Naikkan dan sebarkan ke seantero dunia

Sejak kebelakangan ni kecoh gila kata harga rokok tak naik sebab tak diumumkan dalam Belanjawan 2010.
Well...
Seronok la segala perokok dan perosak udara sebab boleh boleh beli rokok berkilo-kilo lagi kan.Ye la.Nak bunuh diri secara bergaya bukan?!

Tapi...
Lepas tu ade pulak insan mane ntah yang syorkan agar harga rokok dinaikkan antara RM30 bagi setiap 20 batang rokok.Kiranya kalau cincai kira dalam RM1++ la sebatang.Maaf sebab mathematic aku lemah gila.Kalkulator takde kat tepi.

Rasionalnya di sini,kenapa nak naikkan harga rokok??

Bilangan perokok semakin ramai.Dari budak sekolah umur 12 tahun sampai la pakcik tua yang dah kategori veteran terlajak pun merokok kan?Jangan nak tipu ini realiti.Bilangan perokok wanita pun bertambah.Ape yang seronoknye merokok sampai sekarang aku tak tau.Dan tak nak tau.Macam makan coklat ke?!At least tu rasa macam kissing and having sex(errr but then aku BELUM pernah having sex harap maklum).

So di sini kita nampak bahawa rokok dah jadi sesuatu yang mampu dimiliki oleh setiap peringkat umur.Seingat aku la..mase aku sekolah harian dulu,dalam 50sen kau dah boleh dapat rokok sebatang.Tapi yang biase la kan.Yang mahal tu aku tak tau berapa.

See?
Let say mak dan ayah kau bagi kau pocket money RM2 per day kan.So kau spend untuk makan dalam RM1.50 dah la or less (mungkin sebab kau nak beli iPhone ke hape) then the remaining kau beli benda haram jadah tu.

Itu budak sekolah yang masih makan hasil mak bapak.(well aku pun same even elaun dapat).Ni kita kira pulak golongan yang dah bekerjaya dan secara automatiknya mempunyai sumber kewangan sendiri.So akan keluar dialog macam ni,

"eh duit aku,suka hati aku la kann nak spend kat mane?!"

Iye la....tapi jangan la spend dekat benda yang boleh bunuh kau.Em yeah kalau kata hari-hari kau telan KFC pun boleh membunuh jugak sebab high cholestrol and heart attack due to blockage inside your blood vessels(ayat skema buku) dan etc etc etc.

Okay tutup pasal rokok.Itu satu hal.
to the smokers..
lu pikir la sendiri ye!!
kau berhutang udara segar dengan anak cucu kau..termasuk aku.

Lepas tu aku terbaca mengenai pemanjangan tempoh masa disko untuk tarik pelancong.Ini lagi satu hal yang aku rasa macam orang-orang ni tak habis SPM je.Ingat dekat selangor ade disko je ke?Banyak je lagi tempat yang boleh dijadikan tempat pelancongan.Kalau macam tu panjangkan la masa operasi Muzium Kesenian Islam.(tapi ni kat KL.jz sebagai contoh)Baru betul tarik pelancong.Pada aku la...kalau setakat nak disko,dekat Europe and AS tu bersepah-sepah club dan disko.Masalahnya...yang nak buat tu Islam wehh...ye la aku bukan nak kata aku ni alim gila taraf ulama besar tapi fikirla...disko??
Erm..
Aku rasa nanti bukan pelancong yang ramai dalam tu.Sebab tourist lagi berminat nak pegi Pulau Sipadan,Pulau Redang,Pulau Tioman dan segala pulau yang ade serta tempat lain yang lebih menarik kan?!
Cuma aku takut yang memenuhkan pub and disko tu ialah pelancong dari dalam negeri la.Yang tak reti-reti nak tido dan asyik berpesta hingga dinihari.Yang penuhkannye anak-anak Melayu,yang ber'bin' dan 'binti'.Dicemari dengan dadah dan arak.Then berlambakla gadis-gadis yang buat strip dance konon la perasan macam Pussycat Dolls then golongan gay dan lesbo pun membiak serta bermitosis dalam tuh.

Itu ke nak tarik pelancong?
Propaganda apakah ini?

And the worst part is,penjualan arak dan kondom akan diperluaskan.

Untuk penjualan kondom,untuk menggalakkan safe sex among the citizens.Okay siapa yang baca tulisan Dr Ridhuan Tee dalam paper Mingguan Ahad lepas boleh rujuk balik.Aku malas nak link kan dia sebab dia bukan macam Link Reaction dan tak boleh menghasilkan ATP malah guna ATP ketika membaca.Okay mengarut.

Kalau kita lihat kegunaan kondom tu sebenarnya,dari segi biologynya,(yeah since that I'm biological science student kan),adalah untuk menghalang dari pihak perempuan dari mengandung atau termengandung atau apa sahajalah yang boleh menyebabkan pertumbuhan zygote dalam uterus wanita.

Ironinya di sini,sebagai remaja yang sudah berusia 18 dan sudah belajar sedikit sex educational in school dulu,aku ingin berkata dari sudut my own point of view.Bukan untuk blame anyone tapi sekadar postulate yang dikeluarkan dari otak yang berkarat ni.

Menurut Dr Ridhuan,(dan secara logik akalnya)golongan yang menyokong dasar ini ialah golongan wanita yang tidak menggunakan kondom.(whutdaheck!ok aku pun dah pening sebenarnya).Kalau golongan yang dah berkahwin,akan merancang keluarga sebaik-baiknya tapi kalau dah terkeluar tu kira rezeki dari Allah la kan.Tapi di sini,penggunaan kondom telah diterbalikkan dan tidak keterlaluan untuk disalahgunakan.Kondom dalam kalangan kita telah mengharamkan pregnancy(aku tak tau nak cakap dalam Malay macam mane?)dan menghalalkan free sex.Yeah.Betul kan?Ok plus...safe sex.

So lepas ni..kalau dah jual merata.then buat cenderahati or door gift pulak macam kat Thailand.Alang-alang menyeluk pekasam,biar ke sampai ke pangkal lengan bukan?Sekarang ni pun dekat mane-mane pun boleh dapat.Jangan nak tipu la kate tersorok.Depan kaunter ade kau nak kate ape dekat aku?!
Dah la packaging macam gula-gula.Sampaikan aku dengar cerita ada budak tu ingat tu ialah gula-gula,based on what his father told him.Aku takut kang budak tu mintak pulak kang ape mak bapak dia nak jawab?!

"Ala....boy(bukan nama sebenar) nak yang gula-gula yang kaler-kaler tu"

"dekat mane plakk..."

"tepi kaunter tu la..cm best je..orang nak yang tu.."

Ha..kan ke susah?!
Aku dengar pun sekarang ade budak sekolah yang beli tapi tak tau untk ape.Nak explore ke?tu la..orang suruh belajar sains tak nak.Further bio then kau nampak segala yang kau rasa tak nak nampak pun ade.Ni takat explore sendiri alaaaa..ape la rase sangat.(di sini kau boleh cakap sebenarnya budak bio sangat la tak betul)

Okay the last part is arak.
Arak
Nabi kata punca segala kejahatan
Ini betul
Sebab bila kau dah mabuk amat susah untuk kau kenal anak,bini,sedara mara,jiran tetangga,kucing dan sebagainya.Mungkin lepas ni dadah pun akan lepas dan tak payah jual dalam black market dah.Alang-alang minum arak baik hisap dadah terus kan?!
Lepas tu dah mabuk mula nafsu merajai diri.Tu yang sampai kau boleh sebat sape je kau nampak depan mata kau.Mungkin anak kau tapi yang kau nampak Beyonce or Mariah Carey dengan aset yang tak beragak tu.Kisah dahulu banyak dah buktikan,arak ialah punca segala kejahatan.Well kalau tak minum arak pun still boleh jadi jahat tapi itu belakang kira ok?
Mase zaman Nabi pun ade buktikan bahawa ada yang sampai tersasul-sasul ketika membaca Surah Al kafirun dalam solat.Sampai mengubah makna surah itu tersendiri.Di situ la turunnya perintah yang mengharamkan arak dalam Islam.

See?
Its obvious kan?
Masalahnye yang nak buat semua ni Islam.
Lantak la ape pun fahaman politik dan alasannya sekalipun;
Untuk meningkatkan taraf ekonomi negeri?
Ahh...retorik je tu
Kalau jual hasil haram,duitnya haram la kan?Then nak bagi rakyat guna hasil haram tu?
Dah la katanya duit zakat boleh kongsi-kongsi.Aku tak pasti sejauh mana kesahihannya tapi yang aku tau duit zakat hanya untuk orang Islam je sebab tu je la sumber kewangan yang boleh membantu umat Islam dari umat Islam.

So ringkasnya di sini,
rokok,arak,kondom,disko,etc etc
benda haram jadah yang mungkin boleh memberikan idea kepada sesetengah orang yang mengamalkannya tapi tak mustahil kalau la kan maruah anak bangsa tergadai dek kesilapan kita dalam mencatur masa depan mereka.

p/s:benda dah senang kenapa nak susahkan?!

No comments: