Semalam aku terbaca buku cerita adik aku yang diletakkan merata-rata macam menyuruh aku buang je buku tuhh.Lepas habis je bace buku tu,aku terus terfikir...falsafah di sebalik segala fairy tale yang ade nih.
Tak kisah la ape tajuknye sekali pun,sama ada Cinderella ke,Snow White ke,Rapunzel ke,Sleeping Beauty ke,ape ke....tapi yang pasti pengakhirannya mesti stereotaip.Happy ending.Kan?
Persoalannya,adakah hidup kita sebenarnya begitu?
Jangan kata aku ni seorang yang terlalu pathetic atau apa tapi ini realiti.Mesti dalam cerita tu ade heroin err..bukan princess atau apa saja watak perempuan dia yang cantik dan umurnya yang aku tak tau dalam lingkungan berapa dan seorang putera raja yang hensem yang berkuda(ye la sebab zaman dulu belum ada orang cipta Merc,Alfa Romeo dan Lamborghini yang boleh pikat hati gadis macam aku ni!)
Lepas tu mesti hidup heroin tu sangat la menyedihkan sebab diseksa oleh mak tiri,kakak tiri,ahli sihir,lari masuk hutan jumpa pokok hidup ataupun tercucuk jarum mesin pemintal benang.Hahahh.
Lepas tu pengsan....
Lepas tu prince charming pun datang...bagi ubat la konon..dengan kiss lips dia..haih(ok la tu free ubat wehh tak payah bayar mahal-mahal kat farmasi)
takpun..lagi best..cium katak terus jadi putera hensem!huhh..kalau macam tu setiap katak yang aku jumpe aku cium..(euuuyyy...tak nak la geli nyahh!!!).yelah nak orang hensem punya pasal...haha..(err..dan yang pasti kau mesti kaya kalau kau pokai kirim salam je la eyh)
Aku mengaku aku pun layan jugak cerita-cerita ni.Kata fairy tales kann..mestilah aku sebagai anak perempuan kecil disuap dengan cerita-cerita macam ni.walaupun bukan sebagai bedtime stories sebab Ibu tak dan nak bukak ape-ape story pun dia dah tertido dulu..tapi frankly speaking aku baca je cerita Snow White...tengok je video Cinderella berulang-ulang kali (sebab zaman tu belum ade DVD lagi) dan tak lari daripada berangan-angan bahawa ada putera hensem gila (tapi tak gila) yang akan selamatkan aku dengan bawa kuda ketika aku sedang susah.Haha.Aku harap ketika aku susah nak jawab soalan Math pun this people boleh tolong aku la kann.
Tapi semakin lama aku hidup..aku semakin sedar bahawa hidup ni tak la seindah fairy tales semua tuhh..
dan aku pun cuba faham yang tak semua orang dilahirkan secantik Cinderella dan Snow White yang putih macam salji
dan pandai menyanyi dengan diiringi tikus-tikus serta burung-burung...sebab kalau menyanyi sambil buat keje rumah nanti Ibu marah...haih
dan kita ni bukan superhuman or superlady or superwoman yang boleh buat semua benda dengan perfectnya.
and one more thing,aku takkan bela rambut panjang gila sampai orang boleh buat tali nak bawak masuk rumah.sekarang kan dah ada lif dan tangga.Hahahh..
malah hidup kita tak berakhir setelah kita berkahwin dengan prince charming kita..masih ada obstacles yang perlu dilalui dan ditempuhi.Haha.
See?
Fairy tales ni buatkan kita hampir tertipu dengan realiti hidup.Adehh...
p/s: cerita Cecillia Ahern pun kind of fairy tale what?tapi kenapa aku suka baca ha?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment