Tukar profesion

Selepas menjadi penanam laptop dan PC aku beberapa minggu yang lepas, aku rasa menjadi penanam sesuatu objek itu sangat cool.
Aku rasa aku dah jadi ketagih untuk menanam. Jadi sekarang aku mula nak tanam segala memori-memori yang pernah ada dalam otak aku.
Aku akan tanam, di tempat yang aku takkan jumpa balik. Dan aku akan pastikan aku takkan menyesal dengan perlakuan aku ni.
Jadi lepas ni kalau kau ada bercakap mengenai apa-apa memori yang melibatkan aku, mungkin aku akan tanya macam ni;

" eh, ada ye macam tu dulu? Aku tak pernah tau pun "

Dan jangan marah aku sebab kata aku ni seorang yang pelupa, kurang mempunyai nilai-nilai sentimental atau kurang sensitif dengan keadaan sekeliling.


p/s : sedang cari tanah kosong lagi. Tak perlu besar. Sebab memori aku pun tak berapa nak banyak pun.

No comments: