Cerpen 2 : Sehidup semati


"Kenapa kau tinggalkan aku sayang?" gumam Mariah sambil merenung sekeping foto di tangannya.

Foto dia bersama bekas kekasihnya, Faizal. Keduanya tersenyum ria ketika masing-masing sedang asyik menyulam cinta. Sudah berjanji setia mahu sehidup semati katanya. Namun sejak seminggu lepas Faizal meninggalkannya secara tiba-tiba, katanya di kampung emaknya sudah pinangkan seorang gadis desa untuknya.
Makanya sebagai anak yang baik, harus menuruti perintah emaknya. Syurga sang anak di bawah telapak kaki sang Ibu. Derhaka sang anak, celaka hidup hingga ke akhirnya.

Mariah mengesat air mata di pipi. Belum sempat pun kering, sudah turun air mata yang baru. Sudah hampir seminggu dia berendam air mata, sejak Faizal menemuinya untuk kali terakhir dan kemudiannya menghilangkan diri.

Itu cinta hatinya. Cinta mati.

"Tak apa sayang, biar tak bersama sekarang. Aku harap kita kan bersama di alam 'sana' nanti," bisik Mariah perlahan. Tangannya mencapai gelas di sisinya. Isi dalam gelas diteguk rakus. Hingga habis. Bersisa merah di sekeliling bibirnya.

"Aku tak sabar mahu bersamamu sayang. Tunggu aku. Kan kita dah berjanji nak sehidup semati?"  bisiknya lagi antara dengar dan tidak. Mayat Faizal sudah kaku di hadapannya. Darah Faizal sudah menyatu dengan darah dalam badannya.



Pisau sudah di tangan kanan. Mariah menarik nafas dalam.
"We'll be together sayang. I love you". Lantas dikelar pergelangan tangan kirinya.

Selang beberapa saat. Gelap terus pandangan.
Mariah sudah menuruti Faizal ke alam 'sana'.
Sehidup semati.

No comments: