Idea untuk menulis mengenai tajuk ini telah datang sejak lame dahulu.Cuma aku tak tau macam mane nak susun ayat dan mengarang isinya agar tajuknya seiring dengan isinya.Jadi,sekiranya anda telah berasa bosan dengan entri ini,sila berambus dengan jayanya.Terima kasih.
Beggars are not choosers.Aku baru tau mengenai proverbs ni ketika aku menginjak ke Tingkatan 4.Teruk kan?Well,aku akui English aku agak teruk dan sampai sekarang aku rasa makin teruk.Tak tau nape.Terima kasih kepada Sir Salehuddin yang jadi English teacher aku sebelum aku berhijrah ke penjara dunia di tengah kota Kuala Lumpur.
Pada aku,semua orang yang hidup di alam ini merupakan beggars.Kenapa aku kata begitu?Bagi yang Islam,kita mesti paling tidak dalam 5 kali sehari akan berdoa kepada Allah meminta itu dan ini.Betul kan??Walaupun permintaan itu sekadar meminta kebaikan di dunia mahupun di akhirat;seperti doa yang ade dalam Surah Al-Baqarah tu.Aku pasti sume orang tau ayat tu.
Walaupun begitu,macam yang aku cakap kan tadi,beggars are not choosers.Kita tak boleh terlalu memilih dalam hidup nih.Anggap je ape yang dikurniakan dan diberi tu adalah yang terbaik.Sebagai contoh,setiap wanita mengimpikan suami yang handsome,penyayang,berduit etc..etc.Tapi hakikatnya mungkin kita dapat yang kurang handsome ataupun kurang berduit.Mari fikirkan,apekah kebaikannya kalau bersuamikan orang yang handsome gila tapi mati pucuk.Okey aku dah jauh merepek nih.
Walau setinggi mane pun pangkat kita,walau sekaya mane pun kita,walau secantik mana pun rupe paras kita,kita masih lagi beggars.And beggars are not choosers.Mengemis di dunia yang penuh dengan tipu daya ini untuk mencari erti sebenar hidup.
Terima kasih kerana membaca karya mengarut saya ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jap
bukan beggars should not be choosers ka?
Post a Comment