Masalah #2





Orang kata, pandang masalah tu sebagai peluang. Baik. Positive thinking la kononnya. Kononnya.
Aku dah hampir ke tahun yang 21 menghirup udara di bumi Tuhan. Tak berapa nak lama dibandingkan dengan orang yang dah umur 35, 47 dan 69 tahun. Orang yang berumur sedemikian akan memandang aku sangat kecil, err..maksud aku..kecik pada kudrat, daya pemikiran dan tindakan. Kalau secara fizikal tak mungkin.

Kat mana aku tadi? Oh ya, masalah.

Orang juga kata, umur 21 dah boleh buat keputusan sendiri. Dah boleh fikir mana baik mana buruk. Baik, itu memang aku tak nafikan.
Tapi untuk aku, sejauh mana pun kau terbang, sedalam mana pun laut kau renang, sebanyak mana pun nombor umur kau, kau masih ada rantaian kekal yang mengikat kau.
Kau masih ada ibu bapa. Mama dan Papa. Ummi dan Walid. Mummy dan Daddy. Mak dan Abah. Atau apa sahaja panggilan kamu kepada kedua insan agung dalam hidup ini.

Aku pernah melalui zaman di mana aku rasa suara Ibu dan Ayah tidak penting. Tak menjentik sedikit pun perasaan. Tak mampu mengubah apa-apa pun keputusan yang aku buat. Semuanya aku buat sendiri. Guna tulang empat kerat yang kononnya sangat hebat dan ampuh. Mampu berjalan ke hujung dunia sendiri. Kononnya. 

Dan itu zaman gelap aku. Semuanya aku sembunyikan. Aku menang anugerah ke, aku ada boyfriend ke, aku kena marah ke, duit aku habis ke, semua aku sembunyikan. Aku berjaya hidup dalam lingkungan diri sendiri. Tanpa perlu insan lain. Kononnya.

Tapi itu dulu. Sekarang bila difikirkan, aku rasa itu adalah dosa yang paling besar dalam hidup. Dan sekarang, walaupun aku tau firasat ibu bapa itu adalah sangat hebat, aku tetap cerita apa yang aku buat. Dengan siapa aku berkawan, aku belajar apa, aku join apa, duit aku ke mana, semua. Kecuali bila aku sedih tak tentu pasal. Jangan bagitahu, aku tak nak mereka sedih lagi kerana aku.

Bila ada entiti yang duk urged aku buat certain decision, yang melibatkan masa, duit, tenaga dan kepakaran aku, aku akan jadi serba salah. Dilemma tahap tertinggi. Tapi sebenarnya aku masih ada bahagian lain dalam hidup, yang juga melibat sumber  masa, duit, tenaga dan kepakaran aku. Itulah Ibu dan Ayah aku.

Takkan selamanya aku nak membelakangi Ibu dan Ayah sendiri? Takkan selamanya aku nak tanggung title anak derhaka?

Jadi tolonglah hormat segala keputusan aku. Sekalipun kau janjikan segunung emas dan intan permata demi masa depan, tapi kalau aku dah kata Ibu dan Ayah aku takkan beri restu, memang sampai kiamat kau kena percaya cakap aku. Melainkan kuasa Tuhan nak ubah. Walaupun kau tabur dengan  duit berkoyan-koyan pun, dengan cara yang halal katanya, kalau Ibu dan Ayah aku tak setuju sekalipun, hidup aku akan celaka hingga ke akhirnya. Tolonglah faham benda tu.

A: Cik Madiha pernah couple sebelum ni?
Aku : Pernah
A: Ada tak Cik Madiha bagitau mak ayah masa couple?
Aku : ......
A: So kalau nak join benda ni pun nak kena bagitau mak ayah jugak ke?
Aku: Apa babi sangat mamat ni? Harap duit je banyak tapi otak celah kangkang. Yeah, haruslah.


Tolonglah bagi peluang untuk aku jadi anak yang baik.

2 comments:

Anonymous said...

adik , meh join MLM abg. 3 bulan buat kerja adik boleh jadi jutawan muda, tak payah kerja dan tak payah belajar. jadi head hunter cukup. hehe

peace yo.

gaya macam kene sakat dengan MLM.. betul ke

Madiha Ilham said...

lebih kurang gitulah. btw, siapa ni?