Masa

Kadang-kadang, masa aku bosan, aku akan tengok balik dan baca diari-diari lama aku.
Yeah, aku mula menulis ketika aku berusia 9 tahun. Menulis tentang pelbagai perkara, tentang hidup aku sebagai kanak-kanak, perihal hidup, perihal kasut yang semakin dilupakan jasanya dan sebagainya.
Tapi semakin meningkat umur, genre penulisan aku semakin berubah, seiring dengan arus kehidupan. I just follow with the flow. Aku temui pelbagai perasaan ketika menulis, gembira, seronok, sedih, benci malah kadang-kala aku tak faham apa yang aku rasa sebenarnya.
Namun aku tetap terus menulis, menulis dan menulis....

Jadi lepas setahun, aku tinggalkan lembaran buku-buku itu, dan aku akan tengok balik bila-bila masa aku suka. Bila aku rasa aku perlu hidup dalam kenangan lama. Bila aku rasa aku nak jadi naif macam dulu-dulu. Bila aku rasa aku perlu refresh otak aku dengan perkara yang pernah aku buat dulu. Dan aku akan buka dan baca...sehelai demi sehelai...


Beberapa hari yang lepas, aku buka semula diari aku. Konsepnya sama sahaja, aku menulis pelbagai perkaran yang kadang-kadang tak berapa logik diterima akal, sama seperti blog bosan aku ni.
Tapi tak semua benda kita boleh kongsi dengan semua orang, betul tak?

Semasa membaca, aku dapat rasakan aku mengukir senyuman, sama ada senyuman berunsur sinikal, mahupun gembira. Kemudian aku akan membayangkan keadaan aku pada ketika itu dan cuba membayangkan, alangkah bagusnya kalau aku mampu kembali ke masa lalu dan mengubah apa yang patut. Okay itu tak logik. Aku bukan time traveler. Dan aku pun tak nak jadi time traveler. Leceh.

Namun selalunya, bila aku habis membaca muka surat terakhir diari aku, aku akan tutup diari aku dengan perasaan yang kurang gembira.
Bodoh bukan?
Rupanya di situ tersimpan segala kesedihan dan kekecewaan aku. Baru aku sedar.

Tapi aku akan tetap terus menulis, untuk jadi hiburan diri sendiri dan mungkin orang lain juga.
Mungkin.

2 comments:

LaVenDetTo said...

kau rase kurang gembira..
ak menangis bila bace balik.. huhu..
(^_^)V

Madiha Ilham said...

yeah. aku pun menangis kot bila baca. huh.aku tak suka macam tu. maybe perlu bakar diari2 tu. baru aku puas. haha