Penangan laman web sosial

Sejak dah dapat balik laptop dengan internet ni, boleh kata hari-hari buat muka poyo pergi main Facebook. Padahal bukan buat apa pun, takat nak gosip menambah dosa je.

Tambah-tambah pulak, boleh kata hampir semua orang yang aku kenal ada Facebook, takpun ada Myspace, Friendster? Entah, dah ke laut agaknya.
Yang belum ada akaun Facebook tu, cepat-cepat pergi sign up. Nak nampak up jugak kot. Ataupun nak mengikuti trend semasa. Tapi bagus jugak sebenarnya. Boleh merapatkan ukhwah yang terpisah. Contohnya. kalau aku dekat Perlis ni macam mana nak keep in touch dengan kawan-kawan aku dekat KL? Takkan nak sms call sepanjang masa? Kopaklah duit aku beb.

Tak apalah, ni salah satu cara aku nak bersosial jugak.

Tapi tu lah, kalau budak sekolah rendah pun dah sibuk-sibuk nak buat Facebook lepas tu letak tarikh lahir tahun 1990 nak kata apa?

Budak-budak sekarang pun dah makin maju rupanya.

No comments: