Aduan rakyat

Setelah hampir sebulan aku duduk melaram dekat rumah baru, aku baru perasan beberapa benda yang kurang dalam kawasan perumahan aku. (baca; kampung tempat aku tinggal)

Setakat satu dua aku tak kisah sangat. Tapi ini hal benda-benda crucial bukan boleh buat main-main. Boleh mengganggu gugat keharmonian jiran tetangga ni. Tak boleh jadi. Aku kena buat aduan jugak. Lepas ni aku boleh jadi hero kolej kediaman aku dan senior-senior yang perangai serupa gampang itu mesti respek habis sama aku.

Aku dah cakap dengan kawan aku, nak jumpa dengan wakil rakyat kawasan tempat tinggal aku ni. Tapi itu macam agak poyo dan aku jugak tak ada banyak masa dengan kerenah birokrasi yang melampau. Baik duduk rumah baca buku Management lagi bagus.

Tapi tak apa, kalau ada antara orang-orang yang sanggup turun padang dan berjiwa rakyat untuk mendengar keluhan rakyat yang berjiwa besar seperti aku ni, sila take note perkara-perkara ini;

1) Sila tambah bilangan lampu jalan. Kalau boleh letak sepuluh pun tak apa. Bahaya kalau malam-malam. Dah kena lalu tepi semak samun, atas jambatan dan jalan yang gelap untuk sampai ke tempat tunggu bas. Memang sekangkang kera je dari rumah tapi kalau terpijak apa-apa tak ke bahaya? Letaklah lampu jalan.. untuk keselamatan kami para pewaris negara yang tercinta dan penduduk kampung yang lain.

2) Letaklah satu tiang telco yang tinggi gila. Lepas tu kasi internet connection dekat kawasan ni laju sikit. Eh bukan laju sikit tapi laju gilaaaaa.. serupa macam aku dekat rumah. Siap boleh marathon Youtube tanpa ragu-ragu. Kat sini, nak load portal pun tunggu berjam-jam. Siap boleh pergi beli nasi dekat gerai sebelah rumah lagi. Tu belum kata lagi nak bersosial dekat Facebook, nak mengutuk dekat blogspot, nak lepas rindu guna Skype dan segala haram jadah tu. Kasi laju haaaa....~

3) Bagi harga makanan dekat sini di selaraskan. Ada yang mahal, ada yang kurang mahal, ada pulak yang bila kau bayar kau akan cakap macam ni, " eh biar betul harga dia macam ni?!" tapi dalam hati kau bersyukur habis sebab jimat duit makan. Aku ingat dah duduk dekat negeri kecik ni harga makanan murah tapi macam lebih kurang je. In fact lagi mahal dari KL. Apehal?!

4) Bagi McD satu! Hehehehehe... Ini memang request paling true yang aku nak.


Jadi sekarang aku nak cari dekat mana aku boleh buat aduan. Jangan risau, ini untuk kepentingan kita bersama wahai kawan-kawan dan senior-seniorku. Walaupun perangai kamu serupa orang tak masuk sekolah.

Sekian terima kasih

p/s: tengah cuba ingat balik format surat rasmi. Senang nak tulis surat dekat MB nanti!

2 comments:

Alya Alicia said...

takde mcd ke babe? HAHAHAHA
kau duduk hulu mana doh? aku ada kfc, pizza hut etc etc etc :D:D:D

Madiha Ilham said...

ah diamlah kau.
negeri kecik ni mane boleh letak benda banyak2. nanti orang2 kat sini terkejut hahahahaha...