Perihal sejarah

Nak tanya, siapa orang Melaka dekat sini? Sila angkat tangan.

Baik, terima kasih atas kerjasama anda. Boleh turunkan tangan.

Semasa aku sedang menikmati home-made teh tarik bersama adik aku, tiba-tiba dia tanya,

" Kakak, kenapa Melaka tak ada Raja? "

Aku cuba fikir untuk berikan jawapan yang paling mudah dengan pemahaman budak umur 8 tahun. Tapi tak berjaya jugak. Hal-hal sejarah ni bukan boleh main ringkas-ringkas. Silap-silap terpesong cerita, habis. Jadi dengan perasaan ralat bercampur malas, aku jawab,

" Errm, benda ni susah nak cerita. Nanti Tia dah besar sikit Tia belajarlah. Akak nak cerita pun nanti Tia tak faham...."

Dia buat muka tak puas hati.

" Ala cerita jelahh..."

Fine. Berbekalkan ilmu sejarah aku yang aku dah tinggal hampir 2 tahun, tambah tolak darab bahagi dengan apa yang aku baca sikit, yang aku tonton, selit sikit dengan apa yang aku dengar-dengar, aku tarik nafas panjang.. dan mula bercerita.

" Dulu Melaka memang ada Raja, tapi, kan Portugis datang serang Melaka kan?? " aku tanya bagi peluang dia berfikir.

Dia angguk laju. Nampaknya dia tahu benda tu. Atau dia baru nak faham? Kurang pasti.

" Ha lepas tu, bila dah kena serang, ramai yang mati, jadi Raja dia lari ke Johor. Nak selamatkan diri punya pasal.. Tapi bila tengok Sultan Perak, Sultan Pahang, tu asalnya pun keturunan Sultan Melaka jugaklah tu.."
Yang part ni aku malas nak sentuh banyak. Nanti masuk cerita Tun Peraklah, Raja Kechillah, segala Daeng, habis migrain budak tu. Tu tak kata cerita Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang. Ahh sudah.

" Dia lari sorang-sorang ke? " dia tanya. Macam dah berminat.

" Takk.. dia ada la bawa orang-orang dia sekali.."

" Ohh... kenapa dia lari? Dia pengecut ke? "

Ahh sudah budak ni. Aku dah tak tau nak jawab apa lepas tu.

Ampun Tuanku. Takut kena tulah pula lepas ni.

p/s: Sorrylah adik, Sejarah Melayu akak tak khatam lagi. Hikayat Merong Mahawangsa pun tak jumpa-jumpa lagi. Cerita Tun Perak pun baru baca sikit. Hikayat Hang Tuah pun tak sanggup nak baca semua.

2 comments:

User123456788542 said...

you should be glad. sbb ade adek yg tanye sikit je. compare dgn sy, smpai kakak sy upah coklat kalo diam. hahaha. byk sgt soalan.

Madiha Ilham said...

banyak jugak benda yang dia tanya. tapi tak kisah kalau dia tanya benda2 yang logik, tapi bila sampai part mengarut rasa nak sumbat gula2. bg diam