Kisah semalam.

Semalam, ataupun dinihari tadi, aku rasakan aku hampir gila. Sumpah. Aku tak tipu.
Aku rasa macam Tuhan hampir nak tarik sifat normal manusia dari aku, dan ubah aku menjadi serigala jadian mungkin. Eh serigala jadian mana wujud. Mitos Barat je tu. Silap.

Aku jadi tak keruan. Lalu aku tersedar aku masih belum menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba.
Bergegas aku bertemu kekasihku Sang Pencipta di atas sana, cuba menyerahkan seratus peratus jiwa dan raga. Kerana aku tahu, Dia sahaja Yang Maha Mengerti, lebih dari segalanya. Dia yang Maha Memahami, lagi Maha Mengasihani.

Namun entah di mana silapnya, aku masih belum dapat rasakan ketenangan secara total. Mungkin ini hukuman Tuhan terhadap aku, kerana selalu melupakan-Nya. Ampunkan aku Tuhan.

Aku dapat rasakan seperti aku terpenjara dalam perasaan aku sendiri, ataupun hilang arah tuju. Ataupun telah hilang semangat dan kekuatan untuk terus hidup. Masya Allah...

Akhirnya, aku menangis tersedu-sedan sendirian, meratap segala perbuatan lalu. Tapi aku tahu, tidak ada gunanya lagi.

Ini petanda awal, Tuhan suruh aku lebih menghargai hidup aku. Terima kasih Tuhan.

No comments: