Biskut raya

Esok baru 2 Ramadhan, tapi Ibu aku dah bising suruh pergi cari resepi nak buat biskut raya.

Ini kali pertama Ibu aku semangat sangat nak buat biskut raya memandangkan aku sedang cuti dan aku memang selalu menjadi pengujikaji menu masakan-masakan baru yang dia nak. Bukan patutnya dia yang patut masak ke? Tak apa, abaikan.



Jadi beberapa hari sebelum Ramadhan hari tu aku dah mula tanya biskut apa yang dia teringin sangat nak dibuat. Macam aku kata tadi,setiap kali dapat resepi baru mesti aku yang dikerah untuk merealisasikan impian tersebut.
Di minda aku sudah terbayang biskut-biskut high class yang sangat sedap dan menarik perhatian. (perhatian, sekiranya anda sedang berpuasa dilarang untuk membayangkan makanan ini, makhruh!)



Dan sebagai anak yang baik, aku mulakan dengan proses soal jawab,


"Ibu nak biskut apa?"



"Biskut Mazola, yang kacang tu.."



Tiba-tiba aku rasa hati aku disayat pilu..kalau biskut Chocolate Chips pun aku boleh terima lagi.

1 comment:

ღKekunangpelangiღ said...

Takkan tak boleh kot.. haha