New profesion

Lupa nak bagitahu, aku sibuk kebelakangan ini.

Sebab aku dah ada profesion baru, tapi sedihnya tak berbayar. Mungkin aku akan claim dengan Kementerian Pelajaran lepas ni. Jangan risau. Agak-agak dalam RM500 sebulan, kira okaylah tu. Lepaslah aku nak beli beberapa buku dan sebuah beg baru.

Tapi jangan risau, lepas ni aku dah kurang sibuk. Errr... tak tak. Aku nak fokus kepada kehidupan sosial aku pula. Sibuk jugalah nampaknya. Cuma tidak sesibuk blogstar-blogstar yang lain. Sebab aku bimbo.

Okay berbalik kepada profesion aku yang terbaru, selain menjadi suri rumah yang tak berapa nak solehah, ( sebab online lebih lama dari buat kerja rumah.) aku juga telah menjadi tempat pertanyaan mengenai program matrikulasi. Sebab aku bekas pelajar matrikulasi.

Hampir setiap perkara aku perlu perincikan kepada si penanya. Ini hal masa depan bukan boleh main-main. Silap-silap rosak anak orang, siapa nak jawab?
Dari hal sistem pembelajaran, peperiksaan, perjalanan selepas matrikulasi, plan B kalau tak score di matrik, hal laptop, etika pemakaian hinggalah ke aspek kasut dan cadar tilam.

( Yang part cadar tu Ibu aku tolong jawabkan, sebab dia baru tahu yang kolej ada bagi cadar warna biru belang-belang.)

Bayangkan betapa tak diamnya telefon? Ibu aku siap letak handphone dia tepi aku, demi memastikan aku efisyen dalam melaksanakan tugas. Demam demam jugak, kerja jangan tinggal. Tak cukup handphone, telefon rumah pun tak henti berdering. Nasib baik si penanya tak ada nombor telefon aku, kalau tak mahu aku buat silent mode untuk dua-dua phone aku.

Amacam? Rasa-rasa boleh minta payment tak lepas ni?
Kepada anak si penanya,
selamat berjaya! Jangan malas belajar. Nanti jadi bimbo macam aku baru padan muka. Oh jangan lupa kirim salam sama court tenis sebelah blok C ( tempat terbaik mengintai budak lelaki opps kantoi!), cakap aku rindu nak lari-lari macam orang gila dalam tu.

p/s : Ingat, aku bimbo.

No comments: