Minggu lepas aku pergi buat medical check-up dekat area Gombak sana. Sebab klinik kerajaan buat hal kata medical check up free hanya pada 5 haribulan. Haramjadah apa aku masuk universiti 4 haribulan? Aku suruh misi misi kirim salam medical check up dekat doktor je. Sambil tu berdoa budak-budak medik habis belajar cepat sikit demi memenuhi tuntutan rakyat yang semakin mendesak.
Pagi tu Ibu aku bagi duit untuk buat medical check up. Dalam dunia sekarang ni, duit dah tak jadi hal. Asalkan niat dan tujuan serta misi tercapai.Benda yang kononnya seminggu baru siap akan siap dalam masa beberapa jam asalkan tak malu untuk hulurkan RM80 dekat kaunter.
Lepas mengadap fesbuk dan blog secukup rasa, aku pun pergi bersiap-siap nak pergi klinik. Sebab sebelum tu Ibu aku pesan jangan pergi lambat sangat. Takut ramai orang katanya. Malam tu dia tanya perlu ke dia teman aku pergi ataupun aku pergi sendiri. Setelah cerita pasal selok belok Gombak aku kata aku pergi sendiri lagi baik memandangkan dia ada mesyuarat pagi tu.
Motor aku pecut dalam 80km/j. Nasib baik tak ada kereta buat hal kalau tak memang nahas aku langgar. Menyelit sana sini buat gampang sikit atas jalan, akhirnya aku sampai depan klinik. Parking elok-elok, simpan helmet dan jaket dalam sit, betul-betulkan tudung sikit, ambil handbag dan jalan masuk ke klinik dengan gaya. Dalam kepala sambil tu ingat-ingat borang kesihatan aku sempat simpan dalam beg atau saja buat gila tertinggal dekat rumah. Nasib baik ada.
Sambil tunggu giliran, aku habiskan masa dengan baca Anne Frank. Dengan petugas kaunter yang kurang sivik punya perangai, buat aku rasa nak letak dia dalam kelas sivik budak Tingkatan 2.
Selesai buat ujian air kencing, kena pergi buat xray pulak. Sebelum ni masa aku nak masuk penjara tru dekat KL tu yang incharge tu perempuan. Taklah rasa segan sangat. Jadi dengan penuh tawaduk aku pun berdoa bertalu-talu agar perempuan juga yang incharge. Tapi Tuhan tak makbulkan, lelaki yang incharge. Nasib baik hensem. Taklah rasa segan sangat. (erh keji deyy!)
Dalam pukul 11 lebih, selesai urusan. Motor aku pecut sekali lagi ikut MRR 2. Sambil tu dalam otak fikir nak singgah opis Ibu aku atau terus balik rumah dan sambung tidur. Selepas menimbang ikut akal logik anak solehah, aku putuskan untuk pergi ke opis Ibu aku di Kepong. Dia punya panas terik, pergh.. rasa nak bertaubat lepas ni. Selama ni kerek gila naik kereta pulas aircond tahap 2 sambil dengar radio kuat-kuat dalam Citra. Bila dah naik motor, hah baru kau tau rasa dia. Berjiwa rakyat aku seketika.
Sampai di opis Ibu aku, aku tawar diri nak hantar adik aku ke sekolah. Alang-alang lepas tu aku nak beli makanan tengahari sekali.
Habis urusan menghantar budak ke sekolah, makan tengahari dan menyampuk orang-orang tua bersembang kes-kes yang tak membangunkan minda langsung, aku masuk ke bilik Ibu aku. Aku nak tengok juga apa hasilnya keputusan xray aku. Sebelum ni pun pernah tengok tapi memang tak ada apa yang menarik. Mana tau kali ni punya ada apa yang menarik. Boleh aku panggil Mastika buat liputan lepas tu suruh dia orang bayar aku royalti RM100 per copy. Amacam? Hebat tak plan aku?
Dengan hati-hati aku bukak sampul coklat dan tarik filem xray perlahan-lahan. Dah dekat depan tulis do not fold tapi aku dengan tak rasa segan lipat dan letak dalam tempat sit. Yelah bangang apa nak pegang masa bawa motor? Mana nak pulas minyak? Mana nak set signal kiri kanan?
Aku angkat filem tu menghala ke arah lampu. Padahal tak ada kesan pun. Cahaya matahari masih boleh bagi nampak. Saja nak mengada.
Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang sangat pelik. Sesuatu yang agak rare di pandangan mata aku.
Apehal badan aku pelik sangat ni?!
Menurut perkiraan aku yang pernah bersenggama dengan buku biologi masa tingkatan 5, anatomi badan aku takkan kecil ke bawah. Ikut logik, lepas bahagian thorax, ada abdomen. Lepas tu bahagian pinggul tapi tak nampaklah sebab xray nampak paru-paru dan sedikit bahagian abdomen.
Takkanlah dalam filem ni aku mengecil kot? Impossible.......
Hati dah jadi panas. Perasaan kagum tengok imbasan paru-paru dan jantung dah hilang ke mana. Agak-agak tunggu lagi beberapa minit mau aku rembat kunci Citra dan pandu semula ke klinik dekat Gombak. Hal motor boleh tinggal sekejap.
Tapi lepas aku fikir ikut norma manusia, dan belek-belek filem tu balik,
rupanya aku tengok terbalik. Yang part dia tulis nama tu rupanya dekat atas.
Nak salahkan siapa ni? Aku atau filem tu??
p/s: masa aku cerita benda ni dekat Si Tinggi, dengan percuma aku kena maki,
" kau ni banganglah madi!!"
Tak apa, aku tak ambil hati.
Bersyukur sikit kawan kau ni bukan alien!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
okeyp madi. ternyata bnyak cuti mmbuatkan ko dh xreti bezakan atas dan bwah ;) thniah2. buleyh r weyh ko g ckap kat mastika, ko jmpa x-ray bdan alien. lalalala XD
syaq: susah jugak cuti lama2 ni. nasib baik ahad ni nak daftar dah. aku malas nak kecoh kecoh dekat mastikalah. nanti dia tanya siapa alien tu dah satu hal pulak aku nak jawab apa?!
Post a Comment