Here we go;
Let's start from the basic,
Aku tak suka kalau orang eja nama aku salah. Contohnya, " Nurul Madihah bt Mohd Ilham." Sepatutnya, " Nurul Madiha bt Mohd Ilham. " Hah, kan beza tu?! Madiha ialah aku dan Madihah ialah orang lain. Got me?!
Cuba kalau nama kau " Joy " tapi aku eja JOYAH. Apa kata kau? Rasa nak lempang kan?
Ini mungkin statement berlagak dan poyo tapi aku peduli apa, aku nak cakap jugak.
Aku tak suka dengan orang yang tak tahu nak hormat orang lain yang sedang beribadah. Macam bila kau tengah solat atau mengaji, orang lain pasang lagu. Eventhough perlahan, tapi still boleh dengar. So, secara tak langsung masih mengganggu kan?! Takde common sense langsung. Tu pun nak kena ajar ke? Gila keji perangai.
Kalau pasang earphone boleh? Tu nak pasang sampai level maksimum pun tak kisah. Lantak la telinga kau bukan telinga aku.
Seterusnya, mungkin nampak kelakar tapi bila jadi selalu jadi sesuatu yang merimaskan.
Aku tak suka orang yang kelam kabut. Mungkin itu sifat semulajadi kau dari dalam perut ibu kau lagi tapi janganlah tunjuk perangai tu depan aku. Chill je boleh tak? Kau ingat perangai kelam kau tu boleh selamatkan keadaan ke? Ataupun kau ingat comel kot bila jadi kelam kabut. Okay aku cakap sebenarnya tak comel langsung pun perangai tu.
Yang ini pula, mungkin nampak aku seorang yang keji gila tapi memang betul pun. Aku perlu cakap kalau tak orang tak tahu.
Aku tak suka kalau orang yang melucah tak tentu hala. Contohnya bila belajar tajuk reproduction tiba-tiba jadi excited tak tentu hala. Ataupun kalau sedang bincangkan topik-topik yang agak berat ke arah itu tiba-tiba otak dia jadi biol kejap. Takpun, senang cerita, narrow minded.
Aku tak kisah kalau nak bercakap tentang benda-benda tak senonoh tu dengan aku. Tapi sekurang-kurangnya biarlah nampak macam berilmu sikit.
Aku akan mudah untuk hilang hormat dengan orang macam ni.
Kemudian,
Aku tak suka kalau orang yang menggunakan bahasa dengan gaya yang sangat teruk. Aku tak kisah kalau dari segi tatabahasa yang rosak tapi tolonglah gunakan ejaan yang betul. Tahu tak, otak aku malas nak translate bahasa-bahasa alien ni?
Okay aku cerewet gila. Tapi ada aku kisah?!
Seterusnya,
Aku tak suka dengan perangai sesetengah orang yang tak tahu nak behave ikut kesesuaian tempat. Aku tak kata aku baik gila macam malaikat yang suka buat muka suci tapi at least gunakan otak yang dah sama umur dengan kita. Kalau umur kau 19 buat macam cara orang 19 tahun. Jangan jadi macam budak 9 bulan. Tapi janganlah tunjuk matang terlebih pulak nanti orang kata kau alien dah terasa pulak. Just behave yourself ok?
Sebab bila kau tak reti nak behave especially dekat public jadi sesuatu yang sangat annoying kepada semua orang.
Ibu aku selalu cakap " perangai tu elok-elok sikit. Nanti kalau orang tengok tak elok kata mak bapak tak ajar pulak " Okay kali ni aku setuju dengan Ibu aku.
Aku tak suka bila broadband punya lampu jadi colour hijau. Tu tandanya connection slow macam siput. Nanti nak load video dari youtube slow sangat. Bayangkan nak tengok video clip 4 minit jadi 30 minit?! Haih. Cubalah lampu dia biru sentiasa. Rasa aman tenteram je hidup aku.
Ouh lagi satu,
Aku cukup tak suka orang pinjam buku aku tapi buat macam buku tu kau beli guna duit elaun kau. Bila tak bagi pinjam kata aku kedekut, tapi bila pinjam buat buku aku macam belacan. Aku tak suka ada kesan-kesan lipat dekat buku aku. Gunalah apa sahaja jadi bookmark kau. Okay?
Ada di antara perkara-perkara yang aku cakap di atas buat kau terasa?
Siapa suruh buat aku rasa annoying.
Marah?
For your information,
I don't give a damn.
p/s: nak nyanyi lagu Gives you Hell.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sgt sokong bab solat...sgt mganggu..
Post a Comment