Semalam aku kelam kabut bersiap nak pergi kelas Principles of Economy. Kelas pukul 8 pagi, aku bangun pukul 7 pagi lepas tu nak kejar bas pukul 7.30 pagi dengan baju tak gosok, buku tak susun dan barang masih bersepah. Tahniah. Memang terbaik habis.
Tapi seperti biasa, macam pengalaman di matrik dulu, aku sempat gosok baju, mandi, kemas katil, kemas buku letak dalam beg, pakai eyeliner sekadar di bawah mata, dan berlari ke tempat tunggu bas. Dalam masa setengah jam?! Wahh hebatnya aku.
Tapi dulu dekat matrik kalau agak-agak dah setengah jam lagi nak kelas aku sambung je tidur. Tak payah nak kelam kabut nak siap ke apa. Alamak kantoi. Tak apa kisah lama. Apa-apa hal pun rekod aku bersih dekat kolej.
Naik atas bas, sambil mulut tak habis-habis maki itu ini. Macam mana aku boleh tak sedar dan macam mana aku boleh tidur dengan enaknya dari pukul 9 malam hinggalah pukul 7 pagi. Macam mana tangan aku gatal gila pergi tekan snooze dekat handphone dan sambung tidur balik. Macam mana aku boleh tak sedar bila kawan-kawan serumah riuh rendah sahur.
Macam mana boleh jadi macam tu?!
Tapi tak apa, memandangkan kawan-kawan yang lain pun ada yang lambat jugak. Jadi aku bukanlah seorang yang loser pada hari itu. Ingat, aku mampu bersiap dalam masa setengah jam dan naik bas dan sampai ke kelas. Betapa bangganya aku.(tepuk bahu sendiri)
Tunggu punya tunggu, pensyarah aku sampai setengah jam selepas jam 8. Kalau aku tahu tak payahlah aku kelam kabut pagi tadi. Slow and steady sudah...
Kelas bermula...
Kejap, nak refresh aku belajar apa semalam.....
+
+
+
+
Oh dah ingat. Pasal elasticity. Jangan kamu nak cerita pasal Hooke's Law pulak. Nanti ada yang makan penampar Jepun dari aku nanti. Ini hal ekonomi. Tak ada kena mengena dengan sains dah.
Pensyarah aku membebel pasal kenaikan harga, kuantiti pemintaan (errr mind that aku belajar semua ni dalam English jadi Bahasa Melayu yang aku gunakan mungkin kurang tepat macam kamu belajar masa STPM atau Matrikulasi). Kebiasaannya, selepas menulis segala mak nenek haram jadah tersebut, mesti ada ditulis perkataan 'cp' di hujung equation. Kemudian pensyarah aku tanya,
"okay class, all of this happen when what is constant?"
Semua orang jawab ceterus paribus. Tapi aku yang duduk di hujung kelas jerit,
"corpus luteum!!"
Tapi nasib baik tak ada orang perasan. Mungkin semua risau nak jawab test malam ni kot. Nasib baik. Tapi apa-apa hal, aku jadi malu sendiri.
Dah rindu nak belajar Biology agaknya. Dulu tak nak belajar betul-betul siapa suruh?!
No comments:
Post a Comment