Preview

Suasana setiap kali habis paper masa minggu peperiksaan;

Hari pertama : English 1 (WB023/1)

" Pergh soalan dia macam nak gila aku jawab..!!! Haram jadah apa yang dia tanya, haram jadah apa jugak yang aku jawab..??? "

Petang : Biology 1. (SB027/1)

" Huhh bangang punya soalan. Salah eja berterabur... Hish geram geram..."

Hari kedua : English 2.(WB023/2)

" Ouhh rasa lega sebab buat karangan macam tulis blog. Nasib baik tak kutuk orang dalam tu macam selalu aku buat dekat blog kalau tak mesti dah banyak censored word. Ish tak boleh tak boleh....."

Hari ketiga : Biology 2. (SB027/2)

" Selamat jalan esei. Aku buat 2 soalan je. Lagi satu halal laaa.. Takde la pemeriksa pening kepala nak tanda kertas banyak banyak.."

Hari keempat : Matematik 1.(QS026/1)

" Awal awal lagi aku dah rasa macam akan bungkus math ni. Tapi takpe laaa paper 2 ada lagi boleh back up la kan..(nada optimis kononnya) "

Hari kelima : Matematik 2.(QS026/2)

" ohh kecewa gila aku dengan Math hari ni, macam mana aku boleh mental block tadi??!! Damn it putus cinta pun aku tak rasa macam ni ohh  ............."

Hari keenam : Kimia 2. (SK027/2)

" alright hari ni bapak aku sure bangga gila dengan aku sebab aku dah ikut jejak langkah dia jadi chemist yang berjaya. Entah apa reagent dengan entah apa reaction aku buat pun tak tahulah..."

Hari ketujuh : Kimia 1. dan balik....(SK027/1. Tapi yang part balik tu tulis alamat sendiri)

" wahh dah habis exam laaa..!!! Jom tangkap gambar!!!! "



Aku belajar dekat kolej selama lebih kurang setahun untuk cuma cakap benda benda di atas ni sahaja. Terima kasih matrik sebab ajar aku cakap macam ni.


=)