Family matters #2

Sekarang ni semua orang (?) sedang sibuk nak mohon JPA. Aku pun dengan muka kurang tahu malu pun memasang niat nak mohon jugak. Mana tahu rezeki bulan Ramadhan ni boleh merasa makan duit biasiswa ke? Around 5k per semester, siapa tak nak woi?!

Sekarang dunia hujung jari, semua apply guna online je. Nak start mengurat pun boleh guna online je tapi itu cerita lain. Aku pun mula isi borang..maklumat diri...yadda..yadda..yadda..


sampai part maklumat parents, aku stuck. Macam-macam jenis nombor dia mintak. IC lamalah, no income tax lah, itu ini. Mengarut betul. Aku pun sms Ibu dan Ayah aku nak mintak segala jadah nombor-nombor tu.

Tiba-tiba malam tu Ayah call, kung kang kung kang menyembang..tiba-tiba dia tanya,

"Mintak JPA ke..? Ala tak payah lah..orang tu tengok Ayah punya income pun dah tak layak dah..bagilah dekat orang yang lebih memerlukan...."

Memang betul apa yang Ayah aku cakap tu..ada lagi insan yang lebih memerlukan duit biasiswa.







Tapi sebenarnya aku tau Ayah aku malas nak pergi cari segala jadah nombor income tax dia, nombor pencen dia, dan macam-macam lagi. Kalau dia boleh up lagi elaun bulanan aku ok jugak.

1 comment:

Anonymous said...

ohmaigoddd. ini sgt btol. same je mcm ayah aku. ahah