Tipikal

Aku tahu ramai yang kurang faham dengan cara aku berfikir. Malah ada yang rasa aku ni seorang sangat kompleks dalam pemikiran sampai ramai yang takut nak berdamping dengan aku. Jangan risau, aku rasa aku pelik tapi aku tak makan orang lagi. Aku cuma kadang-kadang terlebih dari segi pemikiran. Itu sahaja.

Tapi aku tak rasa aku sahaja yang pelik. Sebab ramai lagi orang yang macam aku..... atau aku yang macam mereka? Urgh aku kurang pasti mengenai itu.

Ada juga yang kata cara aku berfikir tak sama dengan umur aku sekarang. Adakah terlalu ke hadapan atau terlalu ke belakang, itu pun aku kurang pasti. Tapi aku rasa sama sahaja. Nothing much.

Aku dah jumpa juga beberapa orang yang pelik ( should I say it? ) yang berfikir macam aku, yang sentiasa berfikir mengenai hidup, mencari jawapan sebenar tentang erti hidup, yang takkan kau jumpa ketika kau pergi clubbing atau ketika kau sedang beromen dengan kekasih kau. Itu betul-betul pasti.
Yang sentiasa menegakkan kebenaran bahawa duit itu sangat penting, sebab kalau kau takde duit nak beribadah pun susah. Apatah lagi bila kau nak mengurat anak gadis orang. Kalau harap muka macam Brad Pitt tapi poket kosong plus otak pun kosong, dengan segala hormatnya kau boleh pergi mampus. Ini realiti bukan?

Aku bercakap berdasarkan keadaan aku sekarang. Mungkin tak ramai yang perasan, tapi aku dah perasan jadi aku bagitahu siap-siap.
Aku tahu akan ada yang akan maki aku sepuas hati sebab tak faham dengan apa yang aku cuba katakan tapi ini ialah apa yang aku fikirkan sekarang.

Aku terlalu rimas, bila orang pandang aku dengan muka keji dan kata;

" ada ke macam tu?"

atau pun,

" You know what, you're just to mature compared to your age"

Wtf is that? Aku cuba keluar dari mentaliti tipikal, yang terang-terang susah untuk majukan diri di masa hadapan. Mungkin pernyataan ini terlalu dramatik tapi ini hakikat. Kita bukan hidup di zaman di mana kau boleh bermadah seloka dengan orang sebelah kau tentang perasaan. Kita hidup di zaman yang memerlukan kita sentiasa bercakap dengan menggunakan akal yang diberi, seiring dengan ilmu yang ada di dada walaupun hanya sejengkal.

Mungkin akan dikata sebagai terlalu ekstrem, tapi aku tak pernah kisah. Sebab aku rasa cara aku berfikir walaupun mengarut namun bila dibentangkan dengan bantuan falsafah kehidupan, akan buat hidup menjadi sesuatu yang amat menarik.

Well you know what, we never know the good things until its gone.
Kalau rasa ini adalah sampah, cuba duduk sebentar dan renung ke langit, dan minta Yang Di Atas itu untuk beri petunjuk. Mungkin kau akan faham semua ini.

2 comments:

Raudhah said...

saya suka cara anda berfikir dan saya faham cara anda berfikir. teruskan berfikir... ^_^

Madiha Ilham said...

yeah. tapi dah penant berfikir. perlu berhenti sebentar