Keliru

Aku tak pasti sama ada aku sahaja yang rasa benda ni, atau kau pun rasa jugak benda ni. Tapi aku rasa benda ni normal. 

Boleh jadi, dalam satu masa kita boleh:

jatuh cinta dengan penulisan seseorang,
jatuh cinta dengan suara seseorang,
jatuh cinta dengan petikan gitar seseorang,
jatuh cinta dengan kebijaksanaan seseorang,

atau mungkin,

jatuh cinta dengan seseorang.

Tapi pada satu tahap juga, kau kena kenal pasti sama ada kau sebenarnya benar-benar jatuh cinta, ataupun hanya jatuh suka.

Sebab aku baru tahu, untuk jatuh suka itu perkara mudah. Tapi untuk jatuh cinta tu bukan mudah.

Jangan keliru. Sebab bila kau keliru, kau akan mengejar benda yang tak pasti. Dan kau akan mudah untuk jatuh kecewa.
Sebab kau mungkin sebenarnya hanya suka pada satu perkara tentang dia, bukan semuanya. 

No comments: