Aku perlu duduk dan berfikir sebentar, mungkin mencuri masa 24 jam yang Tuhan berikan kepada aku untuk lakukan perkara ini.
Bukan sesuatu yang keji, seperti yang lazim yang aku lakukan.
Aku sedang mengerahkan sel-sel otak aku bekerja lebih masa. Mungkin sikit masa lagi mereka akan mogok tapi aku cuba untuk menjadi lebih tegas dengan mereka.
Berfikir.
Apa yang aku patut buat agar aku mampu lakukan pelbagai tugasan dalam satu masa yang sama?
Yeah.
Mungkin aku patut bangun dan mulakan kerja aku. Jangan bertangguh.
Fikir tanpa menggerakkan tubuh tak menghasilkan apa-apa.
Aku tahu tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment