Aku kurang pasti dengan dunia sekarang, since that aku kurang membaca surat khabar melainkan tumpang baca surat khabar kawan aku yang mengandungi pelbagai berita sampah yang aku rasa tak perlu pun untuk ditatapkan pada umum.
Kalau dah baca berita sampah pun, mana ada informasi yang berguna yang boleh masuk dalam otak kan? Dah la otak dah karat, baca berita sampah pulak tu. Kesian otak aku.
Jadi kesimpulannya, aku kurang pasti dengan dunia sekarang. Mungkin memang hampir kiamat tapi aku seorang je yang belum sedar. Mungkinlah.
Aku sedang berfikir lagi, bagaimana untuk aku dapatkan duit dengan cara yang mudah tanpa buat muka tebal dan pergi mintak dekat ibu ayah aku. Ataupun dengan apa sahaja cara yang kurang berisiko seperti pergi merompak kedai emas di pusat bandar atau memecah masuk rumah jutawan.
Hal ini dah buatkan masalah yang sedia ada bertambah menjadi bertambah masalah.
Haih.
Senang cerita, aku perlukan duit.
Kau ada duit? Kalau ada, aku nak sikit boleh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment