Mendung dalam hati siapa yang tahu

Malam tadi..kau datang dalam mimpi aku. Dah lama kita tak bersua, mungkin ini caranya Tuhan nak temukan kita. Hanya dalam mimpi. 


Kau bukan milikku...lagi. Dan engkau pun tahu.

Is is okay?

" Kau ni dah betul-betul move on ke..?" tanya dia.

Aku tersentak mendengar soalan tersebut. Aku menguis-nguis baki ayam dalam pinggan dengan pisau dan garfu. Mencerna maklumat..menterjemah kata.

"Kenapa kau tanya....?" hiruk pikuk manusia yang memenuhi ruang luar kedai tak ku hiraukan. Mencari jawapan yang lebih konkrit sebenarnya..namun tak terluah.

Suasana senyap seketika..

" Aku sebenarnya ingat lagi dekat dia..." terpacul juga ayat ini dari mulutku. Lama sangat simpan..sakit.

Dear diary

Aku tau, aku dah lama tak menulis dekat sini. Dah lama tak ceritakan perasaan aku dekat sini. Dah lama. Dah lama sangat.

Bukan sebab aku tak ada benda nak cerita, cuma kekuatan tu belum ada. Malah tiap kali aku jengah jiwa kedua aku ni, aku rasa banyak benda nak cerita, namun tak terluah.

Dan yeah..sebenarnya aku sangat sibuk kebelakangan ni. Cuma sekarang baru dapat merasa menghirup udara kebebasan. Tapi tak bebas mana pun sebenarnya.

Mungkin jugak, pengalaman yang mengajar aku segalanya. Dulu asal sedih, cerita sini. Asal marah, bengang, maki hamun dekat sini. Tak rasa pun nak talk directly to the face.
Tapi sekarang, semua simpan sendiri. Sedih, marah, gembira...semua dah bercampur baur. Kadang-kadang aku sendiri tak boleh nak tafsirkan apa yang aku rasa sebenarnya. Pelik kan?

Dan mungkin jugak, hambatan kisah lalu yang buat aku jadi macam ni kot.










Atau mungkin jugak, aku perlu padamkan semua ni.

Senggama minda?

Tiap kali aku dengar perkataan ni, aku membayangkan....



dua minda (atau otak?) sedang bersenggama.


Maaflah, aku bodoh sikit bab-bab metafora tahap tertinggi ni.