Aku suka kau.
Aku suka kau.
Aku suka kau dengan cara kau.
Mungkin kau tak tahu yang aku sukakan kau.
Oh tapi aku rasa kau tak perlu tahu yang aku sukakan kau.
Dramatik bukan? Yeah aku tahu.
Cuma aku kurang pasti sesuatu mengenai kau,
Mungkin kau pun tak berapa pasti mengenainya. Aku cuba berfikir untuk meluahkannya tapi kurang pasti apakah tindakan aku ini benar belaka. Tapi jangan risau, lepas aku berfikir dengan mendalam, aku rasa baik aku diamkan sahaja.
Aku tahu manusia ada bermacam ragam. Namun ada sesetengah gaya ragam yang boleh buat aku jadi tak tahan.Mungkin kerana aku mempunyai sistem daya tahan yang sangat lemah terhadap perlakuan manusia. Aku akan improve benda ni. Janji.
Aku kurang faham dengan ini;
Kenapa ada manusia yang kurang memahami unsur humor dalam tulisan aku? Mungkin aku kurang letakkan perisa tambahan sampai kau tak faham kot.
Okay here's the deal.
Lepas ni kalau aku tulis dengan unsur humor kau boleh anggap aku sedang tulis dengan penuh sarcasm tapi bila aku tulis dengan unsur sarcasm bolehlah kau anggap itu sebagai sesuatu yang sangat kelakar. Mungkin boleh buat kau gelak sampai terguling-guling.
Tapi jangan risau. Aku masih sukakan kau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment