besar seperti aku ni, sila take note perkara-perkara ini;
1) Sila tambah bilangan lampu jalan. Kalau boleh letak sepuluh pun tak apa. Bahaya kalau malam-malam. Dah kena lalu tepi semak samun, atas jambatan dan jalan yang gelap untuk sampai ke tempat tunggu bas. Memang sekangkang kera je dari rumah tapi kalau terpijak apa-apa tak ke bahaya? Letaklah lampu jalan.. untuk keselamatan kami para pewaris negara yang tercinta dan penduduk kampung yang lain.
2) Letaklah satu tiang telco yang tinggi gila. Lepas tu kasi internet connection dekat kawasan ni laju sikit. Eh bukan laju sikit tapi laju gilaaaaa.. serupa macam aku dekat rumah. Siap boleh marathon Youtube tanpa ragu-ragu. Kat sini, nak load portal pun tunggu berjam-jam. Siap boleh pergi beli nasi dekat gerai sebelah rumah lagi. Tu belum kata lagi nak bersosial dekat Facebook, nak mengutuk dekat blogspot, nak lepas rindu guna Skype dan segala haram jadah tu. Kasi laju haaaa....~
3) Bagi harga makanan dekat sini di selaraskan. Ada yang mahal, ada yang kurang mahal, ada pulak yang bila kau bayar kau akan cakap macam ni, " eh biar betul harga dia macam ni?!" tapi dalam hati kau bersyukur habis sebab jimat duit makan. Aku ingat dah duduk dekat negeri kecik ni harga makanan murah tapi macam lebih kurang je. In fact lagi mahal dari KL. Apehal?!
4) Bagi McD satu! Hehehehehe... Ini memang request paling true yang aku nak.
Jadi sekarang aku nak cari dekat mana aku boleh buat aduan. Jangan risau, ini untuk kepentingan kita bersama wahai kawan-kawan dan senior-seniorku. Walaupun perangai kamu serupa orang tak masuk sekolah.
Sekian terima kasih
p/s: tengah cuba ingat balik format surat rasmi. Senang nak tulis surat dekat MB nanti!

Penangan laman web sosial
Sejak dah dapat balik laptop dengan internet ni, boleh kata hari-hari buat muka poyo pergi main Facebook. Padahal bukan buat apa pun, takat nak gosip menambah dosa je.
Tambah-tambah pulak, boleh kata hampir semua orang yang aku kenal ada Facebook, takpun ada Myspace, Friendster? Entah, dah ke laut agaknya.
Yang belum ada akaun Facebook tu, cepat-cepat pergi sign up. Nak nampak up jugak kot. Ataupun nak mengikuti trend semasa. Tapi bagus jugak sebenarnya. Boleh merapatkan ukhwah yang terpisah. Contohnya. kalau aku dekat Perlis ni macam mana nak keep in touch dengan kawan-kawan aku dekat KL? Takkan nak sms call sepanjang masa? Kopaklah duit aku beb.
Tak apalah, ni salah satu cara aku nak bersosial jugak.
Tapi tu lah, kalau budak sekolah rendah pun dah sibuk-sibuk nak buat Facebook lepas tu letak tarikh lahir tahun 1990 nak kata apa?
Budak-budak sekarang pun dah makin maju rupanya.

Itu ini manusia
Kadang-kadang,
Kita suka semakkan fikiran kita dengan perkara yang langsung tak penting dalam hidup kita. Untuk apa pun? Buat sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa. Lepas tu sakit jantung cepat lepas tu boleh gol dengan cepat. Tak boleh rasa nikmat hidup langsung. Life is too short to be wasted man. Come on...
(Eh ini status Facebook aku. Tak apa dekat sini boleh tulis panjang sikit)
Life made easier, isn't it??
Kadang-kadang juga,
Kita terlalu menjaga hubungan sesama manusia, sampai kita lupa, ada hubungan yang lebih penting mengatasi segala hubungan yang ada. Apa dia? Lu fikirlah sendiri.Dan kita terlupa untuk menjaga hubungan itu.
Biasalah, memang sifat manusia tu mudah lupa. Aku pun selalu jugak terlupa hal ni. Sibuk memikirkan perkara-perkara yang langsung tak membangunkan minda.
Patutlah tak maju-maju~
=.='

ekspresi
Miracles
Semua orang sukakan keajaiban.
Termasuk aku.
Tapi ada satu keajaiban yang berlaku yang buat aku sedih.
I've spent RM200++ in a week!!!!
What the?!
Ini satu keajaiban yang kurang bagus aku rasa. Tak boleh jadi ni.

Lalala kerjalah
Hari ni saya malas sangat nak siapkan assigment yang tak berapa nak banyak tu. Ada dua, satu kena tulis guna tangan sebab saya malas nak print out, ( baca nak jimat duit kos printing) dan lagi satu presentation untuk kelas English.
Economy dan English, esok-esok je lah saya sentuh awak okay?
p/s: English kena komen untuk satu filem. apa jadah??
Economy dan English, esok-esok je lah saya sentuh awak okay?
p/s: English kena komen untuk satu filem. apa jadah??
Labels:
pelajar separuh nerd
Subscribe to:
Posts (Atom)