Imbalance

Sedang berada dalam fasa ketidakseimbangan hormon yang sangat kritikal.

Mahu tahu sebabnya kenapa?

Tak perlulah aku beritahu. Kalau kamu selalu bersama perempuan mungkin kamu akan tahu yang kami ada pasang surut dalam mood.

Okay cukuplah aku bagitahu. Yang lain boleh google sendiri.

Oh lupa nak bagitahu satu perkara lagi. Hari ni aku mengalami hari yang agak teruk. Tapi bolehlah masuk ke dalam kategori yang dikatakan sangat teruk.

Kamu tahukan kalau perempuan mengalami perubahan mood melampau atau dalam bahasa orang putihnya "mood swing", usah diusik hatta seinci pun perasaan perempuan tu kan?? Macam tu lah aku rasa hari ni. Aku rasa semua orang macam sangat irritating (eh tapi memang betul pun).

Aku pulang ke rumah setelah aku rasa macam aku sangat tidak larat untuk ke kelas petang ni. Dan aku mengambil keputusan untuk berehat dengan aman tanpa mahukan sebarang gangguan. Akan tetapi, tidurku diganggu gugat oleh bunyi tangisan dan suara-suara yang seakan mumbling.

Aku ingatkan mp3 aku dah lalok sampai boleh keluarkan suara orang menangis. Cukuplah handphone aku buat hal. Takkan dia pun nak buat hal jugak?

Ah. Ini sudah kacau.

Aku angkat kepala tanpa rela. Ada figura manusia di tepi tingkap. Rupanya ada perempuan lain yang sedang teresak-esak menangis sambil bercakap di telefon. Aku rebahkan diri semula.

Buang masa aku je bazirkan masa tidur aku. Tahu tak masa tidur aku tu sangat berharga? Yang dia pergi menangis teruk-teruk dekat aku tu apa kes?

Mesti kamu tertanya kenapa aku tak meluru ke arah rakan sebilik aku dan pujuk dia. Mesti kamu kata, "aih, kejam gila Madiha ni..."

Betul kan? Jangan nak temberang aku.

Sebabnya,

pertama, aku memang tak ada mood nak layan sesiapa pun.

kedua, aku dah selalu sangat tengok budak tu menangis sebab lelaki. Dah naik menyampah.

ketiga, aku malas. Lagipun aku takkan dapat apa-apa kalau pujuk dia pun. Lagi menaikkan darah aku adalah. Sebelum aku pun menaikkan tangan aku tanpa ragu-ragu, baik aku diam dan angkat bantal aku dan sambung tidur.

Mesej di sebalik cerita, kalau room mate kamu (bagi yang perempuan) dah selalu sangat merengek menangis tak tentu hala sangat pasal jantan, nasihat aku tak payahlah layan. Buang masa. Kau dah pujuk bagai nak rak lepas tu masa seronok dia lupa jugak dekat apa yang kau cakap.

Kadang-kadang bagus juga bila tengah mood swing ni rupanya. Semangat individualisme sangat membara!!

No comments: