Kenapa perlu gelojoh?

Baru seminggu lebih kita berpuasa. Bak kata orang, baru nak panaskan enjin. Baru nak rasa rahmat bulan mulia ni.

Bukan selalu kita jumpa Ramadhan kan? Setahun sekali je dia datang. Tu pun kalau Tuhan bagi izin dekat kita jumpa tiap-tiap tahun. Kalau takdir tahun depan kita tak jumpa?? Macam mana?

Persoalan-persoalan yang sentiasa hadir dalam kepala aku setiap kali bulan puasa datang. Masa tu memang insaf gila. Tapi hanya untuk beberapa saat dan selepas itu keinsafan itu ke laut jawabnya. Ish buruk perangai..

Ya, baru beberapa hari puasa.
Tapi sana sini dah dengar orang pasang lagu raya. Alahaiii...~
Tuhan bagi sebulan je kita puasa lepas tu lagi sebelas bulan lagi rayalah puas-puas. Tak ada siapa nak menghalang. Tak ada siapa nak kisah. Nak melaram baju raya hari-hari pun tak apa. Nak pasang lagu raya hari-hari dalam kereta pun tak ada siapa yang nak marah (okay adik aku buat macam ni jugak pasang lagu raya dalam kereta. buang tebiat betul budak tu)

Jadi, tak payahlah gelojoh sangat. Bukan selalu dapat merasa bulan Ramadhan ni. Mungkin dia selalu ada tapi kita yang tak tentu ada lagi tak untuk sambut dia lagi pada tahun depan.

No comments: