Kita dan masa lalu

Ouh malam ni aku bukan nak mengarang puisi macam dalam buku Komponen Sastera Tingkatan 1,2,3,4 atau 5 tapi sekadar ingin yelahh...mengeluarkan satu lagi postulate yang gila tahap boleh tercabut saraf.Eh tak...tak..

Okay proceed with the story Madiha.

Today I went to my Opah's house at Ulu Kelang or UK.Tujuannye nak tolong Opah kemas umah dia sebab since that tangki rumah dia dah pecah and rumah pun takde la kena hanyut ke Ampang Pecah.Yelah rumah dah dekat 30 tahun tapi still pinggir KL(hahaha..tu yang aku bangga tu KAMPUNG dekat KL wehhh..!!!).

Tengah kemas-kemas tu,banyak gila barang-barang peribadi milik Ibu dan Mak Long yang aku jumpa.Well Mak Long punya takde la banyak sangat cuma bersepah gila buku fizik yang buat aku macam nak maki buku tu bergelen-gelen sebab tak faham.Sepatutnya anak dia amik buku tu(ade ke kate blaja fizik macam nak nangis?ape la kau Ali..mak kau blaja ok je wehh!)

Yang paling aku tak tahannya,aku banyak gila jumpa kertas TUTORIAL MATHEMATICS milik Nor Asmah bt Hassan.Yeah.Ibu la tu wehh.Aduhh..sebijik macam pe yang aku blaja mase sem 1.Ouh cume bezanya dengan aku punya ialah tulisan yang LEBIH KEMAS dan TERATUR.Kalau aku jadi lecturer yang tanda sumpah aku bagi full mark sampai tak payah tengok method just tengok last answer je hahahhh.

Lepas tu aku ada gak jumpa such a big scrapt book.Tebal.Aku ingatkan buku apa.Sekali aku angkat berderai-derai kad jatuh.Eyhh...macam menarik.Aku pun selak la sehelai demi sehelai.Berpuluh-puluh keping kad.Dari sekecil-kecil poskad sampai la sebesar-besar dan secomel-comel kad.Poskad dari Australia je dah bape keping.Dari orang yang sama sampai 5 keping sekali hantar.Haih.Tapi yang aku bengangnye susah nak bace la tulisan orang lame-lame nihh.Berangkai sangat.Berseni sangat pun susah.Haha

After that aku tengok pulak buku 'Asas Kimia untuk Pre Universiti dan Tahun Pertama'.Yeah di sini aku rasa sangat bangang tahap langit ke tujuh sebab buku tu dalam bahasa Melayu dan aku belajar dalam English!Kalau la buku tu English dah lama aku rembat dan jadikan waris anak saintis.Hahahah.eh tapi macam tak guna je aku amik sebab tu silibus sem 1.Physical Chem.Ape kejadahnye nak amik kan?!Kau tengok balik segala Acid bases,conjugate2 dan segala alah ape ntah,then nak kira kadar kelarutan(eh ape nih),larutan tampan(in English we call buffer ok) and so on.Sumpah aku tak ingat.Tapi yang paling tak tahan dalam bab Electrolysis.Yeah we studied anode,cathode,electrode and blablabla...dalam Malay pun same tapi terma dia lagi membunuh dan rasa nak bakar buku tu lepas tu abu dia campak dalam sungai Gombak.Eh tak boleh mencemar sungai..haish~

Banyak la jugak buku yang aku belek-belek.Dari agama sampai la akademik.Dari majalah kolej sampai la kertas kira-kira.Nak tergelak-gelak aku.Tambah pulak cerita dari Opah yang aku tak pernah dengar sebelum ni.(okay aku harap the other boys tu tak jeles!).

Akhirnya aku terfikir mase nak drive balik ke Frim.Agak-agak la kan..kalau anak-anak(emm..bunyi macam ramai)aku selongkar balik khazanah aku ape la agaknye yang dia jumpa kan?!

Nak kata diari..aku dah bakar diari aku.Bersama dengan dendam yang ketika itu membusuk dan membuak-buak sampai nak meletup dada aku.Ouh jangan fikir lucah pulak nanti otak jadi kuning.Lagi?Kad?hmm..ade la orang bagi beberapa keping.Contohnya dari Ibu dan Ayah.Birthday dengan Well Done mase PMR(since that tu je yang aku straight A f.y.i),lepas tu ade la yang kawan-kawan aku bagi,kad raya,dedication card dari SBP lain dan MRSM..(ade ke?ouh ade2....),then bookmark yang Faradib bagi kat aku mase form 3.Erm...lagi ape ye?Tak ingat la.Tapi yang pastinye takde la banyak sangat pun.

Ye la...sekarang nikan semua di hujung jari namun bukan hujung tanduk sebab dalam pepatah je wujud telur di hujung tanduk.Aku tau la telur sape dia maksudkan dan tanduk siapa yang dia nak kata.Tapi aku boleh kata orang dulu pun boleh tahan lucah dia.Cuma ye la...malays kan.Semua nak bermadah kata berseloka.Haih.Ni dah jauh nihh...

Okay kembali ke bentuk asal ye.
Ye la...sekarang ni kan semua di hujung jari je.Aku dah kurang meluahkan idea-idea yang makin mengarut di atas kertas cuma kadang-kadang idea nak jawab Math tu ade la tapi tak banyak.Then wish bday pun mostly sekarang orang guna SMS je.Same la dengan SMS raya sampai aku dah tak larat nak tengok dan baca.Penyudahnya aku delete or even worst aku auto delete je.Haha.Tak la.Mane ade...aku bace la..Then bday wish pun aku still simpan dalam inbox aku.Tapi tu la...sekali hp kena reformat nanti confirm terpadam semua tu kan?!So ape aku nak buat benda yang boleh jadi kenangan aku ketika zaman gila-gila remaja aku?!

But the most important thing is,my children would never see my tutorials.Especially Maths sebab tak penah buat pun!! Kalau Chem dengan Bio tu ade la jugak daya dan tenaga dalaman nak buat sebab lecturer Chem akan selalu attack aku macam Ultraman.Tapi math...alahaii...ouh aku baru teringat satu perkara.

Patutnya aku jumpa benda-benda tu sebelum aku exam.So that aku boleh menghafal steps dan method sebab kalau nak harap latihan mampus tak tau.Ape la sangat partial fraction,limit lepas tu pengkamiran(dalam English Integration okay students!) tu kan?! Huh.Ouh ye tadi aku tak jumpa pun buku biology..ade la...tapi genetic.Haih gila ape mane aku nak faham.Kalau Solomon ke,Campbell ke...boleh la aku rembat dan tak payah beli lain.Lagi satu aku berdendam gila sebab Ayah penah kata dia ade buku Solomon Chemistry 3rd edition.Lantak la edition ke berapa sekali pun sebab aku nak contents dia bukannya apa pun.Sama je.Tapi takkan la nak selongkar stor pulak kan?!

Haih.

p/s: tiba-tiba aku teringin Secret Recipe.Sape nak blanje aku wehh?

2 comments:

syerrrarashid said...

pengkamiran dan larutan tampan
wah.
hebat~
hahahaha
kalau dah ade org nak belanje kau secret recipe,
suruh orang tu belanje aku sekali ah.
huhuhuu
:D

Madiha Ilham said...

hah.cantek2.yaya la kot orgnye tuh.haha