Pada pendapat kau, bila bercinta ni, memang kena declare?
Ke lagi seronok berada dalam silent relationship? Hidup penuh cabaran tapi sedikit insecure?
Aku tak tahu. Sebab tu aku tanya.
Showing posts with label love. Show all posts

Mini heart attack
"Buku awak tertinggal.Sorrylah"
"Oh tak apa. Lain kali pun boleh. Tak ada nak rushing apa-apa pun"
"Tapi buku awak dah rosak..."
"Hah?!". Buntang biji mata aku. Aku angkat pandangan, membaca riak wajahnya.
Yang ada, hanya tawa halus. Mengandung usikan nakal. Sedikit.
"Tak adalah. Elok je". Dia sambung makan. Tenang.
Aku tarik nafas lega. Jangan permainkan perasaanku sayang.

Di satu sudut bernama alam maya
Aku dapat idea untuk post benda ni lepas aku baca dekat sini.
Di satu sudut bernama alam maya, kita tak boleh terlepas daripada mainan perasaan.
Ya, perasaan yang suka mencelakakan diri, atau beri rasa gembira dalam hati.
Ada satu sindrom, dalam alam maya ini, yang aku perasan.
Sindrom HARUS meletakkan frasa "Haha" (atau Hehe, Hoho, dan untuk lebih mode gedik aku guna Hewhew) di akhir ayat. Fungsinya, untuk menjadi penyelamat keadaan. Atau untuk tidak menampakkan perbualan kelihatan serius dan errr..yeah, menakutkan.
Contoh,
"Apsal kau ni bangang sangat. Benda simple macam tu pun tak boleh buat ke..haha!"
Okay abaikan tanda seru di hujung ayat. Tu sekadar nak menambah rasa enak menghanjing.
Tapi itu bukan fokus utama, setakat ayat kat atas tu tak la buat kamu jadi panas punggung sangat. Biasalah adat berkawan, mengutuk dan menghanjing sesama sendiri itu PERLU.
Jadi, ada satu (atau dua, atau tiga) masa yang kadang kala aku stuck dalam satu (atau dua, atau tiga) keadaan yang PERLU untuk aku meluahkan apa sebenarnya rasa hati aku. Dan yeah, through the virtual world. Because that particular person is not right in front of me.Dan kalaupun orang tu ada depan mata aku pun, aku akan jadi tersipu-sipu malu dan senyum simpul. Malu tapi mahu, kononnya.
Jadi, situasinya begini,
untuk membuat satu lapisan yang agak lutsinar dan keterlihatan ekspresi itu, aku buat begini,
"Kita macam suka dekat awak..crush la gitu..hehe"
Dan satu sms berjaya ditembak. Jantung masa tu rasa berdegup pantas, kalah lari 100meter.
Persetan semua itu, yang pasti, apa yang kamu rasa tu dah terluah. Tinggal lagi, berdoalah yang si dia tau sebenarnya kamu memang serius. Dan panjangkan lagi doa itu, agar dia pun rasa benda yang sama terhadap kamu.
Setakat sms lirik lagu Terukir Di Bintang, dikhuatiri si dia takkan faham. Bukan semua orang punya jiwa sama seperti kita, mampu terjemah rasa dengan sedetik cuma.
Tapi kalau aku dah stuck dalam situasi yang memang mengundang rasa fucked up yang teramat, aku takkan guna frasa Haha, Hehe, Hewhew dan yang sewaktu dengannya.
That shows how serious I am, really.

Kamu yang buat aku tersenyum
Jangan pergi ya?
Dah terlanjur kata, kena la tunaikan.
Nasib aku janji lagu Colbie Caillat je. Tak janji bulan dan bintang. Eh?

Labels:
love
Fasa
Adakah ini denial, angry atau bargaining phase?
Aku tak tahu, aku tak mengerti. Hal-hal hati dan perasaan ni bukan major aku.
Mungkin ini denial phase, sebab aku tak boleh terima keadaan ni.
Mungkin juga ini angry phase, sebab aku salahkan setiap inci yang ada dalam keadaan tu. Kenapa masa tak boleh diputarkan kembali?
Atau mungkin ini bargaining phase, sebab aku terlalu berharap pada dia. Dan mungkin akan terus berharap.
Sudahlah sang hati, dia sudah pergi. Biarkanlah dia.
Tu, ada yang cuba nak mengetuk pintu. Bukakanlah untuk dia. Mungkin dia lebih baik, dari seluruh esak tangismu.
Terima kasih si manis, awak buat saya tersenyum lagi.
Sekarang aku dalam fasa mencuba, mencuba untuk jadi lebih gembira, dan menerima segalanya.

2 Syawal
Aku perhati wajah itu, senyuman itu. Aku tenung kosong, sekosong cerminan wajahnya.
Berbaju T hijau dan berseluar denim biru. Melangkah longlai ke arah ruang tamu dan tersengih.
Ah! Muka baru bangun tidur!
Aku ikut langkahnya yang seperti tiada arah tuju, dengan ekor mata. Serasa keadaan menjadi sunyi sebentar, hilang sudah riuh rendah suara kanak-kanak, saudara mara aku dan dia. Seperti berada di ruang vakum.
Ya, sepertinya hanya ada aku dan dia. Bukan, hanya aku. Yang memerhatikan dia.
Aku tak pasti apa sebenarnya riak wajah aku ketika itu, yang pasti, aku cuma mahu dia tahu, yang aku punya kekuatan yang datang entah dari mana, untuk berhadapan dengan dia yang dah robekkan hati aku.
Tengok, aku tak lari dari kau. Malah aku datang, menyerah rasa pada kau.
Aku terus tenung kelakuannya, gelak tawanya, tutur katanya, dengan hujung mata. Persetan sama air merah dalam gelas, biskut-biskut dan segala macam kerepek-kerepek di atas meja. Semua tu aku dah jumpa di mana-mana. Aku tak mahu semua itu.
Aku cuma mahu dia. Cuma Tuhan sahaja yang tidak mahu memberi.
Aku tersentak, terus merangkul diri sendiri dengan helaan nafas kecil.

Jawapan
"Kenapa Perlis-Kuantan tu jauh sangat?"
Ucap tiap kali esak tangis rajuknya bergema di corong telefon.
Ku tarik nafas perlahan, mengumpul sisa kekuatan dan di hati terus bergema,
"Sebab nak bagi rasa manisnya merindui sahabat Lillahitaa'la..."

Monolog pt 25
Sang arjuna : Aku tengok muka kau macam orang tak ada hati.
Aku : Eh ada je lah! Pandai-pandai je kau ni..!

Bukan tak ada, tapi sebab kau dah bawa lari hati aku.
Labels:
love
Monolog pt 24
Andai kata satu hari nanti aku kau buang,
sayang aku tetap kau yang punya.
sayang aku tetap kau yang punya.
Labels:
love
Monolog pt 21
Sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya,
siapa aku sebenarnya pada kamu?
siapa aku sebenarnya pada kamu?
Labels:
love
Not-so-called shopaholic
Today I managed to buy a pair of shoes, a box of chocolate walnut cake from Secret Recipe, a new toothbrush, and a pack of sushi.
And I'm happy.
Besides books, foods are the things that always make me happy.
And that's why I'm getting happier and happier. If you know what that means.

Panorama
Orang kata, kalau sukakan suasana matahari terbenam tu romantik orangnya.
Tak jugak, sebab sebenarnya panorama matahari terbenam ni sangat cantik.
Teluk Nipah, Pulau Pangkor, 7.15pm 18062011
Manis
Ayah aku kata,
"Kejayaan itu indah utk dikongsi bersama. Ciptalah banyak kejayaan."
Alhamdulillah..syukur Ya Allah..
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sama bekerja keras selama seminggu yang lepas.
Labels:
love,
my passion,
pelajar separuh nerd
Sunrise
(Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, 19 Mac 2011 8.16am)
I love to see sunrise every morning. It will give you new hopes as well.
Pilihan hati
If I had to choose between a guy with a dick and a bar of chocolate,
I would prefer to choose chocolate.
Definitely.
I would prefer to choose chocolate.
Definitely.
Mungkin Chuang Tzu betul
Dalam satu buku yang aku baca, aku cuplik ayat ini,
"Kata Chuang Tzu, kita boleh jadi keliru, tidak tahu mana satu mimpi, mana satu realiti. Kadang-kadang, dua-dua dunia menjadi celaru"
Ohh lupa, ini bukan kisah siapa yang mimpi dan siapa yang jadi rama-rama.
Apa yang aku nak ceritakan hari ini, kita mudah menjadi keliru dengan hidup kita sendiri, malah keliru dengan dimensi hidup, apakah ia realiti, atau fantasi.
Malah akan menjadi bertambah keliru apabila kita mimpikan sesuatu yang sangat pelik lagi mengelirukan,
apabila kamu mimpi kawan baik kamu sendiri membuat confession yang dia sukakan kamu.
Jadi berbalik kepada Chuang Tzu punya teori,
siapa yang sukakan siapa sebenarnya ni? Atau siapa yang mimpikan siapa sebenarnya ni?
Kita boleh jadi keliru, sukar bezakan yang mana satu realiti, yang mana satu fantasi.

Hati merintih
Apalah ertinya nasi lemak tanpa telur rebus dan ikan bilis?
Hilang satu syurga dunia aku.
Memang tak Malaysia betullah.
Hilang satu syurga dunia aku.
Memang tak Malaysia betullah.
Labels:
love,
my passion
Prince Charming
Satu hari, lepas melakukan senaman pagi di celah-celah sawah padi, aku dan dua orang kawan aku menuju ke pekan untuk membeli sarapan. Sambil berjalan, kami bercerita tentang hidup, you know all that teenagers stuff....love, life, studies and etc.
Tiba-tiba salah seorang dari mereka tanya aku,
" Madi, macam mana ciri prince charming kau?"
Aku terkedu dua saat. Memandangkan yang bertanya itu adalah seorang lelaki dan yang mendengar soalan itu adalah aku dan seorang lagi lelaki, aku perlu menjawab soalan tersebut dengan berhemah dan padat.
Aku diam..mencari jawapan yang tepat.
" Aku tak kisah yang macam mana pun. Yang penting dia jaga agama dan boleh jaga aku dan family aku sampai mati, okeylah tu.."
Ada sesiapa yang nak tawarkan diri jadi calon?

Full time lover
You know, aku sangat-sangat particular dalam hal-hal yang melibatkan buku-buku aku. Sama macam mana kamu sangat-sangat prihatin dengan boyfriend kamu, yang kadang-kadang tak perlu untuk kamu fikirkan pun.
Oh, I just kidding. I know your boyfriend is everything to you. Go ahead.
Well, hari tu aku cakap dekat salah seorang classmate aku,
"Long...aku tak kisah kalau kau nak ambil boyfriend aku. Tapi kalau kau ambil buku aku, memang aku menangis dekat situ jugak..."
Classmate aku tu gelak...
Sebab dia nak pinjam buku The Art of War aku. Bertuahlah aku nak bagi dia pinjam! Dia tak tau betapa aku berjuang habis-habisan nak buat muka sedih dekat Ibu aku masa nak beli buku tu sebab masa tu aku totally broke!
Oh dan lagi satu,
classmate aku tu lelaki, mana boleh dia nak ambil boyfriend aku pun. Eh aku mana ada boyfriend. Lupa pulak.

Subscribe to:
Posts (Atom)