Bisnes, duit dan lelaki

Aku selalu kata dengan orang-orang keliling aku, aku nak cari suami kaya. Maksud aku, yang berduit. Atau lebih spesifik, yang mempunyai duit sendiri. Dan bila aku ada dengar tentang mana-mana lelaki yang kacak bergaya lagi kaya, aku akan rasa aku patut pergi mengurat dia dulu.

Dan aku juga akan selalu kata begitu kepada kawan-kawan lelaki aku. Selepas itu mereka akan mencemik dan berkata,

"Heee kau ni tak baik tau..tengok duit je..mana boleh..."


Oh come on......

Cuba kamu semua menjadi sedikit realistik sekarang, kalau bukan selalu pun, cukuplah untuk ketika ini sahaja.

Apa kamu fikir kalau cakap I Love You hari-hari mampu bagi perut kamu kenyang?

Apa kamu fikir kalau cakap I Miss You tiap masa boleh tolong bayarkan bil air, bil api, dan duit rumah kamu setiap bulan?

Apa kamu fikir kalau cakap Saya Cinta Awak setiap saat boleh isi petrol dalam kereta kamu? Lepas tu boleh bayar installment rumah dan kereta yang bertahun-tahun perlu dibayar??



Jawapannya, tidak.

Semua perlukan duit.

Aku seorang perempuan yang realistik, errrr dan sedikit materialistik. Tapi ini untuk kebaikan aku dan masa depan jugak. Jadi salahkan kalau aku kata aku perlukan lelaki yang kaya?

Orang kata, membina sebuah perkahwinan tu ibarat starting a business. Secara logik akal, untuk memulakan sesuatu bisnes, perlukan duit untuk modal. Modal juga datang dari pelaburan yang datang dari pelbagai pihak, sama ada dari shareholders dan stakeholders itu sendiri.

Well, my mum said, orang muslim kena jadi kaya supaya kita boleh tolong orang lain yang kurang berkemampuan. Kalau lelaki itu tidak berduit, macam mana dia nak bayarkan zakat fitrah untuk kamu sekeluarga? Macam mana rezeki kamu nak jadi bersih? Macam mana dia nak bawa kamu, ibu bapa dia dan ibu bapa kamu untuk menunaikan haji? Macam mana dia nak invest dalam pelaburan skim pendidikan untuk anak-anak kamu? Supaya anak-anak kamu tak perlu menanggung hutang pendidikan yang jelas mengamalkan unsur-unsur riba?

So we can see here, everything needs money you know.

Jadi apa masalahnya kalau aku nak Ibu dan Ayah aku mempunyai seorang (atau dua orang ) menantu yang kaya?
Mereka tahu bahawa anak mereka ini seorang yang realistik.

2 comments:

Amirah Cantik said...

lets debate bout this.

orang kaya pun tak semestinya happy.
orang yang banyak duit pun asyik berhutang.
keberkatan paling penting.
happiness isnt bout money. realistiknya, semua ni keduniaan semata2.

sorry for being direct, but as a friend, i'll let you know my comment,
entry tak bagus. :(


tis time aku cakap kat kau, i hope u'll say the truth at my entry too. tq :)

with love.

Madiha Ilham said...

yeah. but in this world, duit itu perlu. this fact dah tak boleh nak deny. nak beribadat pun kena guna duit. kalau tak maacam mana nak beli pakaian yang boleh menutup aurat untuk dibawa sembahyang.