Biggest secret

Pernah tak aku cakap, yang aku sangat teringin untuk jadi seorang ibu?

Mungkin ada, beberapa orang yang pernah dengar aku cakap macam tu. Mungkin kau, dia atau mereka.

Walaupun aku mempunyai jiwa yang agak kacau dan tersangat kompleks, namun semakin lama aku semakin sedar bahawa naluri keibuan ( fyi semua perempuan ada naluri ni. Jangan nak tipu okay!) aku semakin subur dalam jiwa aku.

Okay aku sedar aku baru 19. So what?

Dalam erti kata lain, aku masih ada sifat penyayang, tahu?
Aku dapat discover perasaan ni masa aku umur 16 tahun. Bila aku sedar yang seorang wanita mengandung tu sangat comel. Mula-mula aku ingatkan ini cuma mainan mata, tapi rupanya memang betul pun. Wanita mengandung itu sangat comel.
Sebab?

We're carrying another person inside us.

Dan bila aku dah belajar subjek Biology, lagi buat aku rasa teruja. Sumpah.
Proses kejadian manusia di dalam rahim itu sangat unik. Baru aku rasa kebesaran Tuhan masa tu. Bayangkan dari percantuman sel lelaki dan perempuan, boleh menghasilkan satu lagi kejadian yang dipanggil manusia.

Hebat kan? Subhanallah..

Mungkin juga, faktor sekeliling aku yang penuh dengan kanak-kanak  yang buat aku rasa macam ni jugak. Aku sentiasa dikelilingi oleh kanak-kanak, dari rumah, tempat kerja dulu, dan di mana-mana sahaja. Aku dah tak ingat.

Aku pun sentiasa terfikir, bagaimana rasanya ketika mengandung? Sakit? Teruja? Gembira?

Sebab tu aku rasa sangat terkesan bila aku baca surat khabar cerita pasal orang suka-suka hati buang anak merata-rata macam buang tin kosong. Kepala otak dia. Hmm. Amik kau.

Sebenarnya nak cakap, yang aku teringin nak pregnant. Untuk satu hari je. Lepas tu aku akan describe apa perasaan dia.

p/s: Oh God I need to find my man now. Tak tak ini ayat desperate. Aku belum pandai masak nasi beriani. So tak boleh kahwin lagi.

5 comments:

Amirah Cantik said...

kakak ipar aku penah kata. rasa mengandung?macam ada ikan berenang dlm perut kita.

. NURILLAHEE . said...

ahahah .
alamak , we're on d sme boat lah .
tyme cuti2 pnjg ni , tetibe lak ad urge nk kawen .
hahah

Madiha Ilham said...

tulahh. nak pregnant kena kahwin dulu.haihh.

ahraf said...

sumer prempuann memang fitrahnya adakeinginan cmtu ker?haha.pnh juga.bkn,selalu juga terpikir bnda2 pelik cmni.=D

Madiha Ilham said...

yeah. its in our thoughts maybe =)