Persoalan hidup pt 2.

Pelik kan, kalau kau pakai telekung tapi kau segan nak jalan dekat public padahal bukan pelik pun kau pakai telekung tapi bila kau pakai baju tak cukup kain or benang bangga pulak nak tayang dekat public?

Erhh.. abaikan. Cuma nak cari jawapan kepada soalan ni. Tu je. Ada siapa-siapa yang ada jawapan? Sila tulis dekat wall facebook aku. Haha.


Hari ni aku rasa aku dah jatuh suka ( crush kot ) dengan seseorang. haha. Tapi aku tak nampak muka dia. Aku cuma dengar suara dia je. Suara dia masa dia lead zikir dan bacaan Yasin lepas maghrib tadi. Wahh aku rasa melayang dan tenang sungguh. Betul. Aku tak tipu.

Kalau kau ialah orangnya dan kau sedang membaca entry bosan aku ni, sesungguhnya aku dah jatuh hati dengan gaya kau dan suara kau tadi. Terima kasih sebab bagi aku ketenangan untuk hari ini. Aku berhutang dengan kau. Walaupun tak nampak muka tapi dapat dengar suara pun jadi lahh kan?

3 comments:

m.k.z.e said...

mungkin suara tuan iman

Madiha Ilham said...

hahaha. mungkin jugak

Anonymous said...

Terima kasih sebab bagi aku ketenangan untuk hari ini. Aku berhutang dengan kau. Walaupun tak nampak muka tapi dapat dengar suara pun jadi lahh kan?

//----
spttnye terima kasih tu untuk allah swt..bkn pd si dia yg melafazkannyer..
adekale kite berterima kasih kpd doktor yg selamatkn nywe mnusia pon da boleh jd salah..