Separa Emosi

Entry ini berbaur sedikit emosi. Oh tak, mungkin terlalu emosi. Emosi dengan diri sendiri. Itu sahaja.

Usai Maghrib tadi, aku perasan satu perkara tentang diri aku.
Aku mudah mengalah pada keadaan.
Terlalu mudah berputus asa.
Cepat sangat down.
For no reason.

Contoh situasi,
dahulu aku gigih kejut kawan-kawan aku untuk bangun solat Subuh sekali dengan aku. Kot tak sempat jemaah bersama pun, tetap aku gagahkan diri untuk kejut mereka bangun Subuh. (Kejap, ni bukan nak kata aku baik ke apa).
Tapi fahamlah, manusia, bila  syaitan dah rangkul erat kau dinihari ditambah dengan dingin embun pagi, bangun Subuh pun rasa macam nak pergi berperang. Serius, aku tak tipu. Sebab aku pun selalu rasa macam ni.

Mungkin seminggu dua, sebulan dua, aku masih gigih lagi buat benda macam tu. Tapi kalau dah banyak kali buat, hasil tak ke mana, lama-lama aku bebai jugak beb. Sumpah.

Dan bukan terhenti setakat ini sahaja. Termasuk jugak perkara-perkara lain, yang melibatkan perlu untuk kita saling menasihati antara satu sama lain. Yeah, di saat diri sendiri jua punya khilaf sana sini. Tapi, bukankah seorang Muslim itu bertanggungjawab atas seorang Muslim yang lain?

Untuk menambah pemahaman, seolah-olah kau sedang buat perkara  yang sia-sia. Walau kau tau itu satu tanggungjawab kau. Namun di akhir hari, kau tau Tuhan akan tanya apa tanggungjawab kau terhadap saudara seagama kau, dan apakah kau dah penuhi tanggungjawab tersebut.

Sedang di dunia sebelah sana (atau on the parallel universe), ada orang lain lagi gigih dalam mengajak ke arah kebaikan, tanpa kenal erti penat lelah dan putus asa.

Jadi kembali ke persoalan agung,
perlu atau tidak aku untuk berasa bersalah dan berdosa dalam hal ini?
Atau sekadar teruskan hidup macam tak ada apa-apa yang berlaku dan teruskan aktiviti aktiviti ke arah kebaikan ni, walaupun kesan dia entah apa-apa dan kau pun tak tahu?

Oh wait,
Tuhan nak tengok usaha, bukan kesan akhir.
Dalam debat pun selalu ditekankan, apa yang penting ialah usaha, kesan tu belakang cerita.

Jadi, kamu nampak tak apa dan di mana sebenarnya emosi yang aku cuba canang-canangkan sedari awal penulisan tadi? Tak nampak? Tak apalah.

Terima kasih kerana membaca sampai habis, jarang aku dapat menulis sepanjang gini.
Senyum manis manis. :) (oh aku pinjam trademark seseorang ni, harap dia halalkan, hiks)

1 comment:

Anonymous said...

indeed... sokong sangat... lebih-lebih lagi apabila istiqamah rasa macam sia-sia... keep up the good work -ah-jiz-