Ode

Aku tak pernah terfikir yang aku akan berada di mana aku berada sekarang ni. Serius.

Aku tak pernah terfikir yang aku akan jadi seperti apa yang terjadi sekarang. Sebetulnya.

Dan aku tak pernah tahu apa akan terjadi pada esok, lusa ataupun beberapa saat akan datang. Mungkin akan mati atau ada yang baik hati nak bagi aku duit RM1 juta tanpa ragu-ragu.

Aku juga tak faham kenapa hidup suka jadikan aku sebagai bahan eksperimen yang terbaik. Tapi kebanyakannya menghasilkan keputusan yang kurang baik.

Aku rasa aku mula kenal dengan hidup ketika usia aku 15 tahun. Sebelum itu, aku tak pernah nak ambil kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling. Nak terbalik ke, tertunggeng ke, apa ke, memang aku tak pernah kisah. Sebab aku tak pernah nak rasa yang aku perlu kisah.
Aku rasa masa aku umur 15 tu ialah masa aku yang paling hebat. Yang mana yang hebat, aku pun tak tahu. Tapi aku rasa aku hidup dengan begitu hebat ketika itu. Yeah, 4 tahun dulu punya cerita. Kamu ada di mana ketika tu? Masih ingat?
Masa itu jugalah masa aku berhadapan dengan pelbagai konflik dan ancaman masa. Orang lain sibuk berulit dengan buku, aku masa tu lah jugak pening-pening fikir isi-isi perbahasan, pidato, syarahan, perlawanan bola jaring antara blok dengan makcik-makcik komuniti kejiranan dan masa tu jugaklah aku buat kamceng dengan budak-budak yang tak tentu hala dekat sekolah. Bukan apa, senang nanti kalau-kalau nak ambush masa dia orang buat jenayah murahan dekat sekolah. Maklumlah, barua cikgu dulu....

Ibu dan Ayah aku bising gila sebab lagi dua bulan nak PMR aku dengan steady lagi masuk pidato. Steadylah masuk dewan pertandingan bawa skrip sebab skrip baru buat 2 hari sebelum bertanding. Sumpah memang rasa hero habis masa tu. Menang kalah, jangan tanya.
Tapi akhirnya aku berjaya buktikan yang aku juga mampu duduk sebaris dengan budak-budak nerd dekat sekolah dengan dapat 8A dalam PMR. Alhamdulillah walaupun aku tahu mesti ada konspirasi nak bagi aku semua A masa PMR. Terima kasihlah pemeriksa. Lu memang steady!!

Dengan berbekalkan 8A yang ada, aku masuk sekolah sains. Memang penjara perempuan paling true dekat KL. 2 tahun aku sia-siakan hidup aku dekat sana, dan aku berjaya dapat hanya 6A dengan makan dan tidur serta main-main dekat sekolah. Serius aku macam tak ada life dekat sana. Tak tahulah kalau memang betul dalam penjara rasa macam tu ke apa. Tak pernah la pulak aku masuk penjara betul-betul. Setakat lalu tepi Penjara Pudu tu pernahlah, sebelum kena roboh.
Tapi tak apalah, dah rezeki aku dapat 6A, okaylah tu. Adalah jugak benda yang aku nak bangga. Walaupun budak straight A lagi ramai.

Dengan 6A, aku berhadapan dengan dilema hebat. Aku dapat tawaran matrikulasi dan tawaran asasi undang-undang di UiTM. Kalau sekali tengok benda ni memang macam tak ada apa sangat. Langkah aku macam terbejat. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Dua-dua tawaran hebat. Asasi undang-undang ialah apa yang aku nak sangat dari dulu, sejak aku berminat nak jadi seorang peguam. Dan matrikulasi ialah impian Ibu dan Ayah aku, nak tengok aku meneruskan legasi keluarga sebagai saintis. Bergoncang jugak otak aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Ikut diri sendiri, atau famili.
Akhirnya, aku pilih untuk pergi ke matrikulasi. Berbekalkan otak kosong dan hati serta jiwa yang kosong. Saat itu aku dah tahu, I've got no passion, anymore.

Dan dengan cemerlangnya aku hancurkan hidup aku di matrikulasi dengan keputusan yang teramat hebat. Dan selepas setahun baru aku tahu, yang asasi UiTM yang aku dapat tu ialah antara kumpulan asasi terbaik yang terpilih. Celaka kenapa sekarang baru aku tahu?! Kalau aku tahu awal-awal dah selamat dah hidup aku.

Dah dua kali kecewa. Seronok betul hidup mempermainkan aku.
Aku rasa Ibu Ayah aku dah faham, lepas ni jangan nak permainkan fikiran anak-anak. Walaupun kata beri kebebasan, tapi sebenarnya mereka dah tetapkan hala tuju hidup aku. Hasilnya, inilah dia.
Bila aku buka cerita tentang semua ini kepada Ibu aku, dia hanya senyum pahit dan kata, " tak apa, lepas ni catch up balik apa yang tertinggal... " . Aku tak pasti itu nada memujuk atau nada menyesal.

Tapi aku tak salahkan apa yang berlaku, mungkin ada yang terbaik sebenarnya cuma masanya belum tiba. Cuma aku tak faham kenapa hidup tak henti-henti nak jadikan aku sebagai bahan eksperimen?


p/s: I think I'm having ADD now. But don't worry, just the minor one.

9 comments:

Ariesya R. said...

so, skrg where are u??
how was ur matriculation??
:)

Amirah Cantik said...

mungkin itu suratan takdir.

Saidatul Madiha Abd Rahim said...

i pretty much can relate to this. but whatever it is, keep going. every madiha must be tough.ngeh , macam retorik pulak

Madiha Ilham said...

Ariesya Nadhira: Now I'm home. This sunday going to perlis, to further my degree.
Matriculation? Horrible!!


Amirah Cantik : yeah. apa nak buat. Dah Tuhan tentukan macam tu.

Madiha Ilham said...

dish: yeah. keep going. being tough and strong. hidup saya baru nak bermula.

Ariesya R. said...

:) its ok.
there's a reason why all these happened.
all the best!

Madiha Ilham said...

Ariesya Nadhira : thanks! all the best for you as well!

pZah said...

Don't have any regrets and know that everything happens for a reason. mybe skrg kita tak nampak hikmah kenapa semua benda tu berlaku, tp hakikatnya itulah yg terbaik buat kita. gud luck in your future =)

Madiha Ilham said...

pZah: Yeah. Im thinking of the same thing. Maybe it is the best for me. Gog knows the best. Mungkin jalan ni agak susah tapi apa nak buat.


btw, thx!!