Showing posts with label mimpimimpianganangan. Show all posts
Showing posts with label mimpimimpianganangan. Show all posts

Ready to go



Brendon Urie,
marry me.

Monolog pt 12

Ku susun frasa-frasa itu menjadi kata-kata............





namun mungkin kau kurang memahami.

Biggest secret

Pernah tak aku cakap, yang aku sangat teringin untuk jadi seorang ibu?

Mungkin ada, beberapa orang yang pernah dengar aku cakap macam tu. Mungkin kau, dia atau mereka.

Walaupun aku mempunyai jiwa yang agak kacau dan tersangat kompleks, namun semakin lama aku semakin sedar bahawa naluri keibuan ( fyi semua perempuan ada naluri ni. Jangan nak tipu okay!) aku semakin subur dalam jiwa aku.

Okay aku sedar aku baru 19. So what?

Dalam erti kata lain, aku masih ada sifat penyayang, tahu?
Aku dapat discover perasaan ni masa aku umur 16 tahun. Bila aku sedar yang seorang wanita mengandung tu sangat comel. Mula-mula aku ingatkan ini cuma mainan mata, tapi rupanya memang betul pun. Wanita mengandung itu sangat comel.
Sebab?

We're carrying another person inside us.

Dan bila aku dah belajar subjek Biology, lagi buat aku rasa teruja. Sumpah.
Proses kejadian manusia di dalam rahim itu sangat unik. Baru aku rasa kebesaran Tuhan masa tu. Bayangkan dari percantuman sel lelaki dan perempuan, boleh menghasilkan satu lagi kejadian yang dipanggil manusia.

Hebat kan? Subhanallah..

Mungkin juga, faktor sekeliling aku yang penuh dengan kanak-kanak  yang buat aku rasa macam ni jugak. Aku sentiasa dikelilingi oleh kanak-kanak, dari rumah, tempat kerja dulu, dan di mana-mana sahaja. Aku dah tak ingat.

Aku pun sentiasa terfikir, bagaimana rasanya ketika mengandung? Sakit? Teruja? Gembira?

Sebab tu aku rasa sangat terkesan bila aku baca surat khabar cerita pasal orang suka-suka hati buang anak merata-rata macam buang tin kosong. Kepala otak dia. Hmm. Amik kau.

Sebenarnya nak cakap, yang aku teringin nak pregnant. Untuk satu hari je. Lepas tu aku akan describe apa perasaan dia.

p/s: Oh God I need to find my man now. Tak tak ini ayat desperate. Aku belum pandai masak nasi beriani. So tak boleh kahwin lagi.

Malaysian typical favourite

Sekarang teringin nak makan nasi lemak panas dengan ayam goreng rempah.
Persetankan Mc Donald dengan Fillet O Fish, KFC dengan ayam goreng 11 rempah rahsia, Pizza Hut dengan Hawaian Pizza, Kenny Rogers dengan muffin yang sedap gila tu.
Lupakan semua tu seketika.


Aku nak nasi lemak.

Nasi lemak
Nasi lemak
Nasi lemak
Nasi lemak.




Agak-agak ada delivery service tak?
Ada contact number??
Bagilah, aku tak kisah nak spend kredit aku untuk makan.

Kau ada duit?

Aku kurang pasti dengan dunia sekarang, since that aku kurang membaca surat khabar melainkan tumpang baca surat khabar kawan aku yang mengandungi pelbagai berita sampah yang aku rasa tak perlu pun untuk ditatapkan pada umum.

Kalau dah baca berita sampah pun, mana ada informasi yang berguna yang boleh masuk dalam otak kan? Dah la otak dah karat, baca berita sampah pulak tu. Kesian otak aku.

Jadi kesimpulannya, aku kurang pasti dengan dunia sekarang. Mungkin memang hampir kiamat tapi aku seorang je yang belum sedar. Mungkinlah.

Aku sedang berfikir lagi, bagaimana untuk aku dapatkan duit dengan cara yang mudah tanpa buat muka tebal dan pergi mintak dekat ibu ayah aku. Ataupun dengan apa sahaja cara yang kurang berisiko seperti pergi merompak kedai emas di pusat bandar atau memecah masuk rumah jutawan.

Hal ini dah buatkan masalah yang sedia ada bertambah menjadi bertambah masalah.

Haih.


Senang cerita, aku perlukan duit.

Kau ada duit? Kalau ada, aku nak sikit boleh?

Just waiting for some miracles

Currently I'm waiting for some miracles to happen. Even they are not logic at all but then I still want them. No matter what. Okay ini annoying.

Tapi aku tak minta banyak benda, mungkin satu atau dua perkara tapi agak susah untuk dimiliki.


Aku nak bila aku bangun pagi hari Selasa ni aku jadi genius. Boleh jawab matematik. Dan buat lecturer tutor aku tersenyum bangga dengan aku.

Boleh tak?

Sekadar perasaan

Aku bersembang dengan adik aku di telefon semalam. Akibat terlalu bosan membuat kimia. Dan adik aku dengan suara yang sangat excited memberitahu aku;

" kakak..Ayah nak belikan Tia kereta control baru..."

" haih apehal pulak.. kau nak bawa pegi sekolah ke?"

" eh tak la..saje nak buat main dekat hotel.."

wahh.. Ini sudah melampau. Kalau aku mintak kereta betul agak-agak Ayah nak bagi tak??
Ala...boleh laaa....

Mencari sebahagian lagi kesempurnaan diri

Yeah pada malam yang dingin dan kaku begini alangkah bagus andai dibiarkan sahaja minda ini terbang bebas melayang ke langit petala ke tujuh sekali pun.

Sambil mata merenung ke arah dinding putih-krim yang dibiasi lampu bulb putih yang malap dan menyakitkan mata.Ahh bangsat.

**blur**

Aku manusia.
Tidak sempurna.
Ya
Tidak ada yang sempurna dalam dunia ini.Sebab tu Tuhan cipta kan the other part of us yang akan be with us tough thin and thick.

Kalau ditanya,apakah yang aku cari dalam melengkapkan lompongan hidup aku ni...

hmm...

**think**

Tidak prejudis namun berhati-hati
Optimis dan masih mampu menelan segala pahit dan bullshits yang berlaku
Yang boleh menerima aku seadanya..sama ada past,present mahupun future aku
Bisa menjadi teman terbaik dalam hidupku..
Yang kata-katanya bukan sekadar omongan kosong
Namun setiap lafaz katanya itu menjadi tiupan semangat yang baru buat yang mendengar..walaupun sedikit tapi penuh makna.
Berpendirian teguh kerana aku sangat teruk dalam melakukan keputusan dalam membuat satu-satu pilihan
Mampu menahan keceluparan mulutku menutur kata-kata yang mungkin mampu merobek dan mengoyakkan hatinya sampai meleraikan hepatic portal vein beliau
sekalipun
Sentiasa bersabar dalam mengajar aku yang naif tentang erti hidup yang maha kejam ini

dan akhir sekali...


sanggup mengisi sebahagian lagi fragmen hidupku yang kosong ini.

p/s: inspired by Always Be My Baby by David Cook.Ouh..aku suka orang yang boleh bermain muzik dan boleh serenekan lagu yang aku suka sebelum tido.Haha.

Fairy Tales

Semalam aku terbaca buku cerita adik aku yang diletakkan merata-rata macam menyuruh aku buang je buku tuhh.Lepas habis je bace buku tu,aku terus terfikir...falsafah di sebalik segala fairy tale yang ade nih.

Tak kisah la ape tajuknye sekali pun,sama ada Cinderella ke,Snow White ke,Rapunzel ke,Sleeping Beauty ke,ape ke....tapi yang pasti pengakhirannya mesti stereotaip.Happy ending.Kan?
Persoalannya,adakah hidup kita sebenarnya begitu?
Jangan kata aku ni seorang yang terlalu pathetic atau apa tapi ini realiti.Mesti dalam cerita tu ade heroin err..bukan princess atau apa saja watak perempuan dia yang cantik dan umurnya yang aku tak tau dalam lingkungan berapa dan seorang putera raja yang hensem yang berkuda(ye la sebab zaman dulu belum ada orang cipta Merc,Alfa Romeo dan Lamborghini yang boleh pikat hati gadis macam aku ni!)
Lepas tu mesti hidup heroin tu sangat la menyedihkan sebab diseksa oleh mak tiri,kakak tiri,ahli sihir,lari masuk hutan jumpa pokok hidup ataupun tercucuk jarum mesin pemintal benang.Hahahh.
Lepas tu pengsan....

Lepas tu prince charming pun datang...bagi ubat la konon..dengan kiss lips dia..haih(ok la tu free ubat wehh tak payah bayar mahal-mahal kat farmasi)

takpun..lagi best..cium katak terus jadi putera hensem!huhh..kalau macam tu setiap katak yang aku jumpe aku cium..(euuuyyy...tak nak la geli nyahh!!!).yelah nak orang hensem punya pasal...haha..(err..dan yang pasti kau mesti kaya kalau kau pokai kirim salam je la eyh)

Aku mengaku aku pun layan jugak cerita-cerita ni.Kata fairy tales kann..mestilah aku sebagai anak perempuan kecil disuap dengan cerita-cerita macam ni.walaupun bukan sebagai bedtime stories sebab Ibu tak dan nak bukak ape-ape story pun dia dah tertido dulu..tapi frankly speaking aku baca je cerita Snow White...tengok je video Cinderella berulang-ulang kali (sebab zaman tu belum ade DVD lagi) dan tak lari daripada berangan-angan bahawa ada putera hensem gila (tapi tak gila) yang akan selamatkan aku dengan bawa kuda ketika aku sedang susah.Haha.Aku harap ketika aku susah nak jawab soalan Math pun this people boleh tolong aku la kann.

Tapi semakin lama aku hidup..aku semakin sedar bahawa hidup ni tak la seindah fairy tales semua tuhh..
dan aku pun cuba faham yang tak semua orang dilahirkan secantik Cinderella dan Snow White yang putih macam salji
dan pandai menyanyi dengan diiringi tikus-tikus serta burung-burung...sebab kalau menyanyi sambil buat keje rumah nanti Ibu marah...haih
dan kita ni bukan superhuman or superlady or superwoman yang boleh buat semua benda dengan perfectnya.
and one more thing,aku takkan bela rambut panjang gila sampai orang boleh buat tali nak bawak masuk rumah.sekarang kan dah ada lif dan tangga.Hahahh..
malah hidup kita tak berakhir setelah kita berkahwin dengan prince charming kita..masih ada obstacles yang perlu dilalui dan ditempuhi.Haha.
See?
Fairy tales ni buatkan kita hampir tertipu dengan realiti hidup.Adehh...

p/s: cerita Cecillia Ahern pun kind of fairy tale what?tapi kenapa aku suka baca ha?


islamic horoskop.haih.

well
i jz read lily's blog just now.
aku lahir pada 27 safar
huhu
adik aku muharam.
lantak la
btw..
my horoskop is

SAFAR
Tabiatnya buruk.(memang ponn!!!!semua orang tau!)
Dia tidak suka mengakui kesalahannya.(dey macha!!!honesty is the best policy la deyy!tu yang makan diri tuhh!)
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.(penat dah ibu ayah didik aku..aku je yang degil sangat)
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
(ye ke???entah la weyhhh..)



insomnia+halusinasi

Sejak dua menjak nih,aku mengalami satu fenomena yang sangat membuatkan aku rasa panas hati.(lu bikin gua panassss je!-versi filem remp-it)

Masalah problem yang aku hadapi ialah,aku menghadapi kesukaran untuk tidur.Walaupun aku telah melayangkan diri di atas katil pada pukul 12 tengah malam,namun aku hanya akan dapat lena setelah dalam 4 jam berlalu.Waaa..!!!Apakah itu?!

I told Ibu;

"madiha sekarang ni susah tido la bu.."

"yelah dah kamu tido siang banyak sangat..."(aduyai..~~~makan dalam seyh!)

"tak lahh..kalau tak tido pun same je..." sesi pembelaan diri berlaku.haha

"erm.."

"yang peliknye,setiap kali nak lena je,mesti ade suara-suara..."

"bising-bising ke?"

"tak...macam ade orang panggil-panggil..."

Selain tu aku rasa macam ade orang perhati aku setiap kali aku nak lelapkan mata...waaa..!!! Aku tak suke..!!!!!

Berhalusinasikah aku??!


kuasa mata

Malam semalam aku ade tengok gambar sorang mamat ni dekat Myspace.Yelah.Sekadar hilangkan rasa bosan.Wajah dia agak goodlooking jugak.Dan tak keterlaluan kalau aku kate die tu CAMWHORE! Haha.

Well,aku tengok je,bukan buat ape pun.Sekadar menjamu mata dengan wajah die.Haha.

Itu aku tak kesah.Tapi yang aku kesahnye,dia ade dalam mimpi aku semalam.Hurm...memang gila betul mimpi aku semalam.Tapi seronok la,sebab dalam tu dia nyanyikan satu lagu untuk aku.Dan lagu sangat sweet!!!Hahaha...Gila betul!

Wawawa....sesungguhnya aku telah crush pada die!Tapi dalam mimpi je ah.Dan berhenti di situ.Bila aku tengok balik muka dia,aku tertegun seketika."Macam mane mamat ni boleh sesat dalam mimpi aku semalam?Mane Syafiq?"

Anybody,can answer that question??