Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Di satu sudut bernama alam maya

Aku dapat idea untuk post benda ni lepas aku baca dekat sini.

Di satu sudut bernama alam maya, kita tak boleh terlepas daripada mainan perasaan.
Ya, perasaan yang suka mencelakakan diri, atau beri rasa gembira dalam hati.

Ada satu sindrom, dalam alam maya ini, yang aku perasan.
Sindrom HARUS meletakkan frasa "Haha" (atau Hehe, Hoho, dan untuk lebih mode gedik aku guna Hewhew) di akhir ayat. Fungsinya, untuk menjadi penyelamat keadaan. Atau untuk tidak menampakkan perbualan kelihatan serius dan errr..yeah, menakutkan.

Contoh,

"Apsal kau ni bangang sangat. Benda simple macam tu pun tak boleh buat ke..haha!"
Okay abaikan tanda seru di hujung ayat. Tu sekadar nak menambah rasa enak menghanjing.

Tapi itu bukan fokus utama, setakat ayat kat atas tu tak la buat kamu jadi panas punggung sangat. Biasalah adat berkawan, mengutuk dan menghanjing sesama sendiri itu PERLU.

Jadi, ada satu (atau dua, atau tiga) masa yang kadang kala aku stuck dalam satu (atau dua, atau tiga) keadaan yang PERLU untuk aku meluahkan apa sebenarnya rasa hati aku. Dan yeah, through the virtual world. Because that particular person is not right in front of me.Dan kalaupun orang tu ada depan mata aku pun, aku akan jadi tersipu-sipu malu dan senyum simpul. Malu tapi mahu, kononnya.

Jadi, situasinya begini,
untuk membuat satu lapisan yang agak lutsinar dan keterlihatan ekspresi itu, aku buat begini,

"Kita macam suka dekat awak..crush la gitu..hehe"
Dan satu sms berjaya ditembak. Jantung masa tu rasa berdegup pantas, kalah lari 100meter.
Persetan semua itu, yang pasti, apa yang kamu rasa tu dah terluah. Tinggal lagi, berdoalah yang si dia tau sebenarnya kamu memang serius. Dan panjangkan lagi doa itu, agar dia pun rasa benda yang sama terhadap kamu.

Setakat sms lirik lagu Terukir Di Bintang, dikhuatiri si dia takkan faham. Bukan semua orang punya jiwa sama seperti kita, mampu terjemah rasa dengan sedetik cuma.

Tapi kalau aku dah stuck dalam situasi yang memang mengundang rasa fucked up yang teramat, aku takkan guna frasa Haha, Hehe, Hewhew dan yang sewaktu dengannya.

That shows how serious I am, really.

Bimbo

Minggu lepas aku pergi buat medical check-up dekat area Gombak sana. Sebab klinik kerajaan buat hal kata medical check up free hanya pada 5 haribulan. Haramjadah apa aku masuk universiti 4 haribulan? Aku suruh misi misi kirim salam medical check up dekat doktor je. Sambil tu berdoa budak-budak medik habis belajar cepat sikit demi memenuhi tuntutan rakyat yang semakin mendesak.

Pagi tu Ibu aku bagi duit untuk buat medical check up. Dalam dunia sekarang ni, duit dah tak jadi hal. Asalkan niat dan tujuan serta misi tercapai.Benda yang kononnya seminggu baru siap akan siap dalam masa beberapa jam asalkan tak malu untuk hulurkan RM80 dekat kaunter.

Lepas mengadap fesbuk dan blog secukup rasa, aku pun pergi bersiap-siap nak pergi klinik. Sebab sebelum tu Ibu aku pesan jangan pergi lambat sangat. Takut ramai orang katanya. Malam tu dia tanya perlu ke dia teman aku pergi ataupun aku pergi sendiri. Setelah cerita pasal selok belok Gombak aku kata aku pergi sendiri lagi baik memandangkan dia ada mesyuarat pagi tu.

Motor aku pecut dalam 80km/j. Nasib baik tak ada kereta buat hal kalau tak memang nahas aku langgar. Menyelit sana sini buat gampang sikit atas jalan, akhirnya aku sampai depan klinik. Parking elok-elok, simpan helmet dan jaket dalam sit, betul-betulkan tudung sikit, ambil handbag dan jalan masuk ke klinik dengan gaya. Dalam kepala sambil tu ingat-ingat borang kesihatan aku sempat simpan dalam beg atau saja buat gila tertinggal dekat rumah. Nasib baik ada.

Sambil tunggu giliran, aku habiskan masa dengan baca Anne Frank. Dengan petugas kaunter yang kurang sivik punya perangai, buat aku rasa nak letak dia dalam kelas sivik budak Tingkatan 2.

Selesai buat ujian air kencing, kena pergi buat xray pulak. Sebelum ni masa aku nak masuk penjara tru dekat KL tu yang incharge tu perempuan. Taklah rasa segan sangat. Jadi dengan penuh tawaduk aku pun berdoa bertalu-talu agar perempuan juga yang incharge. Tapi Tuhan tak makbulkan, lelaki yang incharge. Nasib baik hensem. Taklah rasa segan sangat. (erh keji deyy!)

Dalam pukul 11 lebih, selesai urusan. Motor aku pecut sekali lagi ikut MRR 2. Sambil tu dalam otak fikir nak singgah opis Ibu aku atau terus balik rumah dan sambung tidur. Selepas menimbang ikut akal logik anak solehah, aku putuskan untuk pergi ke opis Ibu aku di Kepong. Dia punya panas terik, pergh.. rasa nak bertaubat lepas ni. Selama ni kerek gila naik kereta pulas aircond tahap 2 sambil dengar radio kuat-kuat dalam Citra. Bila dah naik motor, hah baru kau tau rasa dia. Berjiwa rakyat aku seketika.

Sampai di opis Ibu aku, aku tawar diri nak hantar adik aku ke sekolah. Alang-alang lepas tu aku nak beli makanan tengahari sekali.
Habis urusan menghantar budak ke sekolah, makan tengahari dan menyampuk orang-orang tua bersembang kes-kes yang tak membangunkan minda langsung, aku masuk ke bilik Ibu aku. Aku nak tengok juga apa hasilnya keputusan xray aku. Sebelum ni pun pernah tengok tapi memang tak ada apa yang menarik. Mana tau kali ni punya ada apa yang menarik. Boleh aku panggil Mastika  buat liputan lepas tu suruh dia orang bayar aku royalti RM100 per copy. Amacam? Hebat tak plan aku?

Dengan hati-hati aku bukak sampul coklat dan tarik filem xray perlahan-lahan. Dah dekat depan tulis do not fold tapi aku dengan tak rasa segan lipat dan letak dalam tempat sit. Yelah bangang apa nak pegang masa bawa motor? Mana nak pulas minyak? Mana nak set signal kiri kanan?

Aku angkat filem tu menghala ke arah lampu. Padahal tak ada kesan pun. Cahaya matahari masih boleh bagi nampak. Saja nak mengada.

Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang sangat pelik. Sesuatu yang agak rare di pandangan mata aku.









Apehal badan aku pelik sangat ni?!

Menurut perkiraan aku yang pernah bersenggama dengan buku biologi masa tingkatan 5, anatomi badan aku takkan kecil ke bawah. Ikut logik, lepas bahagian thorax, ada abdomen. Lepas tu bahagian pinggul tapi tak nampaklah sebab xray nampak paru-paru dan sedikit bahagian abdomen.

Takkanlah dalam filem ni aku mengecil kot? Impossible.......

Hati dah jadi panas. Perasaan kagum tengok imbasan paru-paru dan jantung dah hilang ke mana. Agak-agak tunggu lagi beberapa minit mau aku rembat kunci Citra dan pandu semula ke klinik dekat Gombak. Hal motor boleh tinggal sekejap.

Tapi lepas aku fikir ikut norma manusia, dan belek-belek filem tu balik,





rupanya aku tengok terbalik. Yang part dia tulis nama tu rupanya dekat atas.



Nak salahkan siapa ni? Aku atau filem tu??



p/s: masa aku cerita benda ni dekat Si Tinggi, dengan percuma aku kena maki,

" kau ni banganglah madi!!"
Tak apa, aku tak ambil hati.

Bersyukur sikit kawan kau ni bukan alien!!

Sayala?

Hari tu aku saja gatal tukar sim aku kepada nombor maxis. Lepas tu aku tertido lupa pulak nak tukar jadi celcom balik. Alih-alih sepupu aku called dah tanpa segan silu menjerit dekat telefon;

" hei kamu ni mak kamu telefon number celcom kamu apehalnye kamu tutup?! hey...dah2 pegi telefon mak kamu balik!! " dengan loghat Perak yang tak berapa nak pekat tapi agak annoying la jugak.

Lepas aku tukar sim jadi nombor celcom balik dan kena bebel sesedap rasa dengan Ibu, aku pun dapat sms yang mengatakan ada beberapa nombor yang cuba untuk called aku tapi tak dapat. Ada nombor Ibu dan nombor rumah. Lepas tu ada lagi satu nombor yang aku tak kenal. Nombor Selangor aku rasa. So aku dengan tanpa ragu-ragunya pergi buat misscall dekat nombor tu,dengan harapan tuan punya telefon akan call aku balik dan terus bergosip atau apa saja yang dia inginkan.

Tapi dia misscall aku balik...
haih ni tak boleh jadi ni.
Aku pun sms orang ni, tanya..
" sape ni? "

dan pada masa yang sama aku sms Syafiq nak tanya kot-kot dia kenal empunya nombor ini. Tapi Syafiq kata dia tak kenal. Okay abaikan.

And then orang tu balas;

" ni sayala! Takkan tak kenal kot?! "

Huh!
Sayala?!
sejak bila pulak aku ada kenal orang nama sayala? penat aku berfikir. Dah la baru bangun tido kena kerah otak berfikir pulak haih.


Dengan mudahnya aku membalas sms orang tu;

" hm sayala? tak pernah dengar pun. tak kenal."

senang je kan??

Mentaliti sampah ini perlu disingkirkan

Anda nampak ini?Kalau tak nampak sila ke chatbox saya di sebelah kanan blog.Di situ kalian akan lihat betapa rendahnya pemikiran manusia-manusia ini.

Haih.
Ceritanya bermula begini..~
Aku berhutang untuk post 2 entry je.Tapi lepas aku bukak blog aku dan nampak benda kat atas nih,list post aku bertambah menjadi 3.Dan ini yang ketiga.Berbaloi atau tidak aku stay up malam ni untuk menulis blog menulis postulate baru.

Aku tak tau siapa yang tulis benda ni.Dan tak nak siapa pun manusia(layakkah kau digelarkan manusia?)tapi yang aku geramnya,those p
pl are using my fren's name!

Hey you...(what shud I call you ehh?)
Kau takde sivik ke ha?Okay letak tepi isu moral ni sebab tu perkara kedua aku nak cakap.
Kau kalau ye pun nak buat jahat..jangan la guna nama orang lain.Dah tu orang yang aku kenal.Orang yang aku tengok hari-hari dekat kolej.Orang yang selalu bergelak ketawa dengan aku selama 2 tahun lebih ni.Aku kenal la....jangan la buat macam baling batu sembunyi tangan.Kalau kau betul berani,guna la nama betul.So di sini teori realpolitik tak boleh diaplikasikan.Sorry to Michiavelli for his theory.Blame this kind of people because I'm no longer believes in your theory.

Yang aku peliknye kenapa nak sebut benda-bend
a tu?!
Eh Alya dengan Mino takkan sebut benda-benda tu la..
Yeah we are biological students(bukan nak riak) but we all have the RIGHT term for that.Dan bila disebut kelihatan sangat la educated siyes macam budak habis sekolah 11 tahun dan nak sambung matrikulasi sem 2.
Lagipun...dah takde benda lain ke nak sebut?!

Dah la tu tulis in malay...

Hahahahahahahahahahahahahaha...
I'm sure Alya gelak sampai nak pecah perut kot kat umah after I mentioned this thing to her just now.
Mungkin jugak mereka ingin memartabatkan bahasa ibunda tapi sebutla perkataan yang lebih baik dan enak didengar.Kalau nak tambah aplikasi kamus dewan maya pun boleh apa..tak perlu aku tercari-cari kamus dewan edisi terbaru kat pasaran.


Dude....terasa ke?!
Haha..
lek ahh
Aku tak pandai nak marah orang tapi aku rasa sangat pelik sebab ade lagi orang yang bermentalitikan SAMPAH begini.Aku tak kesah kalau kau berminda ortodoks dan konservatif sekalipun tapi jangan la bermindakan kelas ketiga lagi.Malaysia dah nak ma
ju tahun 2020 tapi rakyat masih macam tu jugak.

Let me show the real profanity.
Done by golongan yang educated(kononnya)...



See??
Ilmiah sangat sampai kena censored.

Gila kau rasa offended?!
Cehh..
aku tak kesah la kalau kau nak mencarut macam Eminem punya lagu sekalipun tapi alahhh......aku tetap rasa kau loser.Sory for saying that thou.It's up to you to say anything but you are mess with my blog thou.I repeat,MY BLOG.
Kau nak kata aku baik sangat ke?
Kau baca post-post aku yang sebelum ni.Suci sangat ke?Ade je mencarut.Tapi at least diiktiraf oleh Oxford.Yeah kau punya pun diiktiraf oleh DBP tapi kalau kau sebut depan orang kampung mampus kau kena henyak dengan lori angkut sampah tapi cuba kau sebut 'damn it'(tu paling lembut la bagi aku) for sure orang takkan rasa apa sebab tu dah common.Hahahh.

Lagi satu,aku nak tau the writer's gender.Bukan nak berkenalan sebab aku berminat ke hape.Eleh kalau orang macam tu tak payah kenal pun tak pe buat buang mase je.

Yeah
kalau kau lelaki...
kenapa kau sebut perempuan punya??
Macam mak aku kata.."sendiri punya ade...nape nak sebut orang lain punya?"
Kau dah buat anatomi ke kat situ weh?kalau dah ok la tu tak payah kau matriculate for 2nd semester buat habis duit kerajaan je tanggung kau kat kolej.pretty simple isn't it?
Diulangi kami pelajar hayat akan bertemu dengan benda yang lebih dahsyat daripada apa yang kau sebut.Daripada kau sebut bende tu,baik kau sebut fragmen-fragmen kecik-kecik dia.Ouh pls say in English because I'm the product of PPSMI sebab kalau kau sebut sebutan Melayu aku akan maki kau berlipat-kali ganda.Jangan risau.

tu kalau kau lelaki,
Tapi kalau kau perempuan???????

Haih,
kau dah takde keje lain ke sebut-sebut kau punya sendiri kat dalam internet?Ke kau nak the whole world to know that part is called as you-know-what in Malay?Aku nak sebut pun tak nak.Haha.Bukanla kate aku ni baik tapi jahat aku pun bertempat.and more sophisticated la kan.

Ni mula-mula kau sebut,then ape plak?
kau nak hantar gambar anatomi lengkap tubuh seorang wanita!?
Hah tak payah...dalam buku biology Campbell,McGraw Hill and Solomon dah ade.Terima kasih atas jasa baik kau wehh.Aku ada lecturer yang dah sah-sah habis Master dalam Biology.

Or else kau dah ketagih gila nak lyn porn kan?
Sory blog ini bukan himpunan cerita tak senonoh tu tapi tempat aku mengeluarkan idea-idea jengkel dan postulates yang aku rasa Heisenberg baca pun boleh mati sekali lagi.

Atau kau tersesat sbg keja kau sebagai blog walker??ahh tak kesa la..tapi .....eiii..aku tak tau nak cakap ape la kan.Tapi kali kedua aku cakap kau loserrrrrrrrrr.....

1st dah la kau mencarot kat blog aku.

2nd kau guna nama kawan aku

lepas tu nak tiru pun tiru la betul-betul.Baru betul aku marah Alya and Mino then diorang akan banned aku sampai aku mati sebab tuduh diorang tulis those immoral words dekat shoutbox aku.


p/s: heii...tak faham aku.Kau ni kompleks lagi hebat dari addmaths la!

'forward'ing and 'tag'ging

Ouh ye seperti mana yang kite tau kecanggihan teknologi pada masa kini telah menyebabkan hampir kite semua mempunyai alamat email sendiri dan laman sosial kite sendiri seperti Myspace,Friendster,Facebook dan sebagainya.

Melalui email,banyak la juga email yang aku dapat.Err..kebanyakannya yang menyuruh kita forward-forwardkan email-email tersebut.Maaflah,walaupun dalamnya tertulis "sekiranya anda tidak forwardkan post ini anda tidak akan selamat!" Ouh maaf,aku tidak percayakan semua itu.Haha.Kalau hantar komen yang suruh aku forward-forward all that stuff sori lahh aku nak forwardkan.Bukan takde mase,tapi sangatla malas.Haha.

Begitu juga dengan tag.Haha.Malas kau tau?!

Lagipun banyak lagi benda yang aku nak send dengan komen dan email aku.Haha