Manusia ada macam-macam ragam. Itu semua orang tahu.
Dari yang sebaik-baik malaikat hinggalah yang sampai sekeji-keji iblis. Atau bawah sikit, berperangai macam syaitan.
Tapi ada juga yang separuh-separuh. Hybrid. Kebanyakannya yang aku jumpa spesis inilah.
Tapi aku tak kisah, aku kawan dengan semua orang. Asalkan dia tak curi buku-buku aku, cukuplah. Kalau dia nak curi teman lelaki aku pun mungkin aku tak kisah sebab teman lelaki kan free, tapi buku kena beli. Yeah, you just have to put some powerful words while you're flirting with boys but then for books, you can't simply give your words. You have to work for it, errr and earn some money as well.
Okay tutup kisah buku dan teman lelaki.
Macam aku kata, aku tak pernah kisah nak berkawan dengan sesiapa, sebab aku rasa aku neutral, dan aku selesa dengan keadaan macam itu. Tak terlalu mudah menghukum manusia lain akibat penampilan atau apa sahaja alasan yang kurang konkrit. Aku juga tak kisah kalau kawan aku datang dan bercakap sesuatu yang absurd pada pandangan orang lain. Aku tak pernah kisah.
Tapi ada satu yang aku sedikit kisah,
dengan orang yang cuba-cuba nak impersonate orang lain. Aku tak nampak apa seronoknya.
Just be yourself, will you?
Kalau kau tu memang dah tak cool, buat jelah macam tak cool. Kenapa nak konon-kononnya jadi cool?
Aku tak nampak which part yang 'cool' dengan impersonate orang. Itu tak kata plagiat tulisan orang lain lagi. (dah 2 orang aku jumpa dah kena plagiat, kesian anda)
p/s: wehh kau, confirm, kita kena get back to our niche. Yeah, the pretty odd one.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment