Pemanduan berhemah

Apa perasaan anda, sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya?
Sakit hati bukan?
Dengan kenderaan yang terpaksa bergerak perlahan seperti semut, pasti akan membantutkan perjalanan dan kelancaran memandu.
Hal ini lebih teruk sekiranya anda memandu kereta manual. Boleh kejang kaki asyik nak main clutch tak henti-henti.

Rasa macam buat intro karangan SPM pulak. Haih.


The thing is, aku nak kata yang semua orang akan stress sekiranya terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dari pemandu, penumpang sehinggalah orang yang tak ada kena mengena dengan hal pemanduan, contohnya bayi dan kanak-kanak. Tapi kalau kereta dah pasang air-con maybe they'll shut up. Maybe.

Macam tu juga dengan apa yang berlaku semasa aku di Cameron Highlands. Jalan  ke arah Gua Musang sangat sibuk, punca kejadian masih tak dapat dipastikan sehingga sekarang. Dari Kota Bharu membawa ke Pulau Pinang dan Rawang, puas aku fikir apa puncanya. Namun sia-sia. Jadi akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti dari fikirkan tentang itu. Case closed.

Biasalah, semua orang nak cepat sampai ke destinasi. Bila dah terperangkap dalam jammed, nak tak nak kena sabar jelah kan? Semua orang bawa slow masa tu. Fair and square. Asalkan berhati-hati sampai tak cium bumper kereta depan sudahlah. Yang lain, confirm boleh setel.

Tiba-tiba, ada sebuah Unser memotong dari sebelah kanan. Oklah memotong sebelah kanan. Tak ada apa yang pelik. Tapi kalau double line lepas tu potong nak kata apa? Tak pergi belajar memandu ke dulu?
Bila tengok pemandu, siap berkopiah bersongkok bagai. Kereta siap tampal ayat-ayat Quran. Bila bawak kereta, Masya Allah macam tak baca bismillah.

Memotong ketika double line, dalam keadaan yang sangat berbahaya. Ketika naik bukit. Agaknya pemandu tu kena rasuk agaknya. Penumpang sampai penuh kereta. Tak faham aku. Nyawa keluarga boleh tukar dengan strawberi dekat Cameron Highlands tu ke?


Buat pakcik pemandu yang berkopiah,

Lu kasi tanggalla lu punya kopiah! Pakai topi keledar macam driver F1. Baru selamat. Ke lu nak tukar kopiah lu dengan cap Ayah gua? Takdak hal, boleh kawtim punya. Baru kena dengan imej bawa kereta ala-ala brutal.

Lu bikin gua dan famili gua panasssss je!

2 comments:

cik Fatin Hazwani said...

hoho agak ah wey. aku cukup benci ngn pemanduan di malaysia nie. kasi panas je. kalau jalan balek kelantan tu tak yah ckp ah kan. potong ikut dan je kot. double line single line pun dye da tak kesah.. semalam aku sampai frm kelantan nak balik ke kl, rase nk terputus nyawa. 2 kali hampir accident di sebabkan pemandu2 yang bawak keta cam orang gila. tak masuk agy lori balak. huh

Madiha Ilham said...

tau pun. tu tak kira masa kita jadi pemandu. lagi macam nak keluar kereta cepuk2 org tu