Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Gemuk. Kurus.

Lepas tambah tolak darab bahagi semua, aku dah lebih kurang 5 minggu berkuliah. Sebagai pelajar tahun 3, senior, tahun akhir. Kononnya.

Sebulan yang lepas, ramai yang kata badan aku dah susut sikit. Ramai jugak yang tanya rahsia ke'susut'an aku tu.
Oh. Aku kata ramai sebab yang tanya tu lebih dari seorang. Mungkin dua atau tiga orang sahaja. Aku bukan artis popular yang ada berjuta peminat. Aku KakYong johh.

Dan aku cuma jawab, aku praktikal 3 bulan, agak penat ketika pulang dari opis dan hanya terus merebahkan diri di atas katil. Yeah, tanpa perlu makan malam. Atau untuk lebih mesra keluarga, aku hanya menonton Ibu dan Ayah aku makan.

Tapi sekarang, lepas sebulan, aku rasa segala pujian tentang ke'susut'an tu dah terbatal. Rasa macam aku dengan Adele dah tak ada beza. Oh bukan, dia kaya banyak duit, aku sengkek sentiasa tak ada duit.

Harap-harap cuti Raya Haji ni Ayah aku tak terkejutlah tengok anak dia. Ini sebenarnya bukti duit belanja  aku tiap-tiap bulan tu sentiasa cukup dan aku dah guna seoptimum habis.

p/s: Pesanan ikhlas buat kawan-kawan, janganlah seronok sangat nak mengajak aku makan itu ini.

Think about it..

Kalau kadang-kadang kita rasa ujian yang Tuhan berikan tu terlalu berat dan tak mampu untuk ditanggung,



fikir lagi sekali.


Mungkin itu hanya sebahagian kecil daripada kesengsaraan orang lain yang kita rasa.

Allah tak akan uji kita dengan apa yang kita tak mampu nak tanggung. Apa yang Dia bagi adalah cara nak bagi kita dekat dengan Dia. Masalah tu pemanis hidup.


Apa yang paling penting, jangan sesekali kita lari dari rahmat Allah.



p/s: Think positive. Insya Allah, everything is gonna be fine.

Hidup baru

Sedang berada dekat di sebuah negeri nun jauh di utara Semenanjung.

Hiatus beberapa hari atau beberapa tahun because there's no laptop and internet for me. Pity me.

Pray for me okay?

Boleh habiskan buku yang banyak perlu dibaca.

New profesion

Lupa nak bagitahu, aku sibuk kebelakangan ini.

Sebab aku dah ada profesion baru, tapi sedihnya tak berbayar. Mungkin aku akan claim dengan Kementerian Pelajaran lepas ni. Jangan risau. Agak-agak dalam RM500 sebulan, kira okaylah tu. Lepaslah aku nak beli beberapa buku dan sebuah beg baru.

Tapi jangan risau, lepas ni aku dah kurang sibuk. Errr... tak tak. Aku nak fokus kepada kehidupan sosial aku pula. Sibuk jugalah nampaknya. Cuma tidak sesibuk blogstar-blogstar yang lain. Sebab aku bimbo.

Okay berbalik kepada profesion aku yang terbaru, selain menjadi suri rumah yang tak berapa nak solehah, ( sebab online lebih lama dari buat kerja rumah.) aku juga telah menjadi tempat pertanyaan mengenai program matrikulasi. Sebab aku bekas pelajar matrikulasi.

Hampir setiap perkara aku perlu perincikan kepada si penanya. Ini hal masa depan bukan boleh main-main. Silap-silap rosak anak orang, siapa nak jawab?
Dari hal sistem pembelajaran, peperiksaan, perjalanan selepas matrikulasi, plan B kalau tak score di matrik, hal laptop, etika pemakaian hinggalah ke aspek kasut dan cadar tilam.

( Yang part cadar tu Ibu aku tolong jawabkan, sebab dia baru tahu yang kolej ada bagi cadar warna biru belang-belang.)

Bayangkan betapa tak diamnya telefon? Ibu aku siap letak handphone dia tepi aku, demi memastikan aku efisyen dalam melaksanakan tugas. Demam demam jugak, kerja jangan tinggal. Tak cukup handphone, telefon rumah pun tak henti berdering. Nasib baik si penanya tak ada nombor telefon aku, kalau tak mahu aku buat silent mode untuk dua-dua phone aku.

Amacam? Rasa-rasa boleh minta payment tak lepas ni?
Kepada anak si penanya,
selamat berjaya! Jangan malas belajar. Nanti jadi bimbo macam aku baru padan muka. Oh jangan lupa kirim salam sama court tenis sebelah blok C ( tempat terbaik mengintai budak lelaki opps kantoi!), cakap aku rindu nak lari-lari macam orang gila dalam tu.

p/s : Ingat, aku bimbo.

Ada berani?

Selalu dengar orang cakap,

" Aku berani kerat jari la wehh... dia mesti jadi macam ni macam ni macam ni...."

Haram tak pernah nampak pun orang buat.

Tapi aku, tak bertaruh pun apa-apa.Tapi bolehlah nak buat berlagak dengan ayat macam ni;

" Gua dah buat. 2 jari lagi. Lu ada bran ke?" dengan gaya mat rempit yang nak mintak pelempang.

Apa macam? Ada berani?

Mesej dari Tuhan

Penat bergelak ketawa 3 hari tanpa henti, berseronok macam tak akan ada esok hari.
Baca Quran pun dah tak berapa betul, kurang ketenangan diri dan segala masalah datang menerpa minda.
Tapi aku tetap bersuka ria, gelak macam orang gila.


Lepas tu, Tuhan bagi aku hukuman cash punya..




Aku terpotong jari aku sendiri. Deep cut. 2 jari kena. 6 stiches. Seronok.
Darah terpancut macam air paip atau untuk lebih dramatik macam glasier.
Tapi aku tak nangis. Aku boleh lari ke toilet dan letak tangan aku bawah air paip sambil menjerit-jerit teruja tengok darah. Padahal aku ni takut darah tahap extreme gila kan? Huh.


Sekarang ni jari aku tengah kebas gila. Darah still ada dekat jari. Nak cuci pun tak boleh.

Ironi bukan,
Tuhan suruh aku menangis bagai nak gila malam semalam, supaya bila Dia bagi aku cedera hari ni aku tak menangis langsung. Cuma masa nak bius tu aku menjerit sikit. Biasa la, bila jarum cucuk kau, kalau kau tak jerit memang kau hebat laa..

Dan lepas semua yang berlaku ni, banyak gila perkataan ' nasib baik' keluar dari mulut aku. Contohnya;

  • Nasib baiklah koridor blok tak basah tadi, kalau tak mesti aku tergelincir masa berlari dan kalau aku tergolek tadi, macam mana?
  • Nasib baiklah kena jari tangan kiri, kalau kena tangan kanan punya macam mana aku nak menulis? Nak makan pun susah kan?
  • Nasib baiklah ada Mino, Fanny, Pa'an dekat bilik aku. Boleh jugak dia orang tolong tengok-tengokkan aku. Alhamdulillah.
Dan bermacam ' nasib baik' yang keluar tadi. Dah tak ingat.

So sekarang aku dah tahu, mana satu kawan, mana satu sahabat.

Tuhan tarik sekejap 2 jari aku, so ini petanda Dia nak aku dekatkan diri dengan Dia.

Doakan aku cepat sembuh. Aku tak sabar nak main tenis guna bola baru yang Pa'an beli tadi.

I need some rest I guess

Hari ni aku nak gunakan font size yang agak besar.
Bagi buntang sket mata nihh.

Aku baru je balik dari kelas tambahan untuk fasilitator Chemfren. Buat tajuk Electrochem... Sejujurnya aku memang perlukan otak SPM aku balik.

Aku rasa semenjak dua ni aku telah mengerahkan tenaga tubuh badan aku ke tahap yang maksimum. Dan sekarang tubuh badan aku dah memberontak. Meminta belas ihsan aku untuk rehat barang sejenak dua. Tapi aku tak tau nak turutkan ke tak sebab aku ada banyak gila kerja yang tak siap. Contohnya;

Jotter Biology
Tutor Math

Eh ada dua je sebenarnya. Takde la banyak sangat pun. Hahah... Tapi kenapa aku rasa macam banyak ha? Ke ada yang aku tak ingat? Maklum lah sel otak aku semakin hari semakin mati.

Ouh badan aku macam nak demam. Sistem antibody aku dah mula rapuh. Hee... aku dapat rasakan hidung aku sedang berlari dan tekak aku sedang gatal gila. Kalau boleh nak jolok dengan kayu bagi hilang rasa gatal. So that takde la aku batuk-batuk lagi. Hmm...takpe lahh..ni ujian..buat penghapus dosa. Dahla dosa menimbun. Haih..

Petang tadi Alya came to my room. Mencarut tak tentu pasal. Aku tak rasa macam tu satu motif utama untuk dia singgah ke bilik aku. Dan aku cuba agak dan agakan aku benar!! Dia nak pinjam tutor kimia aku! Ha..aku dah agak dahh.... Lepas tu dia sambung mencarut lagi. Aku layan je. Dengan aku berusaha untuk tidur sebentar dengan harapan aku dapat kekuatan untuk ke kelas malam ni namun hampa aku tak boleh tidur tadi sebab terbatuk-batuk sampai Alya tanya " kau ni bila nak tidurnya??". Dia bengang pasal kawat. Hmm aku pun tak pay attention sangat apa yang dia cerita sebab aku ralit makan biskut wheatameal depan dia tapi tak offer dia pun. Hee...tak senonoh betul.

Sekarang ni aku rasa agak tertekan. Tapi bila aku fikirkan balik takde apa sebenarnya. Atau mungkin sebab imbalance hormone dalam diri aku ni kot. Aku takut nanti aku geram dengan orang aku terus lempang dia tanpa bagi amaran kang tak pasal je pipi kau merah free je..hahah padan muka kau..

Okay aku rasa sebelum aku mengarut lebih jauh dan mengalami masalah fungsi otak di tahap kritikal baik aku pergi berehat dengan aman sebentar. (jangan translate dalam English pulak maksudnya dah lain!)

p/s: sesiapa tolong kejutkan aku pukul 3 nanti ye!! tolong..!!! Aku nak siapkan bebanan kerja aku.

Jennifer's Body,Yaya dan Angah.

Okay mari kita ulang tajuk entry ni.

Jennifer's body....(well aku tak tau la pulak Jen adek beradek The Cullens sebab hisap darah.Tak tau la badan dia berkilat-kilat bila kena matahari ke tak)
Yaya....
Angah....

Ok takde kena mengena pun sebenarnya.
Cuma bila aku,Angah,Yaya dan Hafiz(Angah's boyfriend) tengok movie tu semalam,then barulah ade relationshipnya.

Kami keluar pegi nonton semalam.Tengok cite tu la.Dah la masuk lambat,lepas tu tak jumpa sit pulak.Lepas tu boleh pulak Yaya buat lawak sampai aku dengan Angah kena keluar dari box untuk gelak..aduhh.Malu pulak.Nasib baik gelap.Takde la orang nampak.Haih.

Time tengok tu takde hal sangat.Biasalah cerita thriller macam tu ayik buat orang terkejut je.Adrenalin aku duk turun naik turun naik haih penat aku asyik terkejut je.Nasib la takde sakit jantung kalau tak dah jalan dah semalam.

Hmm...yang menjadi hal nya ialah makhluk yang duduk di sebelah aku.Sebelah kanan ye Ya..sebelah kiri kau ehh.Haha.Dah la tak reti-reti nak silentkan phone.Ape ingat dia sorang je ade phone ke?! Kalau ringtone sedap takpe.Oh ok la..tapi lagu outdated sangat.Dah bape kali kuar masuk Billboard USA pun tak tau.Kalau lagu baru boleh aku bluetooth dalam tu.Takde la ayik terkejut je.

Itu satu hal..dengan phone dia.Lepas tu mulut tak reti nak diam.Aduhh...aku tak tau la kot-kot cerita tu ade pengarah bersama yang datang dari Malaysia kott.Tengok director dia sorang je..(ye ke?ntah.tak perasan sebenarnya).Dahla asyik ngomel..."hii..ape la cite ni..".

Yang kau datang tengok tu kenape?!
Duk mekak-mekak sebelah telinga aku lepas tu tak jugak kuar.Haih.
Yang lawaknye,
there's a one part yang Jen's fren Needy having sex with her bf Chip (ouh..Chip tu sangat sweet kan Ya!!!) for the first time.Haha.Biasala...remaja mestilah guna kondom.Ade ke minah sebelah tu kutuk..

"eh kondom,sial gila jantan ni"

Aku yang dah macam..............whutdaheck kau ni?!
Lepas tu entah macam mane aku boleh terlepas cakap,

"ye lahh..mesti la guna....kang dah terberanak pompuan tu kang satu hal pulak..." (dengan nada yang sarcastic gila babi dengan harapan dia senyap lepas tu tapi malangnya tak pun).

Aduhh....kuno betul la..haih tak tau la nak cakap ape...
Keluar wayang je aku nak tau sangat sapekah gerangan yang sangat bertuah dapat duduk sebelah aku tuhh tapi malangnye takde wehh...hilang macam tu je..huh..misteri betul.Tak,hampeh betul.
huh sampai sekarang aku still geram dengan minah tu.Haih.Tapi tak la geram sangat.Ade la jugak geram...haih.

Lepas tu Yaya belanja kitorang makan KFC.Mula-mula dia nak sangat makan Domino's Piza.Tapi takde...rupenye ade la...dekat hujung-hujung dekat dengan McD tuhh...aduuhhh...haih.
Biasala kalau dah kolaborasi aku,Angah dengan Yaya satu meja dulu..macam kat kelas dulu la kan.Aku rasa macam nak tercekik sebab asyik gelak je.Dahla paksa aku habiskan whipped potato.Haih.Kenyang gila.Macam dah tak larat nak jalan dah.Tapi sempat lagi beli selipar kat Vincci.Haha.ye la aku punya tu dah hampir nak terbelah dua dah.Kang jadi macam kasut Fa**y (nama dirahsiakan.Tapi budak H3P1 tau la kann??) dah jatuh saham aku hahaha...

Sedihnya memory card aku tak boleh read dalam laptop.Tak boleh nak masukkan gambar.So the rest ade kat Angah la kan.Hmm..tak pe...btw aku rasa seronok gila semalam.Kalau ade Mino sekali aku tak tau la nak kata apa.Haih.Lepak kat kafe pun macam nak pecah kafe tu kitorang buat.Aduhh....

Okay today I'm goin back to Penang.Mungkin tengah hari ni kot.Since that Ayah ade audit dekat FRIM.Second semester here I come.Mungkin lame sikit kot nak warm up otak aku ni since 2 weeks++ duk makan tido serta membunuh sel-sel otak aku.Aduhh...


Ouh second semester...here I come...
Dah tak boleh nak on9 selalu,bace blog orang and gelak sampai nak terbalik kerusi...kena study la kan??

Tebus balik ape yang aku dah salah masa sem 1 dulu.
Contohnya....
.jangan study last minute.
.jangan berangan dalam kuliah (fokus!!)
.siapkan tutor..(math insya Allah..)
.love the subjects more.
.kena rajin jejak kaki dekat admin nak jumpa lecture.(eh sem 1 dulu pun rajin apa?)
.banyakkan study sebelum masuk kuliah.kalau nak skip pun make sure dah faham hahahahaha.....


p/s: Oh aku rindu kelas aku! Joe aku dah tak sabar nak ngumpat dengan kau lagi!!!
To Hazman,jangan bersedih akibat roomate mu telah kuar (sape??ouh mirul yang orang kate macam edward tu ye..! MACAM la...) serta kehilangan kucing mu ( ape..Alya ek?eh bukan..Leonardo da Vinci).Nanti kau pusing kafe la cari kucing lagi.Haha.

:))

Yeah sometimes I do feel regret with myself

Yeah sometimes I do feel regret with myself eh ni dah jadi tajuk eh suka hati aku la blog aku ape kau sebuk?!

Err bukan ape pun..
entah la..
aku pun tak tau sebenarnya

Kadang-kadang aku rasa diri aku sangat la loser.
Err...ye ke?
Ha
ye le kott

**blurr**

Aku suka muzik.
Aku suka buku
Aku suka belajar ( ye ke?? entah)
Aku suka bercakap tanpa henti (ini diakui oleh ramai orang)
Aku suka kawan-kawan aku (plus,sayang)
Aku suka hidup aku (eh...jap)


hmm..

Tapi kenapa semua yang aku suka tu menjadi sesuatu yang sangat aku kesalkan sekarang.
Yeah..
such as..
I quit my piano class during standard 6.Ayah macam bengang la dengan aku sebab belajar separuh jalan.
Tapi aku tak rasa pape pun masa tuh.
Cuma sekarang aku rasa regret sebab...
HARI TU AKU NAMPAK ORANG BUAT PERFORMANCE DEKAT THE CURVE!!!!
AHh...
bastard sungguh.
Gila cool wehh dia main piano.Sumpah aku tak bohong.
Yelahh...orang kata main muzik ni buat back up plan kalau belajar tak menjadi.
Masalahnye sekarang ini...

Dah la belajar pun tunggang terbalik,
lepas tu takde back up plan
Haih~
Ape ke bijak sangat aku dulu...
So sekarang ni aku rasa aku nak main muzik balik.
Teringin nak main violin and gitar pulak.
Penah jugak aku cakap dengan Ayah..

Aku: teringin la nak main violin..macam best je Ayah..at least portable.Piano gabak tuhh tak boleh bawak g mane-mane

Ayah: tu la dulu orang tanya nak belajar ape cakap nak main piano sekarang nak violin pulak.Haih budak nihh...

erk?
ye ke?

yeah..
ouh
speaking about friendssssssssssss...
well
I love all my friendsssssssss..
betul
tak tipu.

Cuma kadang-kadang aku rasa aku ni bukan seorang kawan yang baik.Tu pun aku regret jugak.Haha..
Kadang-kadang aku rasa aku hanya cari kawan kalau ade kepentingan je.
Contohnye..

Die hot..(tapi aku lagi hot haha)
Die kaya (eh tapi bukan boleh belanja aku punn)

tak lahh..

sebenarnya yang aku nak cakap ni..
aku hanya akan cari kawan-kawan aku bila aku rasa aku lonely,takde sape nak bersembang,bila ada masalah,(tapi bukan masalah kewangan sebab tu aku cari parents dulu),bila takde sape nak ajar aku Maths,Chem,Biology...

Tapi pada masa yang lain aku selesa bersendiri.Bukan..
Maksud aku
Aku selesa berada dalam dunia aku sendiri.
Sebab kadang-kadang aku rasa rimas berada di dalam kumpulan manusia yang ramai (lebih dari 3 orang kira ramai la kann?)
That is why sampai sekarang aku tak tau sape sahabat aku.
Best friends pun tak berani nak cakap sape.
Yang aku tau...
kawan baik aku..

blog ni..
MP3 aku
Hp aku
buku-buku aku
memori

ade lagi yang saya tertinggal??
sila tambah.
takut-takut tertinggal.

hmm...

Yang pentingnya
aku regret dengan diri aku sendiri
haha

I'm sorry.

p/s: yeah.

Rush day

Hurm.Penat.

dari pagi tadi aku asyik berkejar ke sana ke mari.
esok dah nak balik penang.negeriku yang ku cinta.wahahahh

pagi tadi..
daripada opis Ibu,rush pegi kedai nak bind buku-buku aku.(last day cuti baru nak buat..!!)
then..
drive pegi selayang mall pulak
pegi CIMB.bukak akaun.hampeh tak boleh buat kad lagi.Tak cukup 18 ye dikk!!
dah la beratur agak lama time dekat bank.sempat lagi baca Thx 4 d Mmries.Haha.Kelakar duhh cite uhh.
lepas tu tengok jam.."alamak..dah terlambat nak ambik Tia kat sekolah!"
hampeh tol.aku sampai-sampai je dekat pukul 1.Adik aku kuar sekolah pukul 12.30.argh.damn.
masuk je kete,kete marah dengan adik aku.aku pun ape lagi..membebel lahh dekat dalam kete macam ape je
dah hantar Tia pegi nursery,then amik Ibu pulak.pastu terus g amik balik buku aku yang dah bind tuhh.

and then,pegi ktm station.
Ibu pegi Bank Negara,aku ke Midvalley.
aku sampai dalam 2 lebih kott.terus pegi toilet.touch up muke.sebab muke memang macam orang lepas mati laki.Haha.
aku berdiri di depan McD.Jual muke.dekat sejam.sempat makan fries dan minum air ribena.

ni sume Qasya punye pasal lahh!
penat menunggu.bukan penat berjalan.
haih.dah la i'm the cinderella of the day

"haa...balik sebelum pukul 6 yee"
tak gune punya Qasya.Asyik bahan aku je gune ayat tuhh.
saya kan anak dara pingitan.Wahaha..

well
thanks for everything for today.
its nice to know you buddy.haha
hope to see you again.

p/s:jangan nak berlagak korang stat cuti 15hb.do i care,huh?

wahh..

Hari ni banyak benda yang nak ditulis dimulakan dengan perkataan....
WAHHHH...!

1.wahh..
masuk hari ni dah 4 orang jadi mangsa H1N1.Masya Allah...takut pulak aku dengar.moga-moga dijauhkan daripada penyakit tu dan diberi kesihatan sepanjang masa.Insya Allah.Bukan apa,benda-benda macam ni bukan kita boleh jangka.Makin banyak pusat pengajian dah ditutup.Sekolah pun banyak yang ditutup.Haii..(harap-harap la KMPP tak dijangkiti virus tu jugakk..takut I nyahh..!)

2.wahh..
hari ni pegi shopping dengan Ibu dekat SOGO.Maklumlahh...sekarang kan tengah MEGa SALE.Hahahh.Kalau aku bawa si Lily dengan ALya mau tak balik kitorang.hurm...pusing 1 floor tu untuk sepasang jeans yang dapat less 50% dan 2 helai top yang less 70% kott.Ntah.Tak ingat la aku.Main bayar je..haha..lepas tu beli baju raya.Beli yang dah siap je.Malas nak tunggu lama-lama.Hahahh.Okay la tu dapat sepasang baju je.Tak tau kenapa macam tak berapa bernafsu sangat nak beraya sakan.Mungkin sebab faktor usia yang makin meningkat kott??(takpe..ni baju dari Ibu...baju dari Ayah tak mintak lagi..hehe..bersiap sedia Ayah!)

3.wahh..
hari ni aku dapat soalan cepuk emas dari kawan baru aku..

"u ni setia tak?"

dan aku?

"ntah lahh.."

should I answer that question?
I think I dont have to do that.

madiha dah besar rupenye!

A few days ago I went to Putrajaya,to attend a kenduri kawen of Ibu and Ayah's old friend;when we were in Japan.Aku memang suke pegi kenduri kawen nihh..sebab time tu boleh melawa macam pengantin jugakk.Haha.
Pengantin perempuan tu ialah kawan aku mase kecik-kecik dulu.(tapi..mase aku kecik dia dah besar lahh kan).
Tapi apa yang pasti,bila aku bersalam-salaman dengan tuan rumah(sambil tu intai-intai kot-kot ade mamat hensem but unfortunetly takde!) dan kawan-kawan lame ayah yang lain,semua macam..

"ehh..ni ke Madiha..??dah besar dahh..dulu baby lagi.boleh dukung-dukung.sekarang dah anak dara.."

ye lahh....yang dulu tu zaman bile..
zaman aku...
main dengan anak patung sailormoon...
tengok kartun doremon dan shin chan tiap-tiap pagi sebelum pegi hoikuen.(tadika)
dann..
zaman aku punya pipi merah macam kena letak blusherr..haha.

sekarang nihh..
dah jadi budak kolej
gosip tak tentu hale
kumpul novel macam kumpul kayu api kat hutan
dan yang pasti..
aku dah 18.mesti lahh dah besar tu kann?

hahhahh..

dan malam tuhh..
overnite kat umah faradib.
i drove my dad's car(for surely) to kafe kat medan.lepaking with them.
then diorang suggested untuk overnite je.aku setuju.bukan selalu dapat jumpe.at last,tido pukul 4 pagi.lepas hantar dorang balik umah.(maklum lahh..minyak full tank siot!)..
Hahahh..
we're chitchatting...
gossippingg..
driving malam-malam buta pukul 1.30 pagi macam orang gila..(sampai dorang jerit-jerit dalam kete.nasib korang la dapat pemandu tak berhemah macam aku)
dann sedar-sedarr..
zzzzzzzz.....
'madiii..bangun..subuh..'

dan aku baru je selesai bace p/s i love you.sweet gila lahh! imagine lahh untuk dapat husband yang sweet dan beautiful macam tuhh.and i admit that..

'true love never dies..'

right?


peguam yang tidak bercakap..

Semalam aku bersembang dengan kawan aku di alam maya.
Beliau merupakan pelajar pre-law di UiTM.Macam Lily jugak.Tapi dia dekat Shah Alam.Lily dekat Pahang.
Die merungut..

saya:warna pink
beliau:warna biru

"sape cakap law tu senang..aku bom dia.."

"mane ade benda senang dalam dunia nihh.."

"dahla tiap-tiap hari kitorang dilatih untuk bercakap,bercakap dan bercakap.."

"dah kata kau pelajar undang-undang...kalau tak nak bercakap..bekerja lahh dengan..
pippette..
burette..
cells..
numbers..
tu memang khas untuk orang yang tak bercakap.."

khas buat orang yang suke buat observation sahaja.Sebab?
mase buat report..
'Observation was recorded'
'Discuss the error occured during the experiment'

Itu sahaja.Am I right?

memblog secara kebetulan.~

Okay first of all ..
dont mind about the grammar of the tajuk keyh...
aku tau BM aku sangat teruk sekarang nih sebab dah takde orang yang nak monitor penggunaan bahasa aku sekarang nih.Haha.Damn

Banyak yang berlaku semalam sebenarnya...sampaikan aku tersengih-sengih seorang diri kalahkan siput tepi laut bila terkenangkan semalam.

Err...well...tak senyum pun..~

Semalam...(070709...waaaa...canteknye number..)

1.Shy dah wish bday aku 2 BULAN awal..
dengan sms yang berbunyi...


"shy..sori aku ade kelas ni.." aku sms die sebab dia call aku pagi-pagi buta mase lecturer english dah masuk kelas.

"ouh ok....HEPI BDAY ek....luv u my pren...."

and I was like....????


Tersenyum aku sorang-sorang pagi tu macam orang gila.Sebab sebelum tu...

2.Aku bangun lambat lahh..!!!! 7.15 baru terjaga.Nasib baik roomate aku kejutkan.Kalau tak..leburlahh kelas English aku...hish...


3.Rahman suruh aku on9 semata-mata nak tengok gambar-gambar dia pegi Genting dengan kakak ipar baru aku.Cit..!!!! Tak guna pegi Genting sorang-sorang..(err..tak...berlapan sebenarnya).
Hurm....buat maksiat tak ajak...!!
Wahahaahha..!!!!!!!

p/s:okay la abang busuk..saya dah tengok gambar-gambar kamu tuh.Jelesssss...!!!!!! Hiiiii....tengok la nanti..
ouh dengar cerita dia nak kumpul duit beli dslr.Heh.Cantek ahh...boleh lahh saya menempel-nempel...wahaha..sayakan adik kamu...hihi..


4.Aku sampai ke kelas Chemfren pada pukul 9 malam.Sebagai faci yang paling bertanggungjawab,aku menjadi orang terkhir yang sampai dan aku langsung tak buat apa-apa pun semalam;selain daripada berbual-bual kosong dan mengganggu orang lain..ish.

5.Berbuka puasa dengan Wani sambil mengumpat-ngumpat.Sedar-sedar dah pukul 8.20.Maghrib belum lagi..!!Tu yang lambat pegi Chemfren tu..hahaha...

6.Kuiz Kimia aku sangat terukk.!!! Damn it.Nak letak jawatan jadi faci boleh??

7.Aku melepak dengan praktikum Alya yang sangat psiko itu.Asyik gelak je ...hahahaha....

well...hari ni pun terjaga lewat jugak..tapi awal 15 minit.tepat jam 7 pagi waktu Malaysia.haha.
and frankly..subuh aku burn lahh...

beggars are not choosers

Idea untuk menulis mengenai tajuk ini telah datang sejak lame dahulu.Cuma aku tak tau macam mane nak susun ayat dan mengarang isinya agar tajuknya seiring dengan isinya.Jadi,sekiranya anda telah berasa bosan dengan entri ini,sila berambus dengan jayanya.Terima kasih.

Beggars are not choosers.Aku baru tau mengenai proverbs ni ketika aku menginjak ke Tingkatan 4.Teruk kan?Well,aku akui English aku agak teruk dan sampai sekarang aku rasa makin teruk.Tak tau nape.Terima kasih kepada Sir Salehuddin yang jadi English teacher aku sebelum aku berhijrah ke penjara dunia di tengah kota Kuala Lumpur.

Pada aku,semua orang yang hidup di alam ini merupakan beggars.Kenapa aku kata begitu?Bagi yang Islam,kita mesti paling tidak dalam 5 kali sehari akan berdoa kepada Allah meminta itu dan ini.Betul kan??Walaupun permintaan itu sekadar meminta kebaikan di dunia mahupun di akhirat;seperti doa yang ade dalam Surah Al-Baqarah tu.Aku pasti sume orang tau ayat tu.

Walaupun begitu,macam yang aku cakap kan tadi,beggars are not choosers.Kita tak boleh terlalu memilih dalam hidup nih.Anggap je ape yang dikurniakan dan diberi tu adalah yang terbaik.Sebagai contoh,setiap wanita mengimpikan suami yang handsome,penyayang,berduit etc..etc.Tapi hakikatnya mungkin kita dapat yang kurang handsome ataupun kurang berduit.Mari fikirkan,apekah kebaikannya kalau bersuamikan orang yang handsome gila tapi mati pucuk.Okey aku dah jauh merepek nih.

Walau setinggi mane pun pangkat kita,walau sekaya mane pun kita,walau secantik mana pun rupe paras kita,kita masih lagi beggars.And beggars are not choosers.Mengemis di dunia yang penuh dengan tipu daya ini untuk mencari erti sebenar hidup.

Terima kasih kerana membaca karya mengarut saya ini.

relationships #2

Orang selalu berkata,kawan-kawan dekat asrama ialah kawan yang terbaik untuk kite.No matter how damn sucks your school are,tapi kalau orang di situ sangat understanding,baik hati,willing to share problems,selalu kongsi stok makanan(errr..) dan sebagainya,pasti kita akan ingat asrama tu ialah the best place ever yang kite pernah duduki.

Well.At 1st,aku tak percaya.Tapi bila aku tengok Ibu yang masih 'kamceng' dengan kawan-kawan die dekat MRSM Pengkalan Chepa(hebat woo maktab uhh sekarang!),so slowly aku mula faham kenapa.Dan setelah aku sendiri mengalaminya walau sekadar untuk 2 tahun yang hanya dikelilingi oleh rakan-rakan wanita,aku mule yakin dan percaya bahawa "they are the best for me"

When I read Deeba's blog just now,aku mule sedar sesuatu,mereka memerhatikan kita walaupun kita tak sedar.And they do care for us eventhough we dont know about it.Contohnye,kalau kita lapar,mesti satu kelas lapar sekali.Haha.(Dan aku tak faham kenape meja aku selalu jadi tempat letak makanan.Muke rezeki kot?).Kalau sorang yang sedih,paling tidak orang yang duduk di sekitar kita mesti akan rasa juga kesedihannya(tapi aku kalau nampak orang sedih aku jauhkan diri;takut aku nanges sekali :(( ) Dan aku admit aku la orang yang agak kerap sedih tak tentu pasal.Haha.

Look,for the Aliens of Eliara(hurm..nape kite tak terfikirkan name ni dulu?)mase dalam kelas mungkin kita rasa tak puas hati sebab orang di sekeliling kita selalu bising(ok.Madiha,Yaya,Angah,Lily dan seteru-seteru kami sila take note) tapi mungkinkah lepas ni kita akan jumpa lagi dengan tahap kebisingan macam tuh?Ye lah,orang belaja aku err..KAMI bising.(aku ngaku nih)Biasalah,budak-budak baru nak 'up' kan.

Like Deeba said,aku pun kagum dengan cara Angah mentadbir kelas kami.Walaupun kelas tu macam kena langgar todak sekali pun,die tetap maintain je.Walaupun dia antara individu yang sangat busy dalam tahun 2008,tapi kelas kami tetap tak lupa.Tak sia-sia pilih jadi ketua menteri,eh silap!Ketua Darjah.Haha.

And same goes to her assistant,De
eba.(kau jangan kembang pasnih!)Walaupun dia agak clumsy+weirdo+mystery,tapi aku suke dia.Haha.Ouh,die pun usahawan gelang+kerongsang dan T-Shirt SBP tuh.Haha.Yaya??Waaa....Ini orang ah.Uish.Dia selalu ajar aku Biology.Aku pun tak faham macam mane die boleh master Biology.Deeba pun same.Ajaib betul.Sape masih ingat 'Cabaran Anlene bersama Yaya'??Walaupun video tu tak setanding dengan video pramugara terlampau tapi bile tengok balik,aku rasa nak gelak je.Dia la bertanggungjawab menjadikan selera makan aku membuak-buak.Sebab die penah cakap "makan itu best!".Dan sekarang aku akuinya.Haha.

Gelak tawa kami sentiasa menyakitkan telinga orang.Haha.Padan muka kau.Tu la kot sebabnya aku tak dapat stret A,asik sakit kan hati orang je kan.Haha.Tambah sket dengan suara Lily.Hurm.Bertaubat cikgu nak masuk kelas tu.Haha.Tapi waktu prep sunyi sepi je kelas tu.Sebab yang bising sume dah tido!Haha.

Segala tagged items yang korang tulis tu aku bace dengan penuh rasa.....rasa ape ek..hah pape je lahh.Tapi bila aku terfikirkan kembali,aku sebenarnya tak kesah sebab dapat 6A je dalam SPM sebab I've got my own sweetest memories with them dan aku sangat menghargainya.

Done with my essay.Any comment?

'forward'ing and 'tag'ging

Ouh ye seperti mana yang kite tau kecanggihan teknologi pada masa kini telah menyebabkan hampir kite semua mempunyai alamat email sendiri dan laman sosial kite sendiri seperti Myspace,Friendster,Facebook dan sebagainya.

Melalui email,banyak la juga email yang aku dapat.Err..kebanyakannya yang menyuruh kita forward-forwardkan email-email tersebut.Maaflah,walaupun dalamnya tertulis "sekiranya anda tidak forwardkan post ini anda tidak akan selamat!" Ouh maaf,aku tidak percayakan semua itu.Haha.Kalau hantar komen yang suruh aku forward-forward all that stuff sori lahh aku nak forwardkan.Bukan takde mase,tapi sangatla malas.Haha.

Begitu juga dengan tag.Haha.Malas kau tau?!

Lagipun banyak lagi benda yang aku nak send dengan komen dan email aku.Haha