Sense of belonging

Sudah jadi kebiasaan, aku gemar untuk menulis nama penuh, siap dengan tanda tangan sebesar-besarnya dekat setiap buku aku. Sejak bila, aku pun tak tahu. Sampai ada sesetengah yang bertanya,

"kenapa suka buat macam tu?"

Jawab aku, dulu masa sekolah, ada kawan aku akan tulis nama dia dekat setiap barang. Tak kiralah alat tulis, buku, kertas, atau apa-apa sahaja. Katanya, ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan sense of belonging. Untuk menambah rasa 'barang-itu-aku-punya'.

Dan secara tak langsung, mencambah rasa sayang terhadapnya, waima ia tidak bernyawa.

Jadi, sementelah aku suka buat begitu pada buku-buku aku, maka mengapa tidak sekiranya aku teruskan kegemaranku ini terhadap yang bernyawa juga?

Jadi, mahukah kamu, kiranya aku ukir namaku dalam hatimu?
Supaya tiada lagi gelisah dan ragu, tentang rasa di kalbu?


No comments: