Ujian tahan nafsu

Nak marah-marah bulan puasa ni pun tak berapa elok sangat. Boleh kurus pahala puasa. Kalau badan kurus tak apalah jugak.

Cuti Nuzul Quran sambung cuti hujung minggu membawa pulak cuti Hari Merdeka menyebabkan pensyarah aku tak segan silu bagi bekalan dunia akhirat berupa assignment yang tak beragak. Jadi aku dengan segan silunya terpaksalah jugak buat. Yang sedia ada pun tak terbuat lagi. Haih tangguh kerja lagi. Bagus.


Masalahnya,





semangat aku nak siapkan kerja terbantut akibat portal universiti yang loading tahap gampang punya lambat.
Macam siput baa alip baa ya.

Tahun bila pulak aku nak siapkan kerja ni?!
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan untuk aku??


Nak marah-marah bulan puasa ni pun tak elok jugak. Lagipun takkan nak marah laptop kot?

No comments: