Showing posts with label ekspresi. Show all posts
Showing posts with label ekspresi. Show all posts

Di satu sudut bernama alam maya

Aku dapat idea untuk post benda ni lepas aku baca dekat sini.

Di satu sudut bernama alam maya, kita tak boleh terlepas daripada mainan perasaan.
Ya, perasaan yang suka mencelakakan diri, atau beri rasa gembira dalam hati.

Ada satu sindrom, dalam alam maya ini, yang aku perasan.
Sindrom HARUS meletakkan frasa "Haha" (atau Hehe, Hoho, dan untuk lebih mode gedik aku guna Hewhew) di akhir ayat. Fungsinya, untuk menjadi penyelamat keadaan. Atau untuk tidak menampakkan perbualan kelihatan serius dan errr..yeah, menakutkan.

Contoh,

"Apsal kau ni bangang sangat. Benda simple macam tu pun tak boleh buat ke..haha!"
Okay abaikan tanda seru di hujung ayat. Tu sekadar nak menambah rasa enak menghanjing.

Tapi itu bukan fokus utama, setakat ayat kat atas tu tak la buat kamu jadi panas punggung sangat. Biasalah adat berkawan, mengutuk dan menghanjing sesama sendiri itu PERLU.

Jadi, ada satu (atau dua, atau tiga) masa yang kadang kala aku stuck dalam satu (atau dua, atau tiga) keadaan yang PERLU untuk aku meluahkan apa sebenarnya rasa hati aku. Dan yeah, through the virtual world. Because that particular person is not right in front of me.Dan kalaupun orang tu ada depan mata aku pun, aku akan jadi tersipu-sipu malu dan senyum simpul. Malu tapi mahu, kononnya.

Jadi, situasinya begini,
untuk membuat satu lapisan yang agak lutsinar dan keterlihatan ekspresi itu, aku buat begini,

"Kita macam suka dekat awak..crush la gitu..hehe"
Dan satu sms berjaya ditembak. Jantung masa tu rasa berdegup pantas, kalah lari 100meter.
Persetan semua itu, yang pasti, apa yang kamu rasa tu dah terluah. Tinggal lagi, berdoalah yang si dia tau sebenarnya kamu memang serius. Dan panjangkan lagi doa itu, agar dia pun rasa benda yang sama terhadap kamu.

Setakat sms lirik lagu Terukir Di Bintang, dikhuatiri si dia takkan faham. Bukan semua orang punya jiwa sama seperti kita, mampu terjemah rasa dengan sedetik cuma.

Tapi kalau aku dah stuck dalam situasi yang memang mengundang rasa fucked up yang teramat, aku takkan guna frasa Haha, Hehe, Hewhew dan yang sewaktu dengannya.

That shows how serious I am, really.

Marah

"Kau mrh sape"

Masuk satu SMS dari dia.

Aku renung skrin telefon. Gumam sendiri, otak pun tak mampu nak mengarah jari.
Selang dua tiga saat, aku tembak satu SMS,

"Keadaan."
Pendek, tapi cukup nak beritahu ke dia, segalanya. Kalaupun dia faham. Ouch.

"Mana boleh mrh kan keadaan"

Katanya.

"Kdg sbar aku pun dah smpai ujung2 jgk".

Padu aku balas. Menghantar sekali seribu rasa marah. Aku tau bukan pada dia sepatutnya, tapi aku tak tahu saluran mana yang lebih tepat. Bukan, belum jumpa.

"Ye..dah tu..kau nk mrh kan sape kalo dah ilang sbr..nk mrh sape..tuhan?"

Serentak, air mata aku deras mengalir. Aku tak pernah nak salahkan apa yang Tuhan dah tulis untuk aku, aku cuma tahu ada benda yang kurang betul di mana-mana. Masalahnya, aku tak tahu apa benda, di mana, dan banyak mana.

Perasaan jadi bercampur baur. Kalau dia ada depan aku, mungkin dah lama aku rangkul tubuh sasa dia. Menangis semahunya dan mungkin mengomel entah apa-apa ke dia. Kalaupun dia tak mampu nak seka air mata aku pun, cukuplah dia dengar semuanya.
Peduli apa aku dengan keadaan dia yang dah jadi kekasih orang ke apa. Dia kawan aku.

Tapi aku tau, bukan pada dia sepatutnya. Cuma aku tak tahu saluran mana yang lebih tepat. Bukan, belum jumpa.

Air mata terus laju turun. Adrenalin pun terus hantar degup laju ke jantung. Bahana secangkir kopi tadi.

Fasa

Adakah ini denial, angry atau bargaining phase?

Aku tak tahu, aku tak mengerti. Hal-hal hati dan perasaan ni bukan major aku.

Mungkin ini denial phase, sebab aku tak boleh terima keadaan ni.

Mungkin juga ini angry phase, sebab aku salahkan setiap inci yang ada dalam keadaan tu. Kenapa masa tak boleh diputarkan kembali?

Atau mungkin ini bargaining phase, sebab aku terlalu berharap pada dia. Dan mungkin akan terus berharap.


Sudahlah sang hati, dia sudah pergi. Biarkanlah dia.

Tu, ada yang cuba nak mengetuk pintu. Bukakanlah untuk dia. Mungkin dia lebih baik, dari seluruh esak tangismu.

Terima kasih si manis, awak buat saya tersenyum lagi.

Sekarang aku dalam fasa mencuba, mencuba untuk jadi lebih gembira, dan menerima segalanya.

Jawapan

"Kenapa Perlis-Kuantan tu jauh sangat?"

Ucap tiap kali esak tangis rajuknya bergema di corong telefon.

Ku tarik nafas perlahan, mengumpul sisa kekuatan dan di hati terus bergema,

"Sebab nak bagi rasa manisnya merindui sahabat Lillahitaa'la..."

Syaitan memang suka mainkan aku

Aku tak tahu apa dah jadi sekarang ni, syaitan umpama sedang bersorak gembira melihat keadaan aku sekarang ni.




Semakin hari penyakit ragu-ragu dan was-was aku semakin kronik. Kamu tahulah, penyakit was-was ni permainan syaitan.

Apa yang aku buat selama ini semuanya akan ada rasa keraguan yang tinggi.

Kenapa ni?!

Saya ph7, bukan asid bukan jua alkali #2

Aku malas cerita banyak..tapi...



kalau lepas ni anak-anak kamu semua dah tak dapat kuota masuk ke IPTA, matrikulasi, sekolah berasrama penuh (SBP), pembelian rumah, tanah rezab, mahkamah syariah dimansuhkan, cerita kahwin cerai pun pakai hukum sivil, agama Islam pun dibuat main, bahasa Melayu pun entah ke mana, dan hak kerakyatan pun kelaut,




jangan nak salahkan sejarah pulak.


We're the one who created the history but then we're the one who didn't want to learn history at all.




Aku timbulkan isu tersebut, bersandarkan dengan pesan Nabi yang tak sukakan kekecohan dan kekacauan, serta apa sahaja yang mampu mengganggu gugat ketenteraman orang lain.

Jawab seorang brader,

"tapi Nabi suruh kita tegakkan hak...yadda yadda yadda..."

Come on la brader...

Nabi ajar sistem musyawarah, maksud musyawarah ni duduk semeja, berunding, apply win-win situation, either for Muslims or non-Muslims. Bukan terpekik melolong dekat jalan (eh bukan, stadium) buang masa tengah-tengah panas tu.
Zaman Nabi pun bukan tak ada sistem perjanjian, contohnya masa pembukaan kota Mekah, pembinaan negara Islam pertama di Madinah. Masa orang kafir dah cabul perjanjian, baru tindakan diambil.

Peperangan pun dijalankan kerana Allah, tanpa ganggu harta awam, perempuan, kanak-kanak, orang tua, rumah ibadah dan alam sekitar. Terbukti dengan melalui pesanan Khalid Al-Walid semasa beliau jadi penglima perang.

Tak habis baca sirah Nabi ye bang?

Lepas tu aku timbulkan persoalan, macam mana dengan kegiatan ekonomi yang bakal terjejas, pelancong dan orang awak yang akan trauma serta fobia dengan kemungkinannya berlaku kekacauan dan sebagainya?

Jawab brader tersebut...

"kalau demonstrasi ini djalankan dengan baik, peniaga2 tu maybe dapat untung sebab orang ramai akan pergi ke kedai mereka.."
 
brader...lu pasti ke demo ni akan dilakukan dengan baik? Lupa kes reformasi 1998? Hindraf? Bersih 1.0?
 
Come on lah....duhh..~
Well, ada benda yang kita terlupa, bahawa orang Melayu ni sangat sensitif bila orang main hal-hal sentimen ni. Jangan lupa jugak, kes Hang Jebat mengamuk dekat istana Sultan masa terlalu marahkan Sultan bila Sultan hukum bunuh pada Hang Tuah, sampai merah Sungai Melaka disebabkan darah orang yang dibunuh oleh Hang Jebat.

Lupa semua tu? 
 
Apa untungnya?
Dapat penat je...



Adalah lebih baik, pergi berjemaah dekat masjid, solat hajat, doa ramai-ramai, mintak pada Allah, satukan hati kita semua, demi pembangunan negara dan menjadi warga yang diredhai Allah dunia akhirat.


Aku ulang balik ayat aku di atas,



kalau lepas ni anak-anak kamu semua dah tak dapat kuota masuk ke IPTA, matrikulasi, sekolah berasrama penuh (SBP), pembelian rumah, tanah rezab, mahkamah syariah dimansuhkan, cerita kahwin cerai pun pakai hukum sivil, agama Islam pun dibuat main, bahasa Melayu pun entah ke mana, dan hak kerakyatan pun kelaut,


lu fikirlah sendiri.

Panorama



Orang kata, kalau sukakan suasana matahari terbenam tu romantik orangnya.
Tak jugak, sebab sebenarnya panorama matahari terbenam ni sangat cantik.


Teluk Nipah, Pulau Pangkor, 7.15pm 18062011

It's hard

It's hard to make people understand..
That's the reason why I don't like to see other people much, and I'd rather sit in my own world..

Because people won't understand myself..like I do..

Kelab Taat Suami

"What is wrong with being a whore ... to your husband?"

Ini, kata-kata seorang perempuan yang mengasaskan kelab yang menganjurkan para isteri supaya taat kepada suami.

Dia lupa ke seribu lima ratus tahun dulu Nabi dah ajar isteri memang kena taat kepada suami?


Soalan aku,


pelacur ada kena masak untuk suami tak hari-hari? Despite of being her hubby's sex slave?

p/s: tak payah join kelab ni pun dah boleh taat kepada suami. Insya Allah.

Sunrise

(Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, 19 Mac 2011 8.16am)


I love to see sunrise every morning. It will give you new hopes as well.


Laporan berita

Aku baca surat khabar tadi, seorang bomoh mampu menjana pendapatan sebanyak RM25,000 sebulan dengan menjadi seorang bomoh.




Okay lepas  ni aku nak jadi bomohlah. Tak payah nak habiskan degree susah-susah.
Cukai pendapatan pun mungkin tak payah bayar kot.

Pilihan hati

If I had to choose between a guy with a dick and a bar of chocolate,


I would prefer to choose chocolate.



Definitely.

A deep thought

Got an IM from one of my senior,

"hey, are you okay?"

"Yeah...ok je..why?"

"Apsal status kau semua macam jiwa-jiwa punya ayat?"

"Ohh..saja. Lagipun aku ni kan deep orangnya.."



Itu bukan aku yang kata, pensyarah English aku yang kata. Jadi aku iyakan saja.

Sejenak

Aku manusia penuh dengan retorika.

Normalkah rasa ini?

Bila bersendirian, kenangan lama mesti datang menjengah. Satu per satu singgah tanpa henti. Datang dan pergi ibarat angin lalu. Namun kesannya masih terasa.

It's still there tough. Still there. It's going nowhere.

Dan setiap yang datang itu juga mengundang rasa tak senang.
Rasa iri.
Rasa benci.
Rasa yang membuatkan hati membentak.
Rasa kesal.
Rasa sedih.

And it's still there tough. And it's still going nowhere.

I wish I could delete them, permanently from my mind.



Because I hate my memories so much.


But after all, they are still there. And they won't going nowhere.

Mungkin Chuang Tzu betul

Dalam satu buku yang aku baca, aku cuplik ayat ini,

"Kata Chuang Tzu, kita boleh jadi keliru, tidak tahu mana satu mimpi, mana satu realiti. Kadang-kadang, dua-dua dunia menjadi celaru"

Ohh lupa, ini bukan kisah siapa yang mimpi dan siapa yang jadi rama-rama.


Apa yang aku nak ceritakan hari ini, kita mudah menjadi keliru dengan hidup kita sendiri, malah keliru dengan dimensi hidup, apakah ia realiti, atau fantasi.


Malah akan menjadi bertambah keliru apabila kita mimpikan sesuatu yang sangat pelik lagi mengelirukan,






apabila kamu mimpi kawan baik kamu sendiri membuat confession yang dia sukakan kamu.




Jadi berbalik kepada Chuang Tzu punya teori,




siapa yang sukakan siapa sebenarnya ni? Atau siapa yang mimpikan siapa sebenarnya ni?





Kita boleh jadi keliru, sukar bezakan yang mana satu realiti, yang mana satu fantasi.

I'm gonna say this, in one fine day..hopefully..

Ehem...



could you make your fucking phone silent?


For the sake of my ear, I'm gonna say this. I swear.

Keinginan berhemah

Satu hari, aku dan beberapa orang kawan aku  dalam perjalanan pulang ke rumah. Dan tiba-tiba aku ternampak seorang perempuan yang berpakaian sopan ( bertudung labuh, berbaju longgar, menutup semua anggota badan kecuali muka dan tangan). Namun masih ada kecantikkan pada wanita itu.

Aku tanya seorang dari mereka,

"Kalau satu hari aku berpakaian macam tu, berjilbab ke...amacam??"


Mereka terdiam. Mencerna makna dari perkataan aku.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka tergelak serupa orang sewel.

"Kau nak pakai macam tu Madi....?! Biar betul...." sambil gelak tak henti. Gelak menghanjing pulak tu.


Apa salahkah kalau aku betul-betul nak berubah? Tak bagi moral support langsung.

Bisnes, duit dan lelaki

Aku selalu kata dengan orang-orang keliling aku, aku nak cari suami kaya. Maksud aku, yang berduit. Atau lebih spesifik, yang mempunyai duit sendiri. Dan bila aku ada dengar tentang mana-mana lelaki yang kacak bergaya lagi kaya, aku akan rasa aku patut pergi mengurat dia dulu.

Dan aku juga akan selalu kata begitu kepada kawan-kawan lelaki aku. Selepas itu mereka akan mencemik dan berkata,

"Heee kau ni tak baik tau..tengok duit je..mana boleh..."


Oh come on......

Cuba kamu semua menjadi sedikit realistik sekarang, kalau bukan selalu pun, cukuplah untuk ketika ini sahaja.

Apa kamu fikir kalau cakap I Love You hari-hari mampu bagi perut kamu kenyang?

Apa kamu fikir kalau cakap I Miss You tiap masa boleh tolong bayarkan bil air, bil api, dan duit rumah kamu setiap bulan?

Apa kamu fikir kalau cakap Saya Cinta Awak setiap saat boleh isi petrol dalam kereta kamu? Lepas tu boleh bayar installment rumah dan kereta yang bertahun-tahun perlu dibayar??



Jawapannya, tidak.

Semua perlukan duit.

Aku seorang perempuan yang realistik, errrr dan sedikit materialistik. Tapi ini untuk kebaikan aku dan masa depan jugak. Jadi salahkan kalau aku kata aku perlukan lelaki yang kaya?

Orang kata, membina sebuah perkahwinan tu ibarat starting a business. Secara logik akal, untuk memulakan sesuatu bisnes, perlukan duit untuk modal. Modal juga datang dari pelaburan yang datang dari pelbagai pihak, sama ada dari shareholders dan stakeholders itu sendiri.

Well, my mum said, orang muslim kena jadi kaya supaya kita boleh tolong orang lain yang kurang berkemampuan. Kalau lelaki itu tidak berduit, macam mana dia nak bayarkan zakat fitrah untuk kamu sekeluarga? Macam mana rezeki kamu nak jadi bersih? Macam mana dia nak bawa kamu, ibu bapa dia dan ibu bapa kamu untuk menunaikan haji? Macam mana dia nak invest dalam pelaburan skim pendidikan untuk anak-anak kamu? Supaya anak-anak kamu tak perlu menanggung hutang pendidikan yang jelas mengamalkan unsur-unsur riba?

So we can see here, everything needs money you know.

Jadi apa masalahnya kalau aku nak Ibu dan Ayah aku mempunyai seorang (atau dua orang ) menantu yang kaya?
Mereka tahu bahawa anak mereka ini seorang yang realistik.

Ajakan berhemah

Esok tarikh cantik.
11.1.11

Kahwin jom?

=D