Terima kasih Tuhan

Aku sendiri di sini,
dibaluti kain telekung putih dan hamparan sejadah
menghambakan diri padaMU
yang Khaliq

Kadang kala,
aku lelah
kadang kala juga,
aku penat.
Dan hampir setiap masa,
aku bertanya,
'kenapa ini yang Kau takdirkan kepada aku Tuhan?'

Persoalan itu
Kau tinggalkan pada aku
walaupun Kau memang Maha Mengetahui
yang jelas mahupun yang ghaib.

Sehingga hari ini,
Kau panggil aku,
Kau gerakkan hati aku,
untuk menghadap MU
setelah lama aku alpa
setelah lama aku sombong dengan MU
sedang Kau,
masih mengurniakan nikmatMu yang tak henti kepadaku.

Nikmat apakah yang aku dustakan?

Maafkan aku Tuhan.
aku alpa.
dan di atas sejadah ini
ku hamparkan rasa hati
kerana aku tahu,
Kau Maha Mengerti, lagi memahami.
memohon agar disucikan hati,
seputih kain yang membaluti diri.

Dan kali ini,
Kau curah lagi nikmatMu padaku.
Nikmat yang paling dikehendaki oleh semua ciptaanMu.

Ketenangan yang mutlak.
nikmat yang paling tak terperi Tuhanku.


Terima kasih Tuhan.

2 comments:

Anonymous said...

sronok bace blog madiha...slalu lah update ye :] wish you all the best

Madiha Ilham said...

Anonymous: ohh terima kasih!!

kalau saya rajin saya updatelah ye!