'World Cup makin dekat. Semua kecoh. Tapi aku tak kisah pun.
Because I'm not that into football, mind you.
Masa aku kecik kecik, aku ingat lagi masa kali pertama aku tengok match bola sepak, benda pertama yang aku fikirkan ialah,
" kenapa bodoh sangat semua orang nak berebut satu bola yang sama? Dah dapat lepas tu tendang bagi kat orang lain. Beli sorang satu tak boleh ke??!"
Dan sampai sekarang aku masih tanya soalan tu pada diri sendiri..tapi tak sempat nak tanya dekat bekas kekasih sebab belum sempat tanya aku dah dumped dia. So aku batalkan niat tu dan simpan sahaja soalan tu untuk masa lain.
Semalam aku pergi makan dengan family aku, dekat restoran yang tak berapa dekat dengan rumah aku. Aku pun tak faham kenapa Ayah aku drive jauh-jauh nak pergi makan kat situ. Nothing special there. Seriously. Dan kedai tu tunjuk bola sepak, Manchester United vs Tottenham Hotspurr. Shit aku terpaksa dengar macam-macam jeritan sampai ada yang ke tahap macam jeritan perempuan kena ragut. Ohh itu lebih. Tapi aku terpaksa tahan dengar orang jerit-jerit sambil tengok bola. Oi tengok diam-diam tak boleh ke? Putus selera aku nak makan. Sampai aku tengok ada lelaki yang mulut potpekpotpekpotpek tak habis-habis duk ulas pasal bola, kritik tu kritik ni, suruh yang itu keluar, yang itu ganti, dan itu buat aku rasa nak pergi dekat dia dan cakap,
" Sir, why don't you replace Sir Alex Ferguson for a while? I think he needs a rest. Go, make Malaysian proud. Lepas hantar pengadil untuk World Cup lepas ni ada pulak yang naik jadi pengurus. "
Pengakirannya, Manchester United menang. 3-1. Tahniah The Red Devils.
Dan sebagai tanda protes sebab bola sepak dah tarik ghairah aku untuk makan, aku text kawan aku, peminat Man U tegar yang pernah aku kenal,
" Yeah, tahniah Man U menang. Haha."
p/s: Oh yea, after all aku sedar yang bola sepak pun boleh jadi analogi terhebat dalam hidup.
say,
" semua orang rebut-rebut tapi bila dah dapat tendang ikut suka"
I guess you get the meaning.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sokong444
ape yang awak sokong?
man u ke ape?
nut then. som people do have some interest aite? dun u think that most of da game just involving two players cathin up a ball. so do tennis. hahahahaha
Nurul Amelia Mustaffa: Yeah. tapi tak ada orang tengok tenis sampai jerit macam mintak penampar.
Post a Comment