Aku dapat idea untuk post benda ni lepas aku baca dekat sini.
Di satu sudut bernama alam maya, kita tak boleh terlepas daripada mainan perasaan.
Ya, perasaan yang suka mencelakakan diri, atau beri rasa gembira dalam hati.
Ada satu sindrom, dalam alam maya ini, yang aku perasan.
Sindrom HARUS meletakkan frasa "Haha" (atau Hehe, Hoho, dan untuk lebih mode gedik aku guna Hewhew) di akhir ayat. Fungsinya, untuk menjadi penyelamat keadaan. Atau untuk tidak menampakkan perbualan kelihatan serius dan errr..yeah, menakutkan.
Contoh,
"Apsal kau ni bangang sangat. Benda simple macam tu pun tak boleh buat ke..haha!"
Okay abaikan tanda seru di hujung ayat. Tu sekadar nak menambah rasa enak menghanjing.
Tapi itu bukan fokus utama, setakat ayat kat atas tu tak la buat kamu jadi panas punggung sangat. Biasalah adat berkawan, mengutuk dan menghanjing sesama sendiri itu PERLU.
Jadi, ada satu (atau dua, atau tiga) masa yang kadang kala aku stuck dalam satu (atau dua, atau tiga) keadaan yang PERLU untuk aku meluahkan apa sebenarnya rasa hati aku. Dan yeah, through the virtual world. Because that particular person is not right in front of me.Dan kalaupun orang tu ada depan mata aku pun, aku akan jadi tersipu-sipu malu dan senyum simpul. Malu tapi mahu, kononnya.
Jadi, situasinya begini,
untuk membuat satu lapisan yang agak lutsinar dan keterlihatan ekspresi itu, aku buat begini,
"Kita macam suka dekat awak..crush la gitu..hehe"
Dan satu sms berjaya ditembak. Jantung masa tu rasa berdegup pantas, kalah lari 100meter.
Persetan semua itu, yang pasti, apa yang kamu rasa tu dah terluah. Tinggal lagi, berdoalah yang si dia tau sebenarnya kamu memang serius. Dan panjangkan lagi doa itu, agar dia pun rasa benda yang sama terhadap kamu.
Setakat sms lirik lagu Terukir Di Bintang, dikhuatiri si dia takkan faham. Bukan semua orang punya jiwa sama seperti kita, mampu terjemah rasa dengan sedetik cuma.
Tapi kalau aku dah stuck dalam situasi yang memang mengundang rasa fucked up yang teramat, aku takkan guna frasa Haha, Hehe, Hewhew dan yang sewaktu dengannya.
That shows how serious I am, really.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment