Semenjak Piala Dunia ni, hampir semua benda nak dijadikan ala-ala Piala Dunia. Sampaikan topik sembang pun cerita hal bola. Nak feeling-feeling lain kali cerita. Lepas habis bola bolehlah semua makwe-makwe lega sebab dah boleh sambung merengek mintak itu ini. Masa ni, jangan cari nahas. Dapat pelempang je nanti.
Termasuklah aku. Walaupun aku memang tak minat bola, hanya tengok bola bila rasa nak tengok je, tapi ada jugaklah kadang-kadang aku ambil tahu apa yang berlaku.
Macam semalam, aku sms Ayah aku yang jauh di Pulau Pinang..
" Ini malam Sepanyol vs Portugal. Amacam?"
Dua-dua pasukan hebat. Mesti seronok game ni.
Selang beberapa minit, ada sms masuk. Dari Ayah aku..
" Portugal laaaa..." ada bunyi confident di situ.
Masa berita pun, teka score kata Portugal yang akan score. Tak apa, we'll see....
Pagi tu, keajaiban berlaku. Sepanyol score sebijik. Mungkin Portugal dibelasah tanpa rasa kesian. Aku tak tengok pun. Jam 12.00 malam aku dah masuk tidur nak bangun 2.30 pagi buat apa?! Masa nak exam pun aku selamba tidur awal ni kan pulak pasal bola. Lagi tak kuasa aku.
Beberapa jam selepas itu, satu sms masuk.
Dari Ayah aku lagi.
" Portugal gulung tikar! Tiago jual belacan! "
Tulahh.. over confident lagi....
p/s : agak-agak kalau Tiago jual belacan ada orang nak beli ke tak ye?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment