Euphoria!

Setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, termasuk godaan dari yang lain, akhirnya aku berjaya menawannya.....

Uhh, sumpah aku rasa nak menangis masa aku pegang buku ni. Terharu sebab memang tinggal the one and only!!

Masa perjalanan nak masuk ke MPH Midvalley, perasaan dup dap dup dap kalah macam nak pergi first date. Aku masuk tak pandang kiri kanan dah, walaupun yang lain sibuk menggoda aku. Tunggu dulu, aku ada misi yang sangat penting untuk diselesaikan. Kalau tak selesai, sampai mati aku menyesal.

Sampai dekat rak, buku ni tak ada. Ingat tak aku kata ada 4 buah yang tinggal? Mati-mati aku ingat dah habis. Baru seminggu aku tinggal MPH tu! Nasib baik aku tak acu pisau dekat leher mamat service counter tu. Dah dekat sangat dengan aku.

Pusing punya pusing, akhirnya jumpa. Nampaknya MPH memang sayangkan aku. Okay aku pun sayang MPH juga. So memang betul yang lagi tiga buah tu dah ada orang beli.

Mission accomplished!
Syabas bete!

2 comments:

Saidatul Madiha Abd Rahim said...

oh saya nak ucapkan tahniah tahniah tahniah kepada awak!

Madiha Ilham said...

terima kasih madiha!