Minggu depan aku akan mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Perlis, untuk pengajian Bisnes selama 3 tahun. Hons dalam Kejuruteraan Keusahawanan atau nama glamournya e-ship.
Padan muka aku dapat pergi jauh-jauh. Lepas tu belajar benda yang tak pernah aku tahu sebelum ni.
Dah rezeki nak buat macam mana. Nak teriak pandang ke langit marah-marah pun tak guna. Kena sambar petir nanti padan muka aku. Dapat sambung belajar ni pun cukup baik.
Allah! Aku terlupa hari ni ada gerhana bulan! Tak ada rezeki nak tengok. Tak apalah, lain kali. Kalau umur panjang.
Ramai yang mengeluh, bila sampai bab yuran. Yuran universiti bukan macam yuran sekolah rendah. Paling-paling hero pun, yuran PIBG untuk satu keluarga. Lepas tu adalah sikit, insurans diri, kelas agama, kad ko-ku, buku itu, buku ini. Cincai kira adalah dalam RM40. Lepas tu kerajaan mansuhkan yuran sekolah, lagilah mak bapak yahooooo kuat-kuat.
Masuk yuran universiti, semua jadi tak tentu hala. Mana nak korek sampai RM2000++ lepas tu letak depan kaunter pendaftaran? Lainlah kalau mak ayah kau ada lombong emas dekat Burma bolehlah cerita banyak. Itu tak masuk lagi kos sara hidup bulanan, makan minum, rumah, pengangkutan, yuran setiap sem, duit nak meronggeng lagi, top up lagi dan segalanya yang bersifat duniawi. Sebab akhirat esok tak guna duit pun.
Jalan senang, ramai yang memohon PTPTN. Pinjaman duit untuk kegunaan belajar. Maklumlah, bukan macam zaman kolej dulu, dapat elaun tiap-tiap bulan. Goyang kaki dekat meja study main fesbuk je duit dah masuk. Sekarang ni, lu goyang kaki, lu dapat penat je. Lain boleh kirim salam.
Tapi yang kurang solehnya, bila dapat duit PTPTN ni, aku tengok bukan guna untuk belajar, guna untuk upgrade dengan handphone baru. ( aku pun masa dapat elaun pun joli jugak beli buku entah apa-apa, tu tak masuk makanan dan kasut). Lepas tu dah habis belajar kena bayar balik. Dengan bunga yang tinggi. Kalau dapat yang liat nak bayar, memang nak kena bantai dengan ranting pokok. Ini lagi menambah ketidaksolehan masyarakat zaman sekarang ni.
Tapi Ibu aku awal-awal dah cakap, aku tak perlu buat pinjaman PTPTN. Guna duit sendiri errr tak maksud aku guna duit Ibu dan Ayah aku untuk degree ni. Tapi bila aku tengok syarat minimum pun, purata pendapatan keluarga kena RM4000. Tak apalah, orang lain lebih layak nak dapat pinjaman. Insya Allah Ibu Ayah aku mampu tanggung aku di universiti dan adik aku yang masih sekolah.
Ini satu petanda hebat. Aku perlu buat belanjawan awal dari sekarang, berapa banyak aku belanja seminggu, ke mana pergi duit aku nanti, segala keperluan dan kehendak, nafsu dan semuanya sekali.
Dulu aku kira-kira secara kasar aku belanja RM50 seminggu, normal ke tu? Termasuk makan minum, top up, aiskrim, air 100 plus tiap petang.
Ikat perut nanti okay Madiha!
p/s: tak sia-sia dapat bisnes. Kena belajar organise money flow ni!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
haha..good, jangan berhutang dengan orang yang tidak dikenali.
baik cikgu!
kak madihah,
qida pun tengah sengkek kat u nie... ngaaa... good luck kat perlis!!!^_^
Ala.. takat sengkek tu perkara biasa. Pernah sekali ada RM1.50 je dalam wallet. nak pinjam kawan rasa segan. Ohh rasa nak nangis bila teringat balik kisah tu!
Post a Comment