kalau lepas ni anak-anak kamu semua dah tak dapat kuota masuk ke IPTA, matrikulasi, sekolah berasrama penuh (SBP), pembelian rumah, tanah rezab, mahkamah syariah dimansuhkan, cerita kahwin cerai pun pakai hukum sivil, agama Islam pun dibuat main, bahasa Melayu pun entah ke mana, dan hak kerakyatan pun kelaut,
jangan nak salahkan sejarah pulak.
We're the one who created the history but then we're the one who didn't want to learn history at all.
Aku timbulkan isu tersebut, bersandarkan dengan pesan Nabi yang tak sukakan kekecohan dan kekacauan, serta apa sahaja yang mampu mengganggu gugat ketenteraman orang lain.
Jawab seorang brader,
"tapi Nabi suruh kita tegakkan hak...yadda yadda yadda..."
Come on la brader...
Nabi ajar sistem musyawarah, maksud musyawarah ni duduk semeja, berunding, apply win-win situation, either for Muslims or non-Muslims. Bukan terpekik melolong dekat jalan (eh bukan, stadium) buang masa tengah-tengah panas tu.
Zaman Nabi pun bukan tak ada sistem perjanjian, contohnya masa pembukaan kota Mekah, pembinaan negara Islam pertama di Madinah. Masa orang kafir dah cabul perjanjian, baru tindakan diambil.
Peperangan pun dijalankan kerana Allah, tanpa ganggu harta awam, perempuan, kanak-kanak, orang tua, rumah ibadah dan alam sekitar. Terbukti dengan melalui pesanan Khalid Al-Walid semasa beliau jadi penglima perang.
Tak habis baca sirah Nabi ye bang?
Lepas tu aku timbulkan persoalan, macam mana dengan kegiatan ekonomi yang bakal terjejas, pelancong dan orang awak yang akan trauma serta fobia dengan kemungkinannya berlaku kekacauan dan sebagainya?
Jawab brader tersebut...
"kalau demonstrasi ini djalankan dengan baik, peniaga2 tu maybe dapat untung sebab orang ramai akan pergi ke kedai mereka.."
brader...lu pasti ke demo ni akan dilakukan dengan baik? Lupa kes reformasi 1998? Hindraf? Bersih 1.0?
Come on lah....duhh..~
Well, ada benda yang kita terlupa, bahawa orang Melayu ni sangat sensitif bila orang main hal-hal sentimen ni. Jangan lupa jugak, kes Hang Jebat mengamuk dekat istana Sultan masa terlalu marahkan Sultan bila Sultan hukum bunuh pada Hang Tuah, sampai merah Sungai Melaka disebabkan darah orang yang dibunuh oleh Hang Jebat.
Lupa semua tu?
Apa untungnya?
Dapat penat je...
Adalah lebih baik, pergi berjemaah dekat masjid, solat hajat, doa ramai-ramai, mintak pada Allah, satukan hati kita semua, demi pembangunan negara dan menjadi warga yang diredhai Allah dunia akhirat.
Aku ulang balik ayat aku di atas,
lu fikirlah sendiri.
4 comments:
haha, tag bro tu kt ur blog, kasi potong sama dia! xD
a d i n: dia bukan my fren dekat fb. Tak kuasa la nak kawan dengan orang jumud macam tu. Buang masa. HAHA
madi, i am so so so agree with u! sumpah 120% setuju wehh! bengang aku dengan bersih. entah pape entah. siapa yang join tu memang jenis tak pikir panjang agaknya.
Syera: yeah. tau pun. I don't give a damn pun kalau dorang ask for a better election or what not..tapi perlu ke berdemo dekat jalan? duhh...~
Post a Comment