Lepas tambah tolak darab bahagi semua, aku dah lebih kurang 5 minggu berkuliah. Sebagai pelajar tahun 3, senior, tahun akhir. Kononnya.
Sebulan yang lepas, ramai yang kata badan aku dah susut sikit. Ramai jugak yang tanya rahsia ke'susut'an aku tu.
Oh. Aku kata ramai sebab yang tanya tu lebih dari seorang. Mungkin dua atau tiga orang sahaja. Aku bukan artis popular yang ada berjuta peminat. Aku KakYong johh.
Dan aku cuma jawab, aku praktikal 3 bulan, agak penat ketika pulang dari opis dan hanya terus merebahkan diri di atas katil. Yeah, tanpa perlu makan malam. Atau untuk lebih mesra keluarga, aku hanya menonton Ibu dan Ayah aku makan.
Tapi sekarang, lepas sebulan, aku rasa segala pujian tentang ke'susut'an tu dah terbatal. Rasa macam aku dengan Adele dah tak ada beza. Oh bukan, dia kaya banyak duit, aku sengkek sentiasa tak ada duit.
Harap-harap cuti Raya Haji ni Ayah aku tak terkejutlah tengok anak dia. Ini sebenarnya bukti duit belanja aku tiap-tiap bulan tu sentiasa cukup dan aku dah guna seoptimum habis.
p/s: Pesanan ikhlas buat kawan-kawan, janganlah seronok sangat nak mengajak aku makan itu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment